Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

14 February 2013

Breakfast di KLIA after habis pantang

peh! jauhnya pergi breakfast kan? bukan saja-saja nak ber-breakfast kat klia nun. tapi sebab flight awal pagi dari kelantan ke KL... nak solat subuh pun kena solat kat airport. sampai je klia cam tade tempat nak tuju tetambah bawak baby, kan. terusla cari je memana kedai yang berdekatan. 29 oct hari tu punya cerita. dah abis pantang, so ikut asben balik miri semula dengan darwish. 



disebabkan kami berdua sama-sama nak makan, cuma ada masa sejam sahaja untuk isi perut jadi terpaksalah letakkan si Darwish yang sedang nyenyak tdo atas sofa. kalau tak makan nanti kang lapar pulak sementara nk makan dalam flight nanti. naik MAS, kan dapatla makan skali...  kitorang bukan letak dia merata-rata eyyy... memang meja makan kat marry brown situ bersofa cemni so senanglah kalau baby nak tidur. hehe...



 

 menu husband punya...




feeling-feeling orang baru abis pantang dengan czer, pilih nak makan bubur nasi je. 




dan my milk booster. orang lain takut minum kopi, daku bedal kopi dari awal lepas bersalin lagi. seriously lepas minum kopi ada rasa susu makin banyak. sebab tu dni tak skip minum kopi dalam sehari. disamping tu juga dni amalkan makan buah oren, minum soya, halba, makan supplement, longan+kurma, vco, dan juga susu. kafein sebenarnya bagus. orderdose je yang tak bagus. so, takyah takut minum kopi eyyy ^__^ ehhh, macam dah tukar topik dah. haha... peace!


-



12 March 2011

Resipi kuah spaghetti | Jeles orang masak spaghetti lalu dni pon masak spaghetti

-
-
-
pagi-pagi lagi dni tercongok depan laptop untuk mulakan aktiviti blogwalking tapi tetiba terngendap entry Ct Arina mengenai Spaghetti Bolognaisenya... terus weh kecur ayaq lioq nak meleleh-leleh tahap banjir... terbantut kerja-kerja nak blogwalking sebab nak gi masak spaghetti hehehe... spaghetti menjadi makanan kegemaran dni sejak berkurun-kurun lamanya pergh kau hidup berapa ratus tahun dah dni? wakakaka ;p.







comot sebab tukang masak makan dulu sebelum amik gambar ;p





pantang tengok orang tunjuk gambar spaghetti mulalah dni mengidam nak makan. dulu asal nak spaghetti gi kat pizza hut... skang... masak sendiri ajo. vavava rasa berjaya jadi tukang masak lak... elehhh, stakat spaghetti wat pe la kan haha... biaq la dni nak perasan skali skala... lalalala...







budak tak suka makan spaghetti boleh makan nasi goreng





tapi adik dni si nana tu langsung tak suka makan spaghetti.. adik-adik yang lain suka juga terutamanya si fafa. abah pun suka spaghetti... umi pula suka gitu-gitu je... si nini lak pantang kalo letak daging memang konfom liat dia nak makan sebab dia alahan ngan daging... hari ni dni masak simple macam Ct Arina gak. tak masukkan daging... sebab nini tak suka makan daging ;)





Resipi kuah spaghetti:


10 biji bawang putih ditumbuk halus
setengah botol sos tomato
setengah botol sos spaghetti perisa cendawan san remo
sedikit sos cili
3 biji tomato
sedikit air
setengah paket sosej biasa
setengah paket sosej blackpaper
beberapa potong cendawan butang






nyum nyum... dni dah selesai breakfast dengan spaghetti... korang dah breakfast belum?
;)






p/s:
kat umah dni skang ngah hujan lebat... syoknye kalo bergelimpangan dalam comforter kan kan kan... namun, ngggak bisa... dni ado kelas pasni isk!










Penaja Blog:


ads