26 April 2010

kisah berus gigi yang malang




pada suatu pagi.. seorang adik bertanya kepada kakaknya..


"kak, nak mandi tak? adik nak mandi.."


kakak pun menjawab..


"tak nak mandi lagi. takpe adik mandi la dulu.."


sejurus selepas itu, adik pon masuk mandi dan kedengaran seperti adik itu mandi sambil membasuh bilik mandi. mana taknya. sekejap2 dia keluar dan ambil beg plastik la. ktung ktang ktung ktang dengan dia baling botol shower gel yang dah kosong dalam beg plastik dan juga dengar dia berus bilik mandi.. dalam hati kakak..


"ohh rajinnya adikku.."


selesai je adik itu mandi, kakak pula mahu bermandi-manda. kaka masuk ke dalam bilik mandi dan perkara pertama yang kakak lakukan adlah mahu memberus gigi.. tiba-tiba.. sentap mata kakak tu melihat berus giginya ado rambut bagai.. macam sikat rambut la pulak! terus kakak buka pintu bilik air dan bertanya..


"dik! ko berus lantai bilik air pakai apa?"


adik pon menjawab...


"kenapa?"


kakak menyuakan berus gigi di tangannya supaya adik itu dapat melihat kemusykilan yang merajai hatinya..


adik pula ternganga.. dan berkata..


"aku ingatkan berus gigi tu ko dah tak pakai. aku berus lantai guna berus gigi tu la tadi.."


kakak terus menjengilkan matanya dan berkata..


"wehhhh gilo... aku nak gosok gigi macam mana skang ni? hayyyaaa..."


adik terus terkocoh2 pergi ambilkan berus gigi baru untuk kakaknya. dan selepas itu kakak dapat memberus gigi dengan aman damai...




p/s: kakak itu adalah dni dan adik itu adalah fafa..
hape la ngko fafa.. berus gigi aku ko berus lantai ye? cheiittt!
;p gelak sakan we ols lepas tu..



16 comments:

  1. eee....yakss.... haha segala macam bulu2 serta rambut pasti terselit pada berus gigi tu kan?? wakaka

    ReplyDelete
  2. haha...adik terbaek sedunia....x yah suruh pon buat...bagus2..kui3

    ReplyDelete
  3. budak budak mmg cm nie.suka suki diorg je! keke:P

    sabauu je la!

    ReplyDelete
  4. ari tuh maskara anin, abeh adek anin guna wat cat dinding.. hahaha

    ReplyDelete
  5. salam singgah

    alahai berus gigi...cian ko dh jd berus lanTai...(^_^)...

    ReplyDelete
  6. hahahah mesti comel gila masa dia berus tu.tak penat ke sikit punye kecik berus tuh!haha

    dni semakin pandai menulis!tahniah!

    ReplyDelete
  7. to Nurna

    beliau memang rajen. patut anugerahkan berus gigi buat beliau miahaha

    ReplyDelete
  8. to cikCOKLET:)

    naseb baik pasan ado rambut2 tu kalo tidak.. ku gosok gigi selamba je ayoyooo *_+ kan kan

    ReplyDelete
  9. to eyes143..

    ngeee kreatif adik u yunk!

    ReplyDelete
  10. to helena's

    hah betul ke ni cik hel? dni terharu..sobbb sobbb

    yeay2 dni pandai nulis. hik3.. nak wat 30 entry seminit pasni lalalala

    ReplyDelete
  11. to * mEsSy *

    baek u kasi cocopie. dia suka cocopie. hehe

    ReplyDelete
  12. mak aih... gigihnye basuh toilet guna berus gigi... :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.