unik tak namanya? Netbak.. or netbat.. or nekbak or yang sewaktu dengannya lah... dni pun tatau mana satu ejaan yang betul.. tau sebut aje. hehe... tahu ni pun daripada asben. maybe selama ni dni tak perasan kueh netbak kat kedai. rasa macam pernah tengok tapi dni jenis suka beli kueh yang dni biasa beli je so, tak perasan kewujudan kueh bernama netbak. rupanya kueh yang satu ni pemes di pantai timur terutamanya kelantan terengganu. tskkkk! malu je kan jadi ore kelate tapi tak kenal kueh netbak, ;p
Kueh Netbak
actually kueh ni dibuat asing dengan kuahnya... asalnya kue netbak memang nampak macam bahulu... tapi ianya keras, tak boleh dimakan terus macam bahulu.. kena rebus dengan air sira gula dahulu baru boleh dimakan. rasanya boleh tahan, macam kueh bahulu juga. bezanya ada air sira gula tu lah... nak kurang manis, sila kurangkan gula masa menyira tu... jom tengok resipi yang dni copy daripada Resipiku.
Bahan-bahanya :
1 bungkus tepung beras - disangrai dan disejukkan
12 biji telur
Cara Membuatnya :
1. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih.
2. Panaskan acuan bahulu. Oleskan dengan sedikit minyak.
3. Tabur tepung beras ke dalam adunan telur perlahan - lahan sehingga menjadi pekat. Kacau rata.
4. Tuang ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan dari acuan. Sejukkan.
Air Sira Gula :
2 cawan air
10 sudub gula pasir
1 - 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat
Cara Membuatnya :
1. Masukkan air , gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang kerana menyerap air gula.
4. Angkat dan sejukkan
resipinya agak simple... boleh bakar dalam oven dengan suhu 180dc cemtu..
selamat mencuba!
;)
-
waa..kak dini wat sndri ek..kmi bese beli je,pstu masak air gula kt umh..^___^
ReplyDeletenama pelik. tak penah dengar apatah lagi makan..
ReplyDeletememang rupa dia mcm kueh bahulu tu kan..
xpnh tgk ada jual kat bzar ni..huhu.
ReplyDeleteni rupenye nekbak tu ... aku penah dgr dak opis klate cite tp dok nampak rupenye ...... hehe
ReplyDeletetak penah rasa ape rasa kuih ni...ni 1st time tgk ni
ReplyDeleteassalamualaikum ardini...mama x pernah cuba la sedap x?
ReplyDeletenape kaler dia oren...tp ade daun pandan...
ReplyDeleteselalu nampak kat blog2..teringin nak makan kalau ade jual tapi tak penah pulak nampak sekitar jb ni.
ReplyDeletetak pernah tgk apatah lagi makan...heee
ReplyDeletekagum,salute la ;) thanks dini blh akak cube nti
ReplyDelete1st time dengar dan tgk kuih ni. agak pelik namanya tu. nak tny ni, sedap x? mesti manis giler kan. hehehehe
ReplyDelete1st time dgr pasal kueh ni, huhu~
ReplyDeleteteringin nk blik puasa kat kelantan... fav kueh kat kelantan.. kat kl tak jumpa..
ReplyDeletex pernah makan la kuih ni..
ReplyDeleteo...baru tau hihi
ReplyDeletemati2 ingat bahulu tadi...=)
ReplyDeletemati2 ingat bahulu tadi...=)
ReplyDeleteMIL buat baru2 ni. akak tak makan. husben pun sama walaupun dia org ganu.
ReplyDelete1st time dengar menu ni..
ReplyDeletesedap kuih ni. Tapi manis kann. Boleh makan sebijik je Ina
ReplyDelete