10 October 2018

Susu UHT Fernleaf 100% Mmmmm dari New Zealand


Assalamualaikum 


Lama betul dini tak berceloteh di blog kesayangan. Hari ni dini nak cuci sawang blog dengan Susu  UHT Fernleaf yang sedap dan lazat ni. 100% dihasilkan daripada Susu dari New Zealand tau! Susu UHT tak pernah putus bekalan di rumah sebab Rayyan Darwish anak kesayangan mama minum susu UHT sejak dia berumur 3tahun. Susu Fernleaf UHT ni bukan mama yang pilih tau. Tapi Darwish sendiri yang nak cuba. Begitu tertarik dia dengan keluaran terbaru Fernleaf ni.








Sebut saja New Zealand tentu korang terbayangkan lembu tompok putih hitam dalam kandang tu kan? Mooooo! Hehehe...


Jangan tak tahu. New Zealand merupakan sebuah negara pengeluar produk tenusu tertua, berpengalaman selama 140 tahun dengan kepakaran pengurusan ladang yang berdedikasi sekaligus menghasilkan produk tenusu yang terjamin kualitinya. Antara faktor lain yang menyumbang kepada pengeluaran susu yang berkualiti adalah keadaan tanah di New Zealand yang subur, kadar purata hujan yang sangat baik serta ladangnya yang mewah dengan rumput segar. Sumber cahaya matahari di kawasan ladang tersebut juga sangat bagus sesuai bagi pengusahaan ladang lembu tenusu.








Lembu-lembunya 90% bebas meragut rumput  pada hari cerah di ladang rumput yang luas dan menghijau. Pihak ladang begitu menitik beratkan soal kualiti dengan menjaga sumber pemakanan  bermula dari peringkat air bersih diminum oleh lembu tenusu seterusnya rumput yang diragut akan dijaga tahap kualitinya sehinggalah kepada peringkat akhir pengeluaran produk susu untuk dipasarkan kepada pengguna. 


Sebab itulah susunya terjamin kualiti, penuh khasiat dengan sumber nutrien, protein dan kaya dengan vitamin A serta vitamin D. Khasiatnya lebih berganda berbanding dengan susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu yang dipelihara di dalam kandang. Lembu tu tak stress u ols. Gituuuu...





Sebelum ni Darwish minum susu tepung Calciyum perisa Vanila keluaran Fernleaf juga. Sebab tu lah bila nampak ada susu kotak terbaru, dia jadi teruja. Darwish paling suka Susu UHT Full Cream Fernleaf. Simpan dalam peti, minum sejuk-sejuk. Fuh! Minum sambil pejam mata dan sebut Mmmmm!!!!! 
Sedap tak terperi gitu gayanya.  


100% Mmmmm sedap lazat yang penting berkhasiat.





Terdapat 3 variasi Susu UHT Fernleaf dipasaran sekarang iaitu Full Cream, Low Fat dan juga Coklat yang dipek dalam kotak 200ml serta 1liter. Korang pilihlah susu yang bersesuaian dengan lifestyle korang. Kalau nak diet, beli yang jenis Low Fat. Untuk sumber kalsium terbaik untuk anak-anak haruslah pilih jenis Full Cream. 




Tips kreatif penggunaan Susu UHT Fernleaf;

1) Campurkan Susu UHT Fernleaf dengan oat dan yogurt dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk. boleh juga dinikmati bersama potongan buahan segar seperti mangga, kiwi, anggur, pisang, strawberi dan lain-lain

2) Makan cereal bersama dengan Susu UHT Full Cream. Anak-anak tentu suka!

3) Campurkan separuh kotak Susu UHT Fernleaf perisa Coklat dengan separuh gelas air kopi, blend bersama beberapa ketul ais. Rasanya sedap bagaikan kopi berperisa mocha.


Jom kita amalkan minum Susu UHT Fernleaf! Segala kirteria yang dinyatakan di atas melayakkan Susu UHT Fernleaf sebagai susu UHT yang terbaik diamalkan untuk semua peringkat usia.
Selamat mencuba :)


#100Mmmmm #fernleafuht

3 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.