25 December 2010

Simply Siti | Simply Perfect 2 way cake



- - -
tadi dni ada beli compact powder Simply Siti. saja nak try. sebelum ni cuma pakai lipstick + eyeliner je. hari tu ada beli tester kit untuk c bright tapi belum try lagi. tahun depan la dni try ;p hehe tahun depan tinggal lagi 4-5hari je lagi pun kan... tak lama dah tu... tadi kat Watson ada sales up to 20% untuk produk Simply Siti.







kalau tak de sale RM59.90...
after 20% jadi RM49.++...
okay la tu... terus dni sambar satu...






Contains sebum control powder that helps to cover blemishes and reduce oiliness while maintaining lucid color, long lasting wear and results in transparent and natural looking skin. Globular and silicone coating powder gives smooth application to give a natural skin tone over time. Making dull skin looking radiant and glowing. Contains blocking component harmful UV rays blocking component which protects the skin from harmful UV Rays and skin becoming coarse and dry. It moisturizes the skin and makes it healthy. - SimplySiti





lepas dni try.. rasa best sangat tau... siriyes... warna dia kena dengan kulit dni. dni guna warna Light Beige.. ada 6 pilihan warna kesemuanya... actually tadi dni nak ambil warna natural beige tapi susah nak kena sikit sebab kulit dni warna kuning nak kata kuning langsat, tak.. nak kata cerah sangat pun tak juga. sedang-sedang je... terus ambil light beige sebab bedak compact avon pun dni guna warna light beige dengan almod je... Alhamdulillah.. serasi... hehe.. pasni boleh beli lagi... ;)












17 December 2010

Tutorial update blog melalui email

-
-
-
-
Tutorial ni diminta oleh Nadia... sorry tau dear... terlewat yang amat sangat dni buatkan untuk beliau sebab dni tak sempat+terlupa. hehehe... alasan no 2 tu yang tak leh pakai ;p nak wat cmana kan... terlupa sebab banyak pk pasal exam. dan, ada beberapa masalah sikit buat masa ni. nantilah after exam dni nak buat erita banyak-banyak. sekarang, nak story mory pun rasa cam ada roadblock je.... jom kita tengok tutorial update blog melalui email ^___^






untuk update blog melalui email, perkara yang pertama adalah klik ikon envelope pada dashboard tu. lepas tu akan keluar macam ni:







bila dah keluar benda ni, taipkan password korang kat bahagian kotak kosong tu. padamkan ayat secretWords tu tulis password sendiri. make sure tak ada orang tahu password tu. kalau tak, ada orang boleh update blog kita menggunakan email tau... bahaya...



contohnya password korang 12345, so taip je 12345 di kotak tu. pastu tekan save... then korang boleh tengok pada ikon envelope tu bertukar jadi warna peace... sekarang, korang dah boleh update blog melalui email. macam mana caranya? haa.. begini....






macam kita nak hantar email juga... kiranya email+password yang kita register kan tadi tu jadi alamat email untuk update blog kita serta-merta... taipkan je amni_shiro.12345@blogger.com. subject tu akan jadi title then taipkan aje kita nak cerita tentang apa. boleh attachkan file sama... mudah je kan ^___^









selamat mencuba!

10 December 2010

Palladium | Cincin Pilihan Jejaka Masa Kini

-
-
-

^___^ semalam dni selesaikan satu tugas penting. ya... perkara yang terpenting untuk majlispertunangan iaitu beli cincin. fuh, mau berjam-jam berkedai-kedai dni hendap cincin. bukan senang nak buat pilihan. tambah-tambah lagi nak cari cincin palladium. susah betul nak jumpa yang berkenan di hati Deen. dia nak yang permata putih/berlian dengan design yang paling simple. bukan masalah tak jumpa yang simple. tapi yang simple kebanyakannya jenis perak dan suasa kuning. isk!







pada mulanya dni berminat yang macam ni. tapi serius terlalu simple. Deen pun rasa yang cemni simple sangat. kang tak nampa pula berlian tu. kecik sangat. hehe... kalau kasi kat dni pun okay juga design dni kan? tapi alahai.. korang tak tahu lagi kisah cincin dni. susah nak cari... nantilah dni cerita lain. ni nak cerita mengenai cincin lelaki dulu... ;p






akhirnya dah 3-4jam pilih cincin, Deen berkenan yang macam ni. nak kata sebijik macam ni, boleh tahan juga. bezanya cuma cincin Deen tak ada jalur kat bahagian tengah tu. kat tengah tu kosong dan bahagian tepinya ada corak melintang sikit pastu ada berlian kecil di sudut kanan dan kiri bahagian tepi. cantik juga ^__^ harga? eh.. rahsia.. hehe...



balik je rumah, tunjuk kat abah cincin Deen tu.. sekali, abah pun berminat dengan cincin palledium. katanya nak beli juga jenis ni. ha... adik dni tengok pun, beliau turut berkenan. masa dni cari cincin tu semalam pun kata staf kedai tu ramai orang pakai cincin palladium sekarang ni. dah kurang permintaan cincin perak dan suasa.


jadi, bolehlah beli cincin palladium untuk hantaran pihak lelaki sama ada untuk pertunangan atau perkahwinan. lawa jugatau. cuma pesanan dni, jangan tertipu dengan kedai yang kata cincin perak tu cincin palladium. memang ada yang ambil kesempatan. kena perhatikan betul-betul. macam nak sama.. tapi tak serupa...








p/s:
Alhamdulillah, syukur dah selesai beli segala keperluan...



24 November 2010

Kek Bentuk Bas

-
-
-
saja menggatal minggu ni kerja cari design kek je sampai terjumpa kek bentuk bas. hehe... comellah pulak! jom cuci mata tengok kek ni... hehe...



















yang last ni paling lawa.. ^___^ warna-warni... bagi kat budak-budak tentu fikir ni mainan. ehehe... kreatif betul yang buat kek ni. tetiba teringin nak pandai buat kek fondant... nak belajar kat mana ye? huhu...


-
-
-

15 November 2010

Tutorial | Video dalam post

-
-


tutorial untuk letakkan video dalam post ni direquest oleh sis Azzeyatin. ^___^ jadi, dni masukkan dalam segmen soal jawab bersama dni. ada dua cara untuk masukkan video dalam posts kita. pertamanya upload di posts kita dan satu lagi embed dan copy paste je.



Cara Pertama:



klik pada Add Video dan upload video yang kita nak letak dalam post.



step pertama, browse video, step kedua, masukkan tajuk video, step ke tiga, tick terms and conditions, dan yang terakhir klik butang upload video dan tunggu sehingga video tu siap diupload...



Cara Kedua:



embed dari Yout Tube atau mana-mana website dan copy code yang tertera di situ. copy paste je ke dalam posts kita. kalau nak pastikan video tu dah ada ke tak, preview dulu sebelum publishkan entry kita. mudah je kan :)




selamat mencuba!






-
-