11 September 2019

BioXcellent Colla White Diamond Rahsia Kulit Lebih Sihat Lembap dan Berseri







BioXcellent Colla White Diamond merupakan BOTANICAL BEVERAGE MIX ACTIVE INGREDIENT yang sangat kaya dengan antioksidan. Antara kandungan Colla White Diamond adalah:


  • Campuran beri
  • Collagen Tripeptide
  • Astaxanthin
  • Acacia gum
  • Ekstrak buah anggur
  • Tomato
  • Epal
  • Strawberi & Buah delima








KELEBIHAN COLLA WHITE DIAMOND :



  1. Sesuai utk membantu masalah liang pori terbuka, 
  2. Dapat membantu melembapkan dan menganjalkan kulit, 
  3. Dapat membantu masalah pigmentasi, 
  4. Dpat mngurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata, 
  5. Mengecutkan jerawat dan membantu mngatasi masalah parut jerawat
  6. Dapat membantu kulit supaya lebih sihat, lembap, gebu dan halus..
  7. Membaik pulih struktur kulit
  8. Kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap
  9. Menghilangkan garisan halus dan kedutan
  10. Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen dalam tubuh
  11. Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
  12. Mencantikan kuku lebih kuat dan atasi keguguran rambut
  13. Sesuai untuk lelaki dan perempuan berumur 16 tahun ke atas





CARA PENGAMBILAN :

Campurkan 1 skop  (20gram) ke dalam 200ml/250ml air sejuk atau suam, kemudian kacau atau goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. 




Dah campurkan dalam air/jus terus shake laju-laju




Tidak digalakkan untuk simpan dahulu sebelum diminum. Lepas shake, minum terus tau. Serbuk Colla White Diamond dicampurkan dengan 200ml air rasanya sangat sedap. Kurang manis, rasa campuran buahan macam tu.





Bagi mendapatkan keberkesanan Colla White Diamond dengan lebih efektif, ada beberapa tips/pantang yang perlu dititikberatkan iaitu:


  • Untuk MASALAH JERAWAT disarankan untuk pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya. 

  • Elakkan pengambilan KAFEIN sbb boleh mempercepatkan penuaan. 

  • Masa period hentikan dahulu pengambilan kerana sistem penyerapan badan masih lemah jadi kurang efektif.
  • Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil UBAT dari 
hospital/klinik. 

  • Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil 
apa2 jenis produk/supplement/jamu lain. 

  • Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan ke atas bagi  ibu 
mengandung/ ibu menyusu. 

  • Produk slimming/detox TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu 
mengandung. 
  • Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter utk kesan terbaik. 

  • Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar 
kesihatan dahulu sebelum mengambil apa sahaja jenis produk. 

  • Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai 
untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah 
kulit sensitif atau masalah resdung. 

  • Boleh dibancuhkan dengan air suam, air biasa atau air sejuk tapi pastikan betul-betul larut 
dlu sebelum minum. 

  • Produk ni sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur. (waktu yg 
dicadangkan ialah sebelum tidur sebab kadar penyerapan pada waktu malam adalah lebih tinggi) .





AMARAN: PENGGUNA YANG MEMPUNYAI MASALAH ALAHAN SEAFOOD & MASALAH RESDUNG TIDAK SESUAI UNTUK AMBIL BIOXCELLENT COLLA W.DIAMOND .



Harga BioXcellent Colla White Diamond adalah RM66.00 untuk penggunaan selama 30hari. 
1 botol = 700gram = 30skop
Terdapat 5 jenis produk bioxcellent yang boleh didapati di Watson.







Disclaimer:
-Produk Bioxcellent bukan di perbuat dari ubat. Bioxcellent tidak dapat bantu menyembuh sakit-sakit kronik.

-Produk Bioxcellent Hanya Makanan tambahan kita seharian . Bioxcellent  Hanya membantu mengimbangkan nutrisi yg kekurangan dari Makanan seharian. Ianya diperbuat dari makanan seharian kita seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan kolagen dari ikan . PRODUCT BIOXCELLENT ADALAH MERUPAKAN SUPERFOOD.

-Produk Bioxcellent cuma ada No.Reference Dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan dikategorikan sebagai makanan. Product ini tiada No. MAL sebab No. MAL hanya untuk produk yg di perbuat dari ubat / dikelaskan sebagai ubat. 


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari:

Facebook: Bioxcellent
Instagram: @bioxcellent
“SIHAT CANTIK SELALU”

05 August 2019

Resepi Sambal Bambangan



Assalamualaikum

Hai semua 😊 Hari ni dni nak kongsikan resepi buat sambal bambangan. Buah ni mudah didapati di Sarawak. Semenanjung, dni tak pasti. Sebab dni sendiri tak pernah kenal buah bambangan ni setelah merantau ke Sarawak. Mungkin ada tapi susah nak jumpa. Entahlah! Hehe...





