21 March 2014

Instagram

Assalamualaikum

Hehe tak dapat tido lagi gara-gara anakanda sekarang siang dengan malam dia tertukar habis sejak februari hari tu. Terpaksa la berjaga malam walau rabak sakan mata dok hadap. 

Nak ubah tabiat tido dia balik dah tak tahu macam mana lagi dah.  Biar jelah dia berubah sendiri. 2minggu lepas asyik tido jam 2-4pagi. Sekarang berubah lagi. Jadi tido jam 5-7pagi. Sabo jelah :') 

in syaa Allah tak lama lagi akan berubah kepada rutin tido yang normal. So takleh tido ni dni capture dua akaun instagram dni. Satu personal ig dan lagi satu biz ig. Jemput follow ye.



Personal ig


 

Biz ig


Dua akaun ni dni handle sendiri. Kalau menyepi salah satu tu gamak dia dni dok hadap yang biz punyalah sebab dni stail malas bak logout. Haha ;p




04 March 2014

AidiJuma Bawal Fever!


 Assalamualaikum

lama tak bersua. hehe, macam biasalah alasannya tak ada masa banyak komitmen lain yang tak dapat nak dielakkan. cheyhhh ngalahkan menteri. tapi tu lah, andaikata korang ada follow pesbuk dni, alkompom korang faham kebenda yang buat dni rasa macam tak de masa nak berblog nak hadap blog apatah lagi nak jenjalan ke belog-belog. (mood nanges) 







saje je nak share. dni ada satu kegilaan yang melampau membuak-buak sangat sekarang ni. tak dapat nak dibendung lagi. dah tahap kronik sampai rela ke sana ke mari mencari design tudung bawal aJ idaman kalbu. alhamdulillah rasa puas hati dapat membelai jiwa raga beli tudung-tudung idaman bak terapi yang sukar digambarkan. hepi sakan tau dak? haaa hanya perempuan yang mengenal apa itu kepuasan shopping. kohkohhhh....






seee... ni baru separuh. ada lagi dalam lemari tu. malas nak menyusun. later dni hapdet lagi naaa... ;)

23 April 2013

Dah semakin besar anakanda Rayyan Darwish



Assalamualaikum...

u olsss ^___^ lama dni menyepi kat blog ni kan. sebenornya sebab tak dapat peluang nak update. susah nak ado kesempatan update guna laptop. nak update pakai henpon, tataulah kenapa application tu asyik fail kalau nak submit entry. sudanya menyepi jugak dni dari berblog. sobsss :'( padahal kemain hari tu beryauu sakan buleh update guna henpon. last2 application tu hampeh lak. tsskkk!





apapun, wajiblah dah update blog ni tayang gambo anakanda comel yang semakin membesar. lagi dua hari akan genaplah 8bulan usia Darwish. wahhh pejam celik pejam celik nak masuk 8bulan dah rupanya... cepat betul masa berlalu, kan... okay u ols... later dni update lagi. sian asben dok layan Darwish tu nak mandi pun takleh dni suh layan anak sekejap. haahaa... ;p



15 February 2013

Waktu mustajab berdoa pada hari jumaat

Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu Anhu, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda;

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ.

“Hari Jumaat (Siang) terdiri dari 12 waktu, di dalamnya terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang muslim pada ketika itu memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Dia akan mengabulkan permintaannya. Oleh kerana itu, carilah masa tersebut pada waktu akhir setelah Asar.”

(HR. An-Nasai dan Abu Daud).




BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

14 February 2013

Breakfast di KLIA after habis pantang

peh! jauhnya pergi breakfast kan? bukan saja-saja nak ber-breakfast kat klia nun. tapi sebab flight awal pagi dari kelantan ke KL... nak solat subuh pun kena solat kat airport. sampai je klia cam tade tempat nak tuju tetambah bawak baby, kan. terusla cari je memana kedai yang berdekatan. 29 oct hari tu punya cerita. dah abis pantang, so ikut asben balik miri semula dengan darwish. 



disebabkan kami berdua sama-sama nak makan, cuma ada masa sejam sahaja untuk isi perut jadi terpaksalah letakkan si Darwish yang sedang nyenyak tdo atas sofa. kalau tak makan nanti kang lapar pulak sementara nk makan dalam flight nanti. naik MAS, kan dapatla makan skali...  kitorang bukan letak dia merata-rata eyyy... memang meja makan kat marry brown situ bersofa cemni so senanglah kalau baby nak tidur. hehe...



 

 menu husband punya...




feeling-feeling orang baru abis pantang dengan czer, pilih nak makan bubur nasi je. 




dan my milk booster. orang lain takut minum kopi, daku bedal kopi dari awal lepas bersalin lagi. seriously lepas minum kopi ada rasa susu makin banyak. sebab tu dni tak skip minum kopi dalam sehari. disamping tu juga dni amalkan makan buah oren, minum soya, halba, makan supplement, longan+kurma, vco, dan juga susu. kafein sebenarnya bagus. orderdose je yang tak bagus. so, takyah takut minum kopi eyyy ^__^ ehhh, macam dah tukar topik dah. haha... peace!


-