10 January 2019

Resepi Ikan Masak Cuka



Resepi Ikan Masak Cuka
----------------------
(2orang makan)

Ikan tongkol/tenggiri/ikut suka
Serbuk kunyit
Bawang putih 2biji
Bawang merah 1biji
Bawang besar 1hiris
Lobak merah 2 inci
Lada besar/lada hijau/cilipadi
Air 1/2 cawan
1sk pes asam jawa
Cuka 2sb
Garam 1sk
Gula 2sb
1sk biji sawi
[Seeloknya tambah beberapa hirisan timun batang + tomato]

Cara-cara:
1) Gaul ikan dengan sedikit air + kunyit + garam. Goreng tak garing sangat tak apa. Ketepikan.

2) Gunakan minyak yang sama, tumis semua bawang, dah layu masukkan air, pes asam jawa, cuka, gula, garam. Gaul rata.

3) Masukkan semua bahan termasuk ikan goreng. Gaul sebati.

4) Agak-agak kuah nampak pekat sikit boleh angkat dan dihidang.

Selamat mencuba!😁


P/s: presentation fail tu memang pesen hakak😆


Sebenarnya tadi nak buat ikan singgang. Dah rendam ikan tongkol. Lama tu baru teringat tak ada lengkuas 😰

Acanerrr nak buat ikan singgang tak ada legkuas ni? Tak umpphhh lah pulak. Hakak tukar nak buat menu ikan tongkol goreng buat makan dengan sup sayur.

Tetiba hakak nampak ada biji sawi. 😀😀😀 dah goreng garing ikan tongkol pun hakak redah je buat jadi ikan masak cuka. Kihkihkih... Tak ada timun batang dengan tomato pun hakak on je. Hakak yang nak makan hakak lantakkk kan aje baha tak ikut protokol sangat. Janji masak.

Kbai!

1 comment:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.