Buahnya bulat, berkulit tebal. Ada iras bau macam buah Machang. Kat sini juga dipanggil buah Embang. Rasa dia manis, masam, sedap macam makan buah mangga dengan machang. Tapi, cara buka buah ni tak boleh sembarangan tau. Kena betul cara dia. Kalau tak, mau korang termakan kulit dia habisla bibir kena getah lepas tu jadi tebal macam kena injection botox 😆😆😆

Caranya belah 4 sekeliling buah bambangan tu dalam-dalam. Lepas tu kopek keluar kulit tebal dia sampi keluar isi. Kopek sampai habis. Lepas tu parut isi buah bambangan untuk buat sambal.



Resepi sambal bbangan/embang:

Cili besar
Cili padi
Gula
Garam
Belacan

Ikut sukatan ikut suka korang. Tumbuk lumat. Gaulkan dengan parutan buah bambangan/embang. Kalau kurang masin, tambah garam.

Makan bersama nasi dan ikan bakar ke.. daging bakar ke... Ambuyat ke... Sedap!

Selamat mencuba 😘

03 August 2019

Beautea by Safi | Rangkaian pencuci wajah terbaharu dari Safi




Assalamualaikum, hai semua ^____^

Ada nampak tak produk terbaharu daripada Safi? BEAUTEA by Safi. Ianya merupakan rangkaian pencuci wajah yang diformulasi daripada ekstrak teh premium dan bebas alkohol, paraben, SLS/SLES, dan silikon. 






White Tea & Damask Rose merupakan pencuci wajah yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal-kering. Ia mampu mengurangkan/mengecilkan pori wajah dengan efektif. Pencuci wajah ini jenus gel, berharuman teh + bunga ros yang segar.





Apricot Tea pula merupakan skrub pencuci wajah yang diperkaya dengan biji skrub yang mampu membuang sel kulit mati dengan berkesan. disamping itu juga, skrub ini dapat membersihkan liang pori yang tersumbat. Jadi, kulit wajah kita akan jadi berseri dan warna kulit akan lebih sekata.



Green Tea & Neem sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal dan masalah kulit berjerawat. Ia mampu mengawal pengeluaran sebum terutamanya ketika stress dan kulit terdedah kepada pencemaran alam sekitar.



Black Tea & Black Orchid pula pencuci wajah jenis gel yang mampu menyingkirkan kotoran pada kulit yang sensitif. Rumusan ini berkesan dalam mencegah kulit daripada penuaan.







 Dni pilih Apricot Tea dan juga White Tea & Damask Rose sebab kulit dni jenis kering. Setelah mencuba keduanya, dni rasa sangat best. Boleh bagi 5 bintang. Sebab apa?





  • tekstur skrub yang best. Dapat Rasa skrub ni mencuci dengan berkesan.
  • bau kedua-duanya sangat harum. Semerbak bila kita mencuci. Selesa!
  • dengan pek 150g, boleh tahan untuk penggunaan sehingga 2bulan - jimat
  • rasa lembap pada kulit. efektif.
  • harga juga berpatuttan.



Jadi, bagi kawan-kawan yang nak mencuba pencuci wajah ni boleh layari laman web Watsons http://bit.ly/2JTItHO  atau boleh terus walk in ke Watson untuk dapatkanya. Harga RM23.90 sebelum diskaun. Kalau ada diskaun, lebih kurang RM18.++ tau. So, pandai-pandai korang cari bila ada sale ya. Hehehe...






Maklumat lanjut: Layari laman web rasmi Safi Malaysia


Facebook



#BeauteabySAFI  #premiumteacleansers #safibeautea #safimy #S
afiMalaysia #safi #rm #rushmedia #ilhamdinidotcom #lifestyleblogger #dinireview


Kerang-kerangan


Assalamualaikum, hai semua 
...

Sebenarnya, dni suka sangat ambil gambar. Kadang-kadang rasa nak jadi Photographer pun ada. cuma, bajet tak ada pula nak beli kamera mahal-mahal buat modal. Kihkih... jadilah photographer cabuk. Ini ada beberapa keping gambar hasil karya dni kat tepi laut. Saja nak simpan. Buat kenangan.









Lokasi: Esplanade Luak Miri, Sarawak

05 July 2019

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY TERBARU KHAS UNTUK JEJAKA


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka. Jejaka? Tentu sinonim dengan jenama terkenal Dashing kan?







Suami saya sendiri merupakan salah seorang pengguna rangkaian produk Dashing terutamanya deodorant. Dulu, lepas pakai deodorant kena spray pula minyak wangi. Sekarang, makin mudah! Kerana Dashing begitu memahami keperluan jejaka masa kini. Ha... makanya ini merupakan berita baik untuk para jejaka. Dashing telah menginovasikan deorant + perfume dalam 1 botol sahaja. Bukan sahaja mudah. Malah, ianya cepat dan ringkas!







Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.



  • Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!
  • Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.
  • Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.



Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari


Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi.




DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam 4 variasi:





HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.












SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.







HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.







ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20


Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING, layari laman berikut:






Anakanda Darwish memilih Deo + Perfume Hitman dan Hattrick manakala papanya yang sentiasa aktif bekerja dan bersukan memilih Dashing Deo + Perfume Ultimate Kick dan juga Speed.