22 May 2020

Cara Edit Gambar Raya

CARA EDIT GAMBAR BACKGROUND RAYA | Assalamualaikum.  Dekat nak raya mesti ramai terasa nak edit gambar suasana raya kan. Nak letak ayat raya, background raya, crop gambar, buat transparent, macam-macamlah. Yang paling ramai nak buat tapi tak pandai guna photoshop bab remove background gambar kan?


Samalah juga dengan Dini. Dini pun tak mahir guna photoshop. Kalau guna apps, kena teliti sangat masa mengedit tu. Dini ada jumpa cara paling senang untuk buang background gambar. Contohnya macam Dini edit gambar raya famili Dini ni. Gantikan dengan background raya. Tinggg... Terus datang mood raya. Hehe..





Cuma, bila guna cara ni pixel gambar tu tak berapa besar. Jadi, kalau nak besarkan saiz gambar nampak kaburlah juga. Okay je asal ada daripada tak ada, kan? Tak gitu? Boleh je nak pixel besar, kena sign up dan bayar. Yang percuma ada boleh guna, buat apa nak bayar 😂😂😂





Tutorial:


1. Pergi ke laman Remove BG (klik)
2. Upload image dan dan tunggu gambar siap buang background. 
3. Download/save
4. Google image 'selamat hari raya' dan save/download gambar background raya yang korang suka.
5. Buka apa-apa apps edit gambar. Dini guna Pic Arts. Buka gambar background raya yang korang nak lepas tu add picture gambar yang dah dibuangkan background. 
6. Siap, simpan/save


Mudah je kan? Okay kat bawah ni Dini sertakan background raya dengan tulisan selamat hari raya yang transparent untuk korang gunakan.














Lusa dah nak raya. Nanti pagi raya boleh hantar gambar ke whatsapp, facebook, instagram gambar raya cantik-cantik yang korang dah edit tu. Raya tetap kena meriah walau disambut dalam suasan norma baru. Raikan Lebaran dengan kesyukuran. Selamat mencuba!


Lagi background raya 2022👇🏻












































13 comments:

  1. Ooo baru tau remove bg ni.. Menarik. Boleh cuba

    ReplyDelete
  2. Tq admin.. Baru tau.. Setelah bertahun jeles tgk org lain buat.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. samalah sebelum ni duk guna apps remove background tapi kena teliti jari duk crop gambar. Yang ni mudah je web tu bagi yg dah siap remove 😊

      Delete
  3. Terima kasih utk perkongsian ilmu ni ye!! Sgt bermanfaat lagi² utk org yg slow IT mcm sy ni ..hihihi😂😉 Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌷

    ReplyDelete
  4. tq berjaya buat.nk tanya, pics art yg mana yang free.yang saya jumpa 1month trial dan berbayar.boleh recomand?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna snapseed/canva pun boleh. Picsart naknkena uninstall lepas habis trial tu. Pastu install balik guna yg trial. Macam tulah seterusnya. Hehe

      Delete
    2. Picsarts hbs trial, uninstall. Install semua. Guna trial lagi. Macam tu lah ulang langkah dia. Hehe. Tp guna snapseed, canva pun okay

      Delete
  5. Wahh.. terlambat tahu.. hehe.. tapi boleh guna background lain nanti.. 😍 thank you sharing..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.