16 June 2020

Resepi Biskut Ulat

Salam 24 Syawal. Alhamdulillah, kita semua dalam fasa PKPP yang membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri. Mana yang rindukan kampung halaman, dah boleh pulang beraya. Dini pun dah balik kampung jumpa keluarga di Kelantan pada minggu lepas. Syukur Alhamdulillah. Walaupun lewat 2minggu tapi dapat juga beraya di rumah keluarga.





Pada bulan Ramadan mulia yang lalu, anakanda Dini merayu-rayu nak makan biskut ulat. Permintaannya mama tunaikan juga atas sebab kasih dan sayang mama kepadanya yang tidak berbelah bahagi. Gituuu... Kasihan dia seorang diri tak ada aktiviti nak buat, papanya sibuk dengan kebun sawit di kampung. Maka mama jalankan aktiviti biskut raya bersama si teruna tercinta. Bahagianya dia bukan kepalang. Banyak jugalah yang dia uli sendiri. Dia juga yang nak makan. Abaikan sahajalah ada ulat gemuk, ulat kurus, ulat pendek, ulat panjang.





Awalnya Darwish minta nak biskut ulat warna hijau dengan biru, tapi pewarna biru di rumahnya tak ada. Pewarna merah pun tak ada. Jadi, mama masukkan sirap perisa ros dalam adunan. Yang warna hijau perisa asli, yang warna pink perisa ros. Setelah biskut ulat masak, Darwish kata ulat pink yang paling sedap. Rasa macam makan apam susu sebab berperisa sirap.



Dini guna resepi samperit susu. Oleh sebab itu, adunan biskut ini perlulah di tutup agar tak masuk angin. Kalau tak, adunan boleh jadi keras. Ambil adunan sikit-sikit untuk uli jadi ulat. Resepinya seperti di bawah:

130 tepung jagung
60g butter
3sudu besar susu pekat manis
Pewarna
Chocolate rice hitam


Cara membuatnya:
Masukkan susu pekar manis dan butter, gaul rata kemudian uli dengan tepung jagung hingga sebati.

Bahagikan doh adunan jika nak buat beberapa warna. Boleh simpan doh dalam peti seketika.

bentukkan doh panjang-panjang seperti badan ulat. Untuk bintik-bintik tu bulatkan kecil-kecil lepastu tampal pada ulat dah bolehlah gelekkan badan ulat menggunakan garfu bagi mendapatkan efek jalur.

Kemudian cucukkan chocolate rice warna hitam pada bahagian depan untuk dijadikan sebagai mata.

Bakar dalam suhu 170c selama 15-20minit mengikut oven masing-masing.






Lihatlah keceriaan di wajahnya.


1 adunan tu habis kat dia sorang je. Mama buat dua adunan. Darwish bagi pada kawan dan sepupunya juga. Cuma, pernah viral bila anak-anak terbiasa makan biskut ulat anak tu nampak ulat yang betul pun ambil masuk mulut. Ini mungkin bagi anak-anak dibawah usia 4tahun. Biasanya yang dah besar boleh bezakan biskut dengan ulat yang betul. Selalulah berpesan pada anak, ulat betul tu tak boleh dimakan. