24 November 2020

Toys Bouquet Untuk Anak Jiran Yang Berkhatan



Musim dah tak perlu ke sekolah ni ramai yang mengambil peluang untuk hantar anak berkhatan. Jiran ada juga ajak Darwish berkhatan sama-sama dengan anaknya. Cuma kami belum dapat bagi Darwish bersunat lagi buat masa sekarang sebab dia masih lagi sakit dalam perut. Entahlah sakit yang macam mana... Sejak september lagi sakitnya. Moga sakit yang tak seriuslah perut Darwish tu. Insyaaallah... Doakan Darwish cepat sembuh, ya.





Alhamdulillah anak jiran dah selesai berkhatan. Sajalah kebetulan ada beli Flying Gliders Aeroplane Board untuk Darwish. Terfikir nak buat hand bouquet pula untuk si bujang yang dah selamat berkhatan. Darwish ada tuliskan kad ucapan semoga cepat sembuh untuk kawannya. Mama yang lupa nak ambil gambar, hehe..



Mama guna apa ada je lah kat rumah. Simple tapi sepenuh ksih sayang. Kertas warna + salotape + riben recycle + mainan + kad ucapan dan angpow. Moga-moga kawan Darwish happy walau tak dapat keluar rumah main dengan jiran-jiran.





 

Inilah Flying Gliders Aeroplane Board tu.. mainan masa kecil dulu-dulu. Bila ternampak je mainan ni terus Dini teruja nak belikan Darwish. Sebab dia suka mainan jenis reka cipta. Mainan ni kena pasang sendiri. Gembira betul dia main flying gliders beberapa hari ni. 







Beli banyak terus. Bukan apa, sebab board ni mudah patah. Kalu beli sikit je, nanti bila patah buat anak rasa hampa. Haaa mainlah puas-puas. Cenggitu kekdahnya. 

8 comments:

  1. Menarik hadiah nya! Sesuatu yang lain dari lain.. Bagus juga bagi mainan, leka main lupa rasa Sakit kot kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang tercetusnya idea untuk hadiahkan toys tu. Hehe

      Delete
  2. Teringat zaman sekolah dulu tengok kapal terbang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. samalah. Zaman dulu duk main benda ni happy sakan dah

      Delete
  3. Suka lah anak jiran. Kenapa Darwish tu..lamanya sakit perut.

    ReplyDelete
  4. Happy dia kata mak jiran tu. 😊Entahlah darwish ni doktor cakap sembelit dengan gastrik sebab dia suka skip makan dengan tahan membuang. Nampak semakin baik tu, alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Amboii, special hadiahnya. Memang menarik. Tak terfikir plak masa anak sulung bersunat dulu nak bg hadiah2 mcm ni. Hehe

    ReplyDelete
  6. Nak carik jugak la untuk anak KakYa . Sekarang ni sejak duk umah jer ni byk tumpuan kat hp jer .. Kalau beli bendalah ni bkh gak dia buat ngan abang dia nanti..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.