CARA EDIT GAMBAR BACKGROUND RAYA | Assalamualaikum. Dekat nak raya mesti ramai terasa nak edit gambar suasana raya kan. Nak letak ayat raya, background raya, crop gambar, buat transparent, macam-macamlah. Yang paling ramai nak buat tapi tak pandai guna photoshop bab remove background gambar kan?
Samalah juga dengan Dini. Dini pun tak mahir guna photoshop. Kalau guna apps, kena teliti sangat masa mengedit tu. Dini ada jumpa cara paling senang untuk buang background gambar. Contohnya macam Dini edit gambar raya famili Dini ni. Gantikan dengan background raya. Tinggg... Terus datang mood raya. Hehe..
Cuma, bila guna cara ni pixel gambar tu tak berapa besar. Jadi, kalau nak besarkan saiz gambar nampak kaburlah juga. Okay je asal ada daripada tak ada, kan? Tak gitu? Boleh je nak pixel besar, kena sign up dan bayar. Yang percuma ada boleh guna, buat apa nak bayar 😂😂😂
Tutorial:
1. Pergi ke laman Remove BG (klik)
2. Upload image dan dan tunggu gambar siap buang background.
3. Download/save
4. Google image 'selamat hari raya' dan save/download gambar background raya yang korang suka.
5. Buka apa-apa apps edit gambar. Dini guna Pic Arts. Buka gambar background raya yang korang nak lepas tu add picture gambar yang dah dibuangkan background.
6. Siap, simpan/save
Mudah je kan? Okay kat bawah ni Dini sertakan background raya dengan tulisan selamat hari raya yang transparent untuk korang gunakan.

Ooo baru tau remove bg ni.. Menarik. Boleh cuba
ReplyDelete😁😁😁 jom edit gambar raya
DeleteBoleh la buat nanti..
ReplyDeleteSila sila 😁
DeleteTq admin.. Baru tau.. Setelah bertahun jeles tgk org lain buat.. Haha
ReplyDeleteHehe.. samalah sebelum ni duk guna apps remove background tapi kena teliti jari duk crop gambar. Yang ni mudah je web tu bagi yg dah siap remove 😊
DeleteTerima kasih utk perkongsian ilmu ni ye!! Sgt bermanfaat lagi² utk org yg slow IT mcm sy ni ..hihihi😂😉 Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌷
ReplyDeleteSama2. Hehe.. salam aidilfitri
Deletetq berjaya buat.nk tanya, pics art yg mana yang free.yang saya jumpa 1month trial dan berbayar.boleh recomand?
ReplyDeleteGuna snapseed/canva pun boleh. Picsart naknkena uninstall lepas habis trial tu. Pastu install balik guna yg trial. Macam tulah seterusnya. Hehe
DeletePicsarts hbs trial, uninstall. Install semua. Guna trial lagi. Macam tu lah ulang langkah dia. Hehe. Tp guna snapseed, canva pun okay
DeleteWahh.. terlambat tahu.. hehe.. tapi boleh guna background lain nanti.. 😍 thank you sharing..
ReplyDeleteBoleh buat gambar lain juga. Kreatif hehe
Delete