11 March 2019

Resepi Kuah Lodeh Lontong simple dan sedap

Mokcik terliur nak makan lontong sejak minggu lepas. Last makan lontong masa raya tahun lepas u olsss. Tu yang rasa teringinnn sangat nak makan. Sebab mokcik spisis suka makan lontong๐Ÿ˜†

Alhamdulillah semalam tercapai hajat nak makan lontong walaupun dah nak sampai ke rumah dari pasar baru teringat belum beli nasi himpit. Syukur cik abe mokcik paham mokcik betul-betul nak makan lontong, patah balik pegi kedai beli nasi himpit instant. Bertukanglah mokcik di dapur semalam menyiapkan santapan idaman. Lepas tu makan lontong sejak petang semalam, malam tadi, lajak ke pagi ni. Alhamdulillah.

Puaih hati ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Mokcik tak reti masak. Takat jadi makanan tu boleh la. ๐Ÿ˜




Ini resepi yang mokcik guna. U ols pepandai tambah la itu ini kalau resepi yang mokcik guna ni tak menepati kriteria kuah lodeh peberet u ols ye..

Bahan-bahan kisar:
segenggam udang kering
sebiji bawang besar
5biji bawang merah
1inci kunyit
1inci lengkuas

 Bahan kuah:
1paket santan
5cawan air
gula garam secukup rasa
fucuk, kubis, terung, kacang panjang, lobak merah, suhun, ikut suka nak letak banyak mana
tempe & tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu 
serai 2batang diketuk

Cara-cara membuatnya:
panaskan air, masukkan semua bahan kisar dan 2batang serai. Biarkan sehingga mendidih dan sebati. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan semua sayuran dan suhun. Jika suka, korang boleh letak udang dalam kuah ni. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.



Sedia dihidang bersama potongan nasi himpit dan sambal ikan bilis. Boleh juga tambah serunding daging/ayam. Selamat mencuba ☺







08 March 2019

PK24 ADVANCED : PRODUCT REVIEW




PK24 Advanced ๐Ÿ’ž 


Produk keremajaan bahagian intim wanita yang selamat digunakan oleh semua golongan wanita terutamanya bagi mereka yang telah berumahtangga, berusia (menopaus) dan yang telah melahirkan. Ianya dapat membantu otot pada bahagian intim wanita kembali kuat. 



Dengan penggunaan yang konsisten, produk ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kekeringan terutamanya ibu-ibu yang menyusu dan yang telah melahirkan. Yang paling penting, produk ini telah diuji secara klinikal dan selamat digunakan tanpa kesan sampingan. Ia juga tidak mempunyai bau dan bahan pewarna. Kesan penggunaan boleh dirasai seawal 10 minit setelah disapu pada bahagian tersebut. Sebaiknya digunakan 2x sehari atau 1x sehari atau apabila perlu.




PK24 Advanced boleh dijadikan sebagai alternatif kepada wanita yang memerlukan penyelesaian untuk masalah/merawat bahagian keintiman. Juga sesuai bagi wanita yang tidak dapat mengamalkan produk herba untuk menguatkan kembali otot pada bahagian tersebut. Dapatkan PK24 Advanced di mana-mana klinik atau hospital. Pastikan hanya produk yang original.


 Selamat mecuba๐Ÿ˜‰ 

www.pk24advanced.com 

Pengedar utama: www.cosderm.com.my
 #pk24advanced