Showing posts with label just for fun. Show all posts
Showing posts with label just for fun. Show all posts

26 April 2010

kisah berus gigi yang malang




pada suatu pagi.. seorang adik bertanya kepada kakaknya..


"kak, nak mandi tak? adik nak mandi.."


kakak pun menjawab..


"tak nak mandi lagi. takpe adik mandi la dulu.."


sejurus selepas itu, adik pon masuk mandi dan kedengaran seperti adik itu mandi sambil membasuh bilik mandi. mana taknya. sekejap2 dia keluar dan ambil beg plastik la. ktung ktang ktung ktang dengan dia baling botol shower gel yang dah kosong dalam beg plastik dan juga dengar dia berus bilik mandi.. dalam hati kakak..


"ohh rajinnya adikku.."


selesai je adik itu mandi, kakak pula mahu bermandi-manda. kaka masuk ke dalam bilik mandi dan perkara pertama yang kakak lakukan adlah mahu memberus gigi.. tiba-tiba.. sentap mata kakak tu melihat berus giginya ado rambut bagai.. macam sikat rambut la pulak! terus kakak buka pintu bilik air dan bertanya..


"dik! ko berus lantai bilik air pakai apa?"


adik pon menjawab...


"kenapa?"


kakak menyuakan berus gigi di tangannya supaya adik itu dapat melihat kemusykilan yang merajai hatinya..


adik pula ternganga.. dan berkata..


"aku ingatkan berus gigi tu ko dah tak pakai. aku berus lantai guna berus gigi tu la tadi.."


kakak terus menjengilkan matanya dan berkata..


"wehhhh gilo... aku nak gosok gigi macam mana skang ni? hayyyaaa..."


adik terus terkocoh2 pergi ambilkan berus gigi baru untuk kakaknya. dan selepas itu kakak dapat memberus gigi dengan aman damai...




p/s: kakak itu adalah dni dan adik itu adalah fafa..
hape la ngko fafa.. berus gigi aku ko berus lantai ye? cheiittt!
;p gelak sakan we ols lepas tu..