Showing posts with label supplement untuk ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label supplement untuk ibu hamil. Show all posts

03 June 2020

Alahan/ Alergik dengan Zincofer Haematinic Capsules


Checkup di klinik pada bulan lepas, HB Dini drop dari 13 ke 11.0. Nurse macam biasa akan tanya makan supplement apa, ada ambil tak supplement yang klinik bekalkan. Dini berterus-terang. Awalnya Dini makan maltofer, bila kena serangan angin, sembelit, sakit urat dan demam seharian lepas makan maltofer, Dini jadi rasa 'gerun' nak cuba supplement yang ada 'fer' 'fer' tu. Jadi Dini ceritakan pada nurse. Dini cuma amalkan obimin.



Klinik ada bekalkan Zincofer. Cuma Dini simpan pada awalnya dengan hajat, nanti nak cuba makan juga zincofer. Manalah tahu sesuai, jadi tak perlu beli sendiri dah obimin. Memandangkan Hb Dini dah drop, nurse sarankan dini cuba Zincofer. Malam tu lepas balik klinik Dini makan sebelum tidur. Sebab Dini lebih selesa makan supplement sebelum masuk tidur.




Besok pagi tu Dini bangun macam biasa dan menanti apa rasa tindak balas daripada makan zincofer malamnya tu. Rasa macam, tak ada pening/ loya/ sebu perut/ nak demam atau apa-apa. Tak ada rasa yang aneh. Jadi Dini anggap mungkin Dini sesuai makan zincofer. Waktu tu, obimin cuma tinggal 2biji. Jadi Dini buat keputusan lepas ni boleh amalkan zincofer sahajalah. Tak perlu beli obimin di farmasi lagi.

Tak lama lepas tu, Dini siapkan sarapan pagi. Mula cuci dapur dan celah jari mula rasa ada naik biji gatal. Dini fikir mungkin kena gigit dengan semut. Dini abaikan biji gatal tu hinggalah ke tenghari, naik pula biji gatal di kedua belah siku dan lengan. Masa tu barulah terasa lain macam. Takkanlah kena gigit semut lagi, kan?


Petang tu tu naik lagi biji gatal di tapak tangan dan juga bertambah biji gatal di celah jari. Terus rasa mungkin ini alergik/ alahan dengan zincofer. Malam tu Dini buat carian dalam group ibu mengandung di facebook mengenai zincofer. Ternyata ada ibu yang pernah alami juga naik gatal-gatal lepas makan zincofer. Sah! Dini alahan dengan zincofer.




Malam tu Dini berhenti terus daripada ambil zincofer. Risau  nanti biji gatal naik lebih banyak. Rasa gatalnya tu sampai tergaru-garu. Hampir dua minggu jugalah biji gatal tu nak surut sepenuhnya. Lekat parut beberapa minggu sebab Dini menggaru. Mana tahan kalau tak garu. Gatal! Isk isk..


2minggu selepas tu Dini hadir untuk temujanji di klinik lagi dan jelaskan pada nurse apa yang Dini alami lepas makan sebiji Zincofer. Nurse tu sarankan Dini teruskan makan obimin saja memandangkan klinik tu tak ada bekalkan supplement ibu mengandung selain dari zincofer. Nanti Dini pulangkan zincofer yang selebihnya tu pada klinik.


Jadi sekarang, Dini cuma makan obimin untuk kandungan Dini, Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu yang ke-30. Berbaki 10minggu lagi untuk menemui ahli baru keluarga kami. InsyaaAllah... Moga dipermudahkan urusan bersalin nanti. Doakan Dini ya!

26 July 2012

Goats Milk Tablets | Khasiat susu kambing buat ibu mengandung

-



ada yang bertanyakan dni mengenai tablet susu kambing yang dni ceritakan dalam penulisan dni mengenai menu berbuka puasa iaitu BERPUASA KETIKA HAMIL. sebenarnya, dni tak jual supplement tu. cuma in case korang susah nak dapatkan produk tu, korang boleh order dengan dni. dni beli di Cosway je.







inilah dia tablet susu kambing yang dni amalkan. boleh consume 5-10biji sehari. berperisa butterscotch... sedap! budak-budak pun suka... macam gula-gula susu gitu... baunya pun wangi. serius! sekali cuba pasti mau lagi dan lagi.. hehe... kenapa kita perlu ambil susu kambing sepanjang kehamilan?



okay... actually bukan sepanjang kehamilan je... sepatutnya kita amalkan pengambila susu kambing untuk setiap hari. sebabnya minum susu kambing adalah sunnah Rasulullah SAW. susu yang terbaik adalah susu kambing. kalau baby ada kena penyakit kuning, biasanya diberi minum susu kambing dan disapukan pada anggota badan, InsyaAllah penyakit kuning cepat kebah.



untuk ibu mengandung pula, susu kambing dapat membekalkan vitamin yang diperlukan oleh baby... pastu kalau bersalin, InsyaAllah baby tak kena jaundice atau penyakit kuning. memang susu kambing diyakini untuk mencegah penyakit kuning. sebab tu ada susu bayi diperbuat daripadasusu kambing, macam Karihome...



banyak lagi khasiat susu kambing. korang boleh google sendiri kalau nak tahu dengan lebih lanjut tau ^__^ antaranya merawat kencing manis, mengelakkan kebas kaki dan tangan, merawat anemia, gastrik, darah tinggi, osteoporosis, buasir, dan lain-lain lagi... better consume susu kambing fresh kalau korang boleh telan dan tahan dengan bau hamis susu tu. macam dni, dni tak boleh nak telan susu kambing fresh. dah pernah beli... minum seteguk pun dah loya. so, inisiatif dni, amalkan tablet susu kambing untuk mendapatkan khasiatnya.



-