Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

13 November 2020

Dalisa Adik Abang Darwish

Tanggal 22 Julai 2020 yang lalu, Dini telah selamat melahirkan cahaya mata yang kedua, seorang puteri yang diberi nama Khayra Dalisa. Alhamdulillah, kami telah dikurniakan sepasang cahaya mata setelah 5kali mengalami keguguran selepas anak yang pertama.


Kandungan ini sebenarnya bukan Dini rahsiakan, cuma Dini tidak mewar-warkan. Bila ada yang 'terhidu' mengenai kandungan Dini, tidak pula Dini nafikan. 



Alhamdulillah adik kepada abang Darwish ni membesar dengan sihat, dah nak masuk usia 4bulan. Sebenarnya, due date kelahiran Dalisa adalah pada 12 Ogos 2020. Teruja betul dah si abang nak menanti kelahiran adiknya pada bulan yang sama tarikh ulangtahun kelahirannya. Namun, takdir Yang Maha Esa adik nak melihat dunia lebih awal. Adik selamat dilahirkan pada tarikh sesi persekolahan untuk murid tahap 1 dibuka di seluruh Malaysia selepas tempoh PKP.


InsyaaAllah, ada masa yang terluang Dini akan ceritakan kisah sepanjang kehamilan dan bersalinkan Dalisa. Dah lama nak tulis, cuma tak berpeluang lagi. Busy lah tu kononnya. Macam-macam mana sekali pun Dini akan cuba kongsikan kisah tu di blog. Kenangan untuk dibaca sebelum terlupa kemudian hari...
 

09 April 2014

Mukah here i come


Assalamualaikum

hai koranggg! dah breakfast? dni dan darwish dah... makan cucur keju. hehehe... mama darwish tak dan nak masak-masak sangat pepagi ni tak nyempat. darwish tak suka dengar tumis-menumis. dia takut. pastu dok nanges menghilangkan konsentrari masak mama. maka selalunya nak masak kena tunggu papa balik dulu. al-kisahnya... alasan tak dan masak. hooohoooo....



poyo -____-"


besok, kami sekeluarga akan ke Mukah. hubby kena bawa budak sekolahnya ke sana. mama dan darwish pun nak tumpang sekaki ngekor papa. tak sangguplah nak stay berdua dengan darwish kat rumah sampai sabtu. lama tu... sehari pun dah bagai seminggu tau dak kalau papa gi keje. mama nak solat nak mandi sodap-sodap nak rest segala kena ada papa dulu. kalo tak, haishhhh tak de masa untuk mama sebab darwish ni nyusu badan. 


bila mama landing je dia nak mintak susu tak kisahla dia lapar ke tak. pendek kata mama tak de masa nak rest daripada nyusu dia kalau dia tak main dengan papa. time ada papa je lah mama leh rehat kejap. wuuuwuuu :')  lom tambah part kena gigit lagi. cedera parah dah mama nih. rasa nak pi kurung dia dalam bilik lain je. haha!


okaylah korang. saja je ni menaip sementara darwish dok ralit nonton raju the rickshaw kat tv9. kalo tak, laptop ni dia yang punya... kikikii... nak ngemas segala kelengkapan bawak ke sana esok. kang tertinggal, naya... yeay! ikut papa keje sambil makan angin.

12 March 2011

Resipi kuah spaghetti | Jeles orang masak spaghetti lalu dni pon masak spaghetti

-
-
-
pagi-pagi lagi dni tercongok depan laptop untuk mulakan aktiviti blogwalking tapi tetiba terngendap entry Ct Arina mengenai Spaghetti Bolognaisenya... terus weh kecur ayaq lioq nak meleleh-leleh tahap banjir... terbantut kerja-kerja nak blogwalking sebab nak gi masak spaghetti hehehe... spaghetti menjadi makanan kegemaran dni sejak berkurun-kurun lamanya pergh kau hidup berapa ratus tahun dah dni? wakakaka ;p.







comot sebab tukang masak makan dulu sebelum amik gambar ;p





pantang tengok orang tunjuk gambar spaghetti mulalah dni mengidam nak makan. dulu asal nak spaghetti gi kat pizza hut... skang... masak sendiri ajo. vavava rasa berjaya jadi tukang masak lak... elehhh, stakat spaghetti wat pe la kan haha... biaq la dni nak perasan skali skala... lalalala...







budak tak suka makan spaghetti boleh makan nasi goreng





tapi adik dni si nana tu langsung tak suka makan spaghetti.. adik-adik yang lain suka juga terutamanya si fafa. abah pun suka spaghetti... umi pula suka gitu-gitu je... si nini lak pantang kalo letak daging memang konfom liat dia nak makan sebab dia alahan ngan daging... hari ni dni masak simple macam Ct Arina gak. tak masukkan daging... sebab nini tak suka makan daging ;)





Resipi kuah spaghetti:


10 biji bawang putih ditumbuk halus
setengah botol sos tomato
setengah botol sos spaghetti perisa cendawan san remo
sedikit sos cili
3 biji tomato
sedikit air
setengah paket sosej biasa
setengah paket sosej blackpaper
beberapa potong cendawan butang






nyum nyum... dni dah selesai breakfast dengan spaghetti... korang dah breakfast belum?
;)






p/s:
kat umah dni skang ngah hujan lebat... syoknye kalo bergelimpangan dalam comforter kan kan kan... namun, ngggak bisa... dni ado kelas pasni isk!










Penaja Blog:


ads










26 April 2010

kisah berus gigi yang malang




pada suatu pagi.. seorang adik bertanya kepada kakaknya..


"kak, nak mandi tak? adik nak mandi.."


kakak pun menjawab..


"tak nak mandi lagi. takpe adik mandi la dulu.."


sejurus selepas itu, adik pon masuk mandi dan kedengaran seperti adik itu mandi sambil membasuh bilik mandi. mana taknya. sekejap2 dia keluar dan ambil beg plastik la. ktung ktang ktung ktang dengan dia baling botol shower gel yang dah kosong dalam beg plastik dan juga dengar dia berus bilik mandi.. dalam hati kakak..


"ohh rajinnya adikku.."


selesai je adik itu mandi, kakak pula mahu bermandi-manda. kaka masuk ke dalam bilik mandi dan perkara pertama yang kakak lakukan adlah mahu memberus gigi.. tiba-tiba.. sentap mata kakak tu melihat berus giginya ado rambut bagai.. macam sikat rambut la pulak! terus kakak buka pintu bilik air dan bertanya..


"dik! ko berus lantai bilik air pakai apa?"


adik pon menjawab...


"kenapa?"


kakak menyuakan berus gigi di tangannya supaya adik itu dapat melihat kemusykilan yang merajai hatinya..


adik pula ternganga.. dan berkata..


"aku ingatkan berus gigi tu ko dah tak pakai. aku berus lantai guna berus gigi tu la tadi.."


kakak terus menjengilkan matanya dan berkata..


"wehhhh gilo... aku nak gosok gigi macam mana skang ni? hayyyaaa..."


adik terus terkocoh2 pergi ambilkan berus gigi baru untuk kakaknya. dan selepas itu kakak dapat memberus gigi dengan aman damai...




p/s: kakak itu adalah dni dan adik itu adalah fafa..
hape la ngko fafa.. berus gigi aku ko berus lantai ye? cheiittt!
;p gelak sakan we ols lepas tu..