24 November 2010

Kek Bentuk Bas

-
-
-
saja menggatal minggu ni kerja cari design kek je sampai terjumpa kek bentuk bas. hehe... comellah pulak! jom cuci mata tengok kek ni... hehe...



















yang last ni paling lawa.. ^___^ warna-warni... bagi kat budak-budak tentu fikir ni mainan. ehehe... kreatif betul yang buat kek ni. tetiba teringin nak pandai buat kek fondant... nak belajar kat mana ye? huhu...


-
-
-

15 November 2010

Tutorial | Video dalam post

-
-


tutorial untuk letakkan video dalam post ni direquest oleh sis Azzeyatin. ^___^ jadi, dni masukkan dalam segmen soal jawab bersama dni. ada dua cara untuk masukkan video dalam posts kita. pertamanya upload di posts kita dan satu lagi embed dan copy paste je.



Cara Pertama:



klik pada Add Video dan upload video yang kita nak letak dalam post.



step pertama, browse video, step kedua, masukkan tajuk video, step ke tiga, tick terms and conditions, dan yang terakhir klik butang upload video dan tunggu sehingga video tu siap diupload...



Cara Kedua:



embed dari Yout Tube atau mana-mana website dan copy code yang tertera di situ. copy paste je ke dalam posts kita. kalau nak pastikan video tu dah ada ke tak, preview dulu sebelum publishkan entry kita. mudah je kan :)




selamat mencuba!






-
-

15 October 2010

Kebaikan Teh Hijau | Menyihatkan, Melansing, dan Awet Muda




dni gemar minum teh terutamanya teh kurang gula. tidak kiralah teh berperisa atau tidak. yang penting, ianya adalah teh kerana aromanya mampu memikat selera dni. ^___^ sedap sangat rasa air teh ni kan? setakat ini, dah banyak jenis perisa teh yang dni cuba. perisa stawberry, lemon, vanilla, anggur, dan juga hazelnut. tapi kali ini dni nak ceritakan mengenai teh hijau yang banyak khasiatnya. rasanya ala-ala teh herba tapi kalau kita fikirkan khasiatnya, tentu kita tak rasa berat hati nak minum air teh hijau...








dni dah cuba dua jenis teh hijau iaitu teh hijau lipton dan juga teh hijau jasmine boh. setakat ini dni lebih suka yang lipton punya sebab rasa dia tak pekat sangat. sebenarnya teh hijau berasal daripada benua asia dan cara pemprosesannya juga unik, tidak sama dengan teh biasa yang kita minum tu sebab enzim bagi proses pengoksidaan dimusnahkan. sebab itulah warnanya tidak bertukar menjadi kemerahan... antara kebaikan teh hijau adalah:



  • menurunkan kadar kolesterol
  • anti oksidan / awet muda
  • meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
  • melindungi fungsi ginjal
  • mencegah diabetes
  • mencegah keracunan
  • mencegah bau mulut
  • mengurangkan risiko strok
  • kaya mineral dan vitamin
  • membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
  • mencegah kerosakan gigi
  • melancarkan sistem pencernaan
  • mencegah hepatitis
  • melindungi paru-paru daripada racun rokok




di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga. khabarnya, teh terbaik adalah teh putih. tapi tak ada pula dni jumpa. teringin benar dni nak mencubanya. kalau kalian ada terjumpa teh putih, bolehlah inform dni ya ;)





p/s:
selamat mencuba!




12 October 2010

4000 Pageviews Semalam | Rekod Terbaik ArdiniHumaira.com Setakat Ini




semalam dni ada buat entry mengenai Unique Visitors ArdiniHumaira.com Cecah 2000. (klik link tersebut untuk baca)... pada masa tu, dni ambil gambar dekat jam 9 malam. kiranya 2111 uv tu adalah setakat jam 8 malam semalam. dan hari ni dni dapat tengok uv keseluruhan untuk semalam iaitu:






unique visitors: 2489
views: 4199




^___^


nampaknya ada peningkatan mendadak untuk pageviews tu. daripada 3626 hingga ke 4199. pencapaian terbaik untuk ardinihumaira.com buat masa ini. paling banyak sebelum ni pun dalam 2ribu dekat 3 ribu macam tu je. ni dah sampai 4 ribu buat dni rasa macam dapat sekali ni pun jadi la, hahaha ;p




p/s:
terima kasih kerana sudi singgah ke ardinihumaira.com ;)







10 October 2010

White Tea




dni teringin sangat nak minum white tea. terbaca mengenai khasiat dan kebaikan white tea tapi nak beli tak tahu kat mana. kat mall pun tak ada. tapi bila dni google terjumpa lipton punya ada white tea. huhu... bestnya kalau dni dapat beli yang ni...












siapa pernah jumpa wihte tea lipton? berapa harganya ya? ada tak kat tempat korang? kalau ada, boleh inform kat dni.. dni nak kirim. serius! ;)





p/s:
nak white tea!!!