Dini masak yang simple sahaja untuk hidangan hari raya. Makaroni bakar dan juga Laksa Sarawak menggunakan Pes Laksa Sarawak Haji Manan. Di Miri dulu, Dini selalu beli pes laksa jenama Haji Manan dengan Liza. Tapi, pes laksa sarawak jenama Liza dipek dalam botol. Jadi rumit sikit nak bawa balik ke semenanjung. Jadi Dini lebih suka pilih jenama Haji manan untuk bekalan di semenanjung.
Selalu bawa balik untuk family Dini dan juga family husband. Umi Dini suka sangat makan Laksa Sarawak. Tiap kali balik mesti belikan untuk dia. Sekarang, senang. Order je di Shopee. Harga lebih kurang sama je dengan harga di Miri.
Laksa Sarawak sangat sedap bila ada lauk udang, ayam, dan juga telur dadar yang dihiris halus. Ada kerang pun bertambah sedap. Tak ada sambalnya pun dah terangkat. Ada sambal lagilah sedap. Tapi raya ni Dini malas nak menumis sambal jadi, cukuplah seadanya makan yang mana ada. Kan dah cakap nak masak yang simple je. hehehe...
Tapai tu, mak mentua yang bagi. Jiran pun ada bagi tapai juga. Cuma... Dini tak dapat nak jamah/rasa tapai raya kali ini. Risau untuk kesihatan adik Darwish kat dalam. Ada yang kata boleh je makan. Ada yang kata tak boleh makan. Untuk kebaikan dan langkah berjaga-jaga lebih eloklah Dini elakkan walaupun terliurnyaaaa nak rasa tapai-tapai tu semua. Tak apa, lain kali boleh makan, InsyaaAllah.
Ini menu yang selalu Dini buat setiap kali raya. Tiap kali ada potluck atau jamuan picnic ke apa Dini selalu buat makaroni bakar juga. Entahlah, rasa menu ni sahaja yang Dini rasa selesa nak masak-masak. Kawan-kawan pun cakap sedap. Makanya, bila orang cakap sedap, yang tu je lah kita rasa rajin nak buat, tak gitu? Bersemangat jadinya. Kalau ada yang nak rasa makaroni bakar macam yang Dini buat boleh cuba resepi di bawah ni, klik:
Selamat mencuba!
Makaroni bakar tu nampak sedap. Dah tengok resepi, mudah je nak buat.
ReplyDeleteSedapnya! Tetiba rasa nak buat jugak makaroni bakar
ReplyDeleteMeriah hidangannya. Rajin sungguh
ReplyDeleteTeringin pula nak makan laksa sarawak.
ReplyDeleteMeriah menu raya Dini.. nak try juga buat macaroni bakar tu..
ReplyDeletesedapnya sume makanan! tapi tak pernah lagi rasa laksa sarawak ..macam menarik tu
ReplyDeleteLaksa sarawak memang fav Marsha...lamanya tak buat
ReplyDeleteSedapnye..terlio tgk
ReplyDeleteSedapnye..terlio tgk
ReplyDeleteCantik macaroni bakar dini. Dengan hiasan atas tu, nampak menyelerakan.
ReplyDeleteSedapnya tengok.. Tak pernh rasa laksa sarawak ni
ReplyDeleteDah lama x makan laksa srawak. Last makan time trip ke Kuching atas urusan kerja.
ReplyDeleteSedap. Nanti nak cubalah buat makoroni bakar tu
ReplyDeleteBestnye makaroni bakar tu. I is laparrr
ReplyDelete