07 January 2019

Resepi Kerabu Peria Pegaga



Resepi Kerabu Peria Pegaga Berjemaah.
-------------------------
Bawang merah (1hiris halus, 1tumbuk)
Cili padi
Sedikit tomato
Limau kasturi/nipis
Peria
Pegaga (hiris, rendam air garam 1jam)
Udang kering(rendam air panas)
Sedikit lada hitam
Bunga kantan (optional)
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:
1) Hiris pegaga, peria, tomato, bawang merah, bunga kantan. Satukan.
2) Tumbuk lada hitam. Asingkan.
3) Tumbuk udang kering, bawang merah, cili padi, garam, gula. Tumbuk manja je tak sampai hancur lebur.
4) Perah limau kasturi/nipis, satukan semua bahan dan gaul rata.

Dalam gambar ni, lada hitam ditabur atas kerabu. Sebab hakak terlupa nak tumbuk lada hitam tadi. Buktinya dalam bahan2 tu tak ada jelmaan lada hitam 😆 dah siap gaul baru teringat lahhhh apesal tak letak tadi!

Resepi ni hakak suka hati je buat. Resepi korang opkos lagi sedap. Tak ikut resepi hakak pun tak apo. Saja hakak tiberrr rajin ambil gambar nak tunjuk korang, nanti orang tak tahu pulak hakak selalu je masak kat rumah kennn? 😆😆😆 Hakak sebenarnya jarang buat kerabu pakai santan. Selalu kerabu hakak pakai limau kasturi je.

Suami hakak request nak kerabu peria. So hakak tumpang la sekaki pegaga yang hakak nak makan. Masuk dalam kerabu peria berjemaah. Hehehe... Makan pun nak berjemaah. Kerabu berjemaah la kekdahnya. Makanya nama dia kerabu peria pegaga berjemaah. Sekian terima kasseyhh 😊

Selamat mencuba!




2 comments:

  1. wahh...pedas..pahit ..kelat..masam..manis ..masin...semua rasa ada... mesti sedap tu

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.