27 May 2020

AIDILFITRI NORMA BARU 2020


Assalamualaikum.

Salam 4 Syawal. Ada yang masih buat open house tak hari ni? Hati-hati tau. kena kompaun nanti, sayang RM1000 terbang melayang tinggi ke awan. Eh...! Nak diceritakan kisah 1 Syawal kami sekeluarga yang pertama kali beraya di rumah sewa di Terengganu dalam suasa norma baru. Awal pagi lagi anakanda Darwish bangun dan bersemangat untuk beraya. Papanya masak Nasi Keboli masakan tradisi Terengganu bersama kari daging. Jiran sebelah rumah berkongsi juadah Satay Ayam dan juga Tapai. Lepas sarapan pagi, kami semua bersiap dengan pakaian raya lalu Solat Sunat Aidilfitri berjemaah.


Yang semangat nak beraya


Usai Solat Sunat Aidilfitri berjemaah kami semua buat photoshoot raya sendiri dalam rumah. Biasanya, kami selalu photoshoot raya di studio. Dalam keadaan norma baru ni nampaknya hanya photoshoot sendiri sahajalah. Sekitar tempat tinggal ni macam tak ada white studio dengan props raya je. Atau Dini yang tak jumpa cari, entahlah. Tak mengapalah. Kita photoshoot dengan ahli baru keluarga kecil kami kemudian nanti, InsyaaAllah.



Potret Hari Raya 2020


Tak banyak sangat bergambar raya sebab Darwish dah tak sabar nak pulang beraya ke kampung papanya. Kampung mama, tak dapat nak balik sebab kena rentas ke negeri Kelantan. No no no untuk rentas negeri ya. Kami cuba patuh PKPB sebaik yang mungkin.


Darwish yang cheeky!


Selesai bergambar dalam rumah, mama ajak Darwish bergambar depan rumah pula.




Lepas tu kami terus gerak ke kampung papa Darwish untuk menemui Tok dan Tokki. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari kediaman kami ke sana. #StaySafe Darwish Darwish siap-siap sapu hand sanitizer & pakai facemask.


Potret Raya 2020 bersama mertua


Social distancing

Kat rumah mertua, mak masak Nasi Dagang dengan Nasi Minyak. Alhamdulillah, sedap sangat gulai ikan tongkol mak. Makan bertambah 2 pinggan. lepas tu minta husband tapaukan lagi Nasi Dagang bawa balik. hehehe... ampunkan makyong. Berselera nak makan Nasi Dagang banyak-banyak raya kali ni.






Sebenarnya, raya kali ni Dini tak beli baju raya. Sebab asalnya baju melayu Darwish yang makciknya hadiahkan tu saiz untuk 8tahun. Jadi, walaupun dah dipakai tahun lepas, masih padan elok lagi tahun ni. Tambahan pula kelas KAFA di sekolah barunya tak perlu pakai baju melayu. Kalau beli baju melayu yang baru, macam membazir jugalah sebab tak guna sangat. Dini belikan Darwish baju Tshirt raya je untuk dia. Lepas tu untuk Dini pula Dini cari baju yang sedondon dengan Darwish dan belikan papanya baju melayu baru.

Banyak sangat koleksi baju kurung Dini kerja sebelum ni tak pernah pakai di semenanjung. Jadi, bolehlah pakai kat kampung. Hehehe... Baju kurung ni dibeli pada tahun 2016. Pakai je asalkan masih elok. Peruntukan baju raya yang papanya bagi tu mama buat beli baju duk rumah. Maklumlah mamanya kan dah jadi Surirumah sepenuh masa. baju duk rumah menjadi keperluan utama sekarang ni.



Okaylah itu sahaja coretan raya kami sekeluarga di Aidilfitri Norma Baru 2020. Nanti sambung cerita episod raya ke-dua dan seterusnya pula. Salam AIdilfitri. Maaf Zahir dan Batin ;)



No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.