19 December 2019

Selamat tinggal, Titi

Arnab pertama peliharaan Darwish ada dua ekor. Kedua-duanya arnab betina. Pemberian oleh kawan Darwish di Pasti Al-Munawwarah bernama Anis Sofia dalam bulan Mei 2018. Seekor dinamakan Titi dan seekor lagi diberi nama Tutu. Titi berwarna kelabu muda manakala Tutu pula berwarna kelabu gelap. Sebenarnya dah lama Darwish mohon nak bela kucing/ arnab tapi mama dan papanya tak pandai nak jaga. Tambahan pula bila kami balik kampung makan masa sebulan juga. Risau bila ada haiwan peliharaan, nak tinggalkan lama-lama.

Setelah mendapat tips-tips yang meyakinkan oleh mama Anis Sofia, mama Darwish pun bersetuju untuk mengambil dua ekor arnab dari rumahnya. Alhamdulillah, dapat percuma je. Dengan syarat, jaga elok-elok. Hehe.. Terima kasih banyak-banyak tau.




Maka lepas tu bermulalah episod Darwish dan arnab-arnabnya. Pagi petang siang malam mengadap arnab je kerjanya. Sebelum masuk tidur pun dia jenguk lagi arnab dia. Masa tu, bela arnab depan rumah dalam sangkar. 2minggu lepas tu papa Darwish bersihkan halaman belakang rumah untuk bagi arnab-arnab ni bebas. Letak pallet dengan botol air je dalam sangkar. Nanti pandai-pandai dia masuk makan dan minum sendiri.


.
3hari lepas bagi mereka bebas di belakang rumah, mama dan Darwish pulang ke Kelantan terlebih dahulu sebab masa tu, Sarawak dapat cuti selama sebulan untuk perayaan Gawai + Raya + cuti sekolah. Papa Darwish menyusul 4hari kemudian. Sebelum tinggalkan Titi dan Tutu di belakang rumah, ada mama pesan pada jiran sebelah rumah minta tengok-tengokkan mereka kalau-kalau makanan habis ke air habis ke. Nanti jiran sebelah baling dari pagar rumahnya sayuran untuk mereka makan kalau-kalau makanan mereka habis. Maklumlah sebulan lamanya meninggalkan mereka. Risau juga.



Namun, sekembalinya kami ke Miri, didapati seekor arnab hilang. Tutu yang hilang. Jiran sebelah cakap, beberapa hari sebelum tu ada terhidu bau bangkai. tapi tak lama. dalam 2-3hari je katanya. Mencarilah mama dan papa ke sana sini seluruh pelusuk belakang rumah. Tapi tak ketemu juga. Alhamdulillah, Titi yang dalam gambar-gambar Darwish duk pegang ni selamat sihat walafiat. Nampaklah banyak pokok-pokok di belakang rumah tu dimakan olehnya.



Keesokan harinya papa Darwish mencari lagi di mana hilangnya Tutu. Disebabkan ada nampak kesan cakaran pada kotak polisterin hidroponik papa + ada kesan muntah, papanya tergerak hati nak buka kotak tu. Dan akhirnya... terjawab sudah kehilangan Tutu. Rasanya Tutu mati dalam kotak tu akibat tersedut muncung pam racun yang mungkin disangka botol air. Ada kesan muntah kat luar kotak tu. Maksudnya, Tutu keracunan dan dia tahu dia nak mati, lalu membawa diri ke dalam kotak tu. Huhuuu...



Tinggallah Titi seekor menemani Darwish sampailah 4bulan selepas tu mama Anis Sofia bagi pinjam seekor arnab jantan untuk bagi Titi mengawan. Alhamdulillah, lepas daripada tu, Titi asyik beranak je sampailah kami dah nak pindah pun dia masih ada baby kat dalam lubang. memang sayu sangat nak tinggalkan Titi. Tapi apakandaya, jodoh kami sekeluarga dengan Titi sampai 2 Disember 2019 sahaja.


Selamat tinggal Titi. Banyak kenangan kami sekeluarga dengan Titi. Semoga Titi selamat dan berbahagia dengan tuan baru Titi di Miri. Kami saaaayang Titi. Gambar-gambar ni, lebih kurang seminggu sebelum Titi diserahkan kepada tuan barunya. Gambar kenangan buat tatapan anakanda kesayangan mama, Rayyan Darwish. 

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.