03 June 2020

Alahan/ Alergik dengan Zincofer Haematinic Capsules


Checkup di klinik pada bulan lepas, HB Dini drop dari 13 ke 11.0. Nurse macam biasa akan tanya makan supplement apa, ada ambil tak supplement yang klinik bekalkan. Dini berterus-terang. Awalnya Dini makan maltofer, bila kena serangan angin, sembelit, sakit urat dan demam seharian lepas makan maltofer, Dini jadi rasa 'gerun' nak cuba supplement yang ada 'fer' 'fer' tu. Jadi Dini ceritakan pada nurse. Dini cuma amalkan obimin.



Klinik ada bekalkan Zincofer. Cuma Dini simpan pada awalnya dengan hajat, nanti nak cuba makan juga zincofer. Manalah tahu sesuai, jadi tak perlu beli sendiri dah obimin. Memandangkan Hb Dini dah drop, nurse sarankan dini cuba Zincofer. Malam tu lepas balik klinik Dini makan sebelum tidur. Sebab Dini lebih selesa makan supplement sebelum masuk tidur.




Besok pagi tu Dini bangun macam biasa dan menanti apa rasa tindak balas daripada makan zincofer malamnya tu. Rasa macam, tak ada pening/ loya/ sebu perut/ nak demam atau apa-apa. Tak ada rasa yang aneh. Jadi Dini anggap mungkin Dini sesuai makan zincofer. Waktu tu, obimin cuma tinggal 2biji. Jadi Dini buat keputusan lepas ni boleh amalkan zincofer sahajalah. Tak perlu beli obimin di farmasi lagi.

Tak lama lepas tu, Dini siapkan sarapan pagi. Mula cuci dapur dan celah jari mula rasa ada naik biji gatal. Dini fikir mungkin kena gigit dengan semut. Dini abaikan biji gatal tu hinggalah ke tenghari, naik pula biji gatal di kedua belah siku dan lengan. Masa tu barulah terasa lain macam. Takkanlah kena gigit semut lagi, kan?


Petang tu tu naik lagi biji gatal di tapak tangan dan juga bertambah biji gatal di celah jari. Terus rasa mungkin ini alergik/ alahan dengan zincofer. Malam tu Dini buat carian dalam group ibu mengandung di facebook mengenai zincofer. Ternyata ada ibu yang pernah alami juga naik gatal-gatal lepas makan zincofer. Sah! Dini alahan dengan zincofer.




Malam tu Dini berhenti terus daripada ambil zincofer. Risau  nanti biji gatal naik lebih banyak. Rasa gatalnya tu sampai tergaru-garu. Hampir dua minggu jugalah biji gatal tu nak surut sepenuhnya. Lekat parut beberapa minggu sebab Dini menggaru. Mana tahan kalau tak garu. Gatal! Isk isk..


2minggu selepas tu Dini hadir untuk temujanji di klinik lagi dan jelaskan pada nurse apa yang Dini alami lepas makan sebiji Zincofer. Nurse tu sarankan Dini teruskan makan obimin saja memandangkan klinik tu tak ada bekalkan supplement ibu mengandung selain dari zincofer. Nanti Dini pulangkan zincofer yang selebihnya tu pada klinik.


Jadi sekarang, Dini cuma makan obimin untuk kandungan Dini, Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu yang ke-30. Berbaki 10minggu lagi untuk menemui ahli baru keluarga kami. InsyaaAllah... Moga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Doakan Dini ya!

7 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan dini dan adik baby...

    ReplyDelete
  2. Dni tak dapat yg 4 sekawan tu eh? Kita dulu jenuh la nak telan 4 ketoi tu..Hahaha..

    Obimin serasi la tu dgn badan Dni..teruskan je la makan yg tu..InsyaAllah..Dah tak lama dah tu..Semoga dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A aaa dni tak dapat 4sekawan. Dapat zincofer je. Huhu. Biji gatal tu ya ampun dah macam chicken pox 😅

      Delete
  3. Boleh ke makan zincofer dlm masa yg sama makan obimin jugak? Takut overdose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dini makan salah satu sahaja. Tak pasti kalau makan dua-dua macam mana. Boleh rujuk dengan doktor terlebih dahulu ya..

      Delete
  4. Fabulous post, you have denoted out some fantastic points, I likewise think this s a very wonderful website. I will visit again for more quality contents and also, recommend this site to all. Thanks. Buy Kratom

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.