13 November 2020

Dalisa Adik Abang Darwish

Tanggal 22 Julai 2020 yang lalu, Dini telah selamat melahirkan cahaya mata yang kedua, seorang puteri yang diberi nama Khayra Dalisa. Alhamdulillah, kami telah dikurniakan sepasang cahaya mata setelah 5kali mengalami keguguran selepas anak yang pertama.


Kandungan ini sebenarnya bukan Dini rahsiakan, cuma Dini tidak mewar-warkan. Bila ada yang 'terhidu' mengenai kandungan Dini, tidak pula Dini nafikan. 



Alhamdulillah adik kepada abang Darwish ni membesar dengan sihat, dah nak masuk usia 4bulan. Sebenarnya, due date kelahiran Dalisa adalah pada 12 Ogos 2020. Teruja betul dah si abang nak menanti kelahiran adiknya pada bulan yang sama tarikh ulangtahun kelahirannya. Namun, takdir Yang Maha Esa adik nak melihat dunia lebih awal. Adik selamat dilahirkan pada tarikh sesi persekolahan untuk murid tahap 1 dibuka di seluruh Malaysia selepas tempoh PKP.


InsyaaAllah, ada masa yang terluang Dini akan ceritakan kisah sepanjang kehamilan dan bersalinkan Dalisa. Dah lama nak tulis, cuma tak berpeluang lagi. Busy lah tu kononnya. Macam-macam mana sekali pun Dini akan cuba kongsikan kisah tu di blog. Kenangan untuk dibaca sebelum terlupa kemudian hari...
 

7 comments:

  1. tahniah dini kerana mendapat cahayamata. semoga si kecil dalisa akan menjadi anak solehah nanti. Aamiin. Done follow your blog.

    ReplyDelete
  2. comelnya, allahu 5 kali keguguran, Allah kurniakan baby yang comel akhirnya kan dini, alhamdulillh

    ReplyDelete
  3. Tahniah dini. Dah ada sepasang cahaya mata. Alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah comel cantik.. Sepasang dah ye.. Nanti share lah pengalaman dari awal mengandung mesti tak sama kan dengan kandungan anak sulung✨😊

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah. Sedap nama baby. Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah penyejuk hati ibu ayah. InsyaAllah :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.