17 April 2020

Resepi Makaroni Bakar Mudah | Simple Baked Macaroni

Assalamualaikum

Hai korang ๐Ÿ˜Banyak ke menu masak-masak bulan ni? Hehehe... Dni tak ada cuba banyak menu sangat sepanjang PKP. Sebab kena fikir masakan tu suami dengan anak suka ke tidak. Karang, makan sorang-sorang je mana best. Contohnya buat kek batik. Adui, kena habiskan.

Kesian mama gemuk sorang-sorang.



Korang suka makan makaroni bakar tak? Dni suka makaroni bakar tapi kurang suka guna resepi yang gunakan kari. Sejak zaman bujang lagi suka masak makaroni bakar pesen ni. Simple - mudah. Tak letak kari tak letak susu... Masak dengan tumis biasa je, lepas tu hidangkan dengan sos cili. Ummphhhh sedappp ๐Ÿคฉ๐Ÿ‘




Rupa makaroni bakar yang dah siap masak dan dihiasi dengan daun sup, hirisan lada besar dan juga bawang goreng.



Makan bersama sos cili. Nyamannn ๐Ÿ‘


Ini untuk darwish, tak nak hias topping tu kalau tak dia tak nak makan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



Okay jom cuba resepi makaroni bakar cara Dini:

Bahan-bahan:
Separuh paket makaroni (direbus)
Daging cincang/ ayam cincang/ daging/ atau 2-3keping daging burger pun boleh (dihancurkan)
5ulas bawang putih *
3-4ulas bawang merah *
Hirisan bawang besar (jika suka) *
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam/daging
1/2 cawan air
Serbuk lada sulah
Telur 5-6biji
Gula dan garam secukup rasa
Slices cheese untuk topping (tak letak pun tak apa)
Hirisan daun bawang / daun sup (separuh untuk hiasan, separuh untuk masukkan dalam tumisan)
Hirisan lada besar
Bawang goreng untuk hiasan
Optional: boleh letak lobak merah dan hirisan bawang besar juga


Cara memasak:


Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau, kemudian masukkan daging/ayam cincang dan sambung tumis lagi. 

Bila ayam/daging cincang dah nampak masak masukkan air, sos tiram, kiub pati ayam/daging, lada sulah dan garam gula secukup rasa. Masak lagi sampai air nampak kering meresap dalam daging tu dan boleh tutup api. 

Dah tutup api, masukkan makaroni yang telah direbus. Gaul rata dan boleh tambah sikit garam masa ni sebab nanti masukkan telur, rasa tu akan jadi kurang masin. Kemudian masukkan telur, hirisan daun bawang/sup, lada besar, carrot, bawang besar jika suka. Tuangkan dalam loyang dan ratakan.

Susun kepingan cheese ikut cara korang suka. Ada juga yang suka letak mozarella. Terpulang. Tak letak cheese pun tak apa.

Bakar dalam oven selama 25-30minit dengan suhu 165'C atau mengikut oven masing-masing.

Setelah siap dibakar, jangan potong dulu. Biarkan sejuk. Kalau tak nanti jadi pecah-pecah makaroni bakar tu. Suam-suam pun dah okay untuk potong.

Boleh hias dengan taburkan hirisan daun bawang/sup, lada besar, bawang goreng, dan sos cili. Boleh tambah mayonis juga kalau suka.

Makan bersama sos cili, sedap! Lagi seminggu nak tiba bulan mulia bulan Ramadan 2020. Menu Makaroni bakar ni sesuai juga untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa atau bersahur. Nak buat sahur, siapkan juadah sebelum tidur. Bangun sahur tu panaskan saja. Simple.

Selamat mencuba!

Ahlan wa sahlan Ya Ramadan al-Mubarak

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.