Beberapa hari ni asyik rasa nak makan kek batik. Nak buat sendiri, tak ada masa. Dapatlah idea cari dalam group facebook servis delivery kek batik sekitar Kuala Berang. Pucuk dicita ulam mendatang, terjumpa post S&Zlicious jual kek batik comel comel boleh cod juga.
Kek dia cukup rasa. Tak terlalu manis. Tak keras. Banyak Darwish makan hari tu. Sedaplah maknanya. Sebab Darwish ni makan memilih. Kalau dah makan banyak slices tu maksudnya dia sukalah. Nanti mama boleh repeat order lagi.
Mama pula jenis suka kek batik yang tak ada rasa kruk krak biskut marie tu. Kiranya menepati kriteria kek batik yang mama suka. Alhamdulillah, semua suka. Berbaloilah mama order kek batik yang kebetulan bersempena Hari Wanita.
Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita-wanita yang membaca blog mama ni.
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.