02 April 2020

Resepi Roti Puri Mudah

Assalamualaikum
Salam Stay at Home 😊


Dah lebih 14hari menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, hari ni baru berkesempatan untuk update blog. Dini ada buat roti puri petang tadi. Jadi Dini nak kongsikan dengan korang resepi yang Dini gunakan untuk buat roti puri yang mudah dan ringkas.


Resepi Roti Puri:

2cawan tepung gandum
1sudu besar gula
1/2sudu kecil garam
1sudu besar yis (tak letak pun tak apa)
3sudu besar minyak masak
3/4 cawan air suam


Cara-cara membuatnya:
Satukan gandum + yis. Gaul rata. Dalam cawan berisi air suam, larutkan gula dan garam. Masukkan minyak masak dalam bekas sebatian gandum yis. Kemudian tambah air suam sikit demi sedikit sampai doh tak melekat pada tangan. Melekat sikit-sikit tu biasa lah 😁


Perap doh selama 10minit kemudian boleh gelek sebesar bola pingpong untuk digoreng. Jangan gelek nipis sangat. Goreng dalam minyak yang banyak, sederhana panas. Tengah goreng tu boleh simbah minyak atas roti tu sampai kembung dan dan terbalikkan.




Macam ini lah rupa roti puri yang Dini buat. Elok kembungnya 😁 percubaan pertama buat sendiri. Sebelum ni suami yang buatkan. Hehehe. 


Dini suka cicah dengan sambal sardin. Roti puri ni boleh juga dihidangkan bersama kari ayam/daging/ikan, sambal ikan bilis, sambal kosong, atau dimakan dengan begitu sahaja. Okay, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.