Showing posts with label netbak. Show all posts
Showing posts with label netbak. Show all posts

09 August 2012

Resipi Kueh Tradisonal Netbak

-



unik tak namanya? Netbak.. or netbat.. or nekbak or yang sewaktu dengannya lah... dni pun tatau mana satu ejaan yang betul.. tau sebut aje. hehe... tahu ni pun daripada asben. maybe selama ni dni tak perasan kueh netbak kat kedai. rasa macam pernah tengok tapi dni jenis suka beli kueh yang dni biasa beli je so, tak perasan kewujudan kueh bernama netbak. rupanya kueh yang satu ni pemes di pantai timur terutamanya kelantan terengganu. tskkkk! malu je kan jadi ore kelate tapi tak kenal kueh netbak, ;p




Kueh Netbak



actually kueh ni dibuat asing dengan kuahnya... asalnya kue netbak memang nampak macam bahulu... tapi ianya keras, tak boleh dimakan terus macam bahulu.. kena rebus dengan air sira gula dahulu baru boleh dimakan. rasanya boleh tahan, macam kueh bahulu juga. bezanya ada air sira gula tu lah... nak kurang manis, sila kurangkan gula masa menyira tu... jom tengok resipi yang dni copy daripada Resipiku.


Bahan-bahanya :

1 bungkus tepung beras - disangrai dan disejukkan
12 biji telur


Cara Membuatnya :

1. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih.
2. Panaskan acuan bahulu. Oleskan dengan sedikit minyak.
3. Tabur tepung beras ke dalam adunan telur perlahan - lahan sehingga menjadi pekat. Kacau rata.
4. Tuang ke dalam acuan dan bakar sehingga kekuningan. Keluarkan dari acuan. Sejukkan.


Air Sira Gula :

2 cawan air
10 sudub gula pasir
1 - 2 helai daun pandan
10 biji kuih nekbat

Cara Membuatnya :

1. Masukkan air , gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Jerang sehingga mendidih dan gula larut.
3. Masukkan kuih nekbat dan jerang sehingga nekbat mengembang kerana menyerap air gula.
4. Angkat dan sejukkan




resipinya agak simple... boleh bakar dalam oven dengan suhu 180dc cemtu..
selamat mencuba!



;)


-

02 August 2012

Day 12 | Berpuasa ketika hamil

-



lewat lak dni tdo malam ni kan... nak wat acane... petang tadi tertido sampai jam 5.40petang... bukannya penat pun.. tapi dok gegolek dalam bilik, nak online, tenet slow... terus tertido. hehe... okay... jom tengok apa menu bersahur dan berbuka puasa mak buyung pada hari puasa ke-12.




BERSAHUR:
    • nasi + ayam celup tepung kfc + sotong tumis sayur (lauk berbuka semalam, panaskan aje)
    • 3biji kurma
    • air masak


    kueh netbak, makanan tradisional Terengganu



    BERBUKA :
    • 3 biji kurma
    • sebiji kueh netbak
    • nasi + separuh ayam percik dan separuh ikan percik (sebab beli seketul ayam dan seketul ikan percik, share dengan asben hehe)
    • air laici kang
    • air masak

    (selepas waktu berbuka - 11 malam)
    • supplement (vco + fish oil+vita c)
    • 7biji kurma
    • bubur kacang hijau
    • air masak

    baru hari ni pertama kali dni cuba kueh netbak... macam mini bahulu ke rupa dia.. rasanya pun ada iras bahulu. cuma kena rebus bersama air gula + daun pandan... makan berkuah dengan air gula tu. boleh tahan juga rasanya... asben dni yang buatkan sebelum berbuka... nak bagi bini dia rasa... tq abang!

    untuk baca keseluruhan diari berpuasa dni ketika hamil boleh klik pada gambar atau link ini : BERPUASA KETIKA HAMIL.


    -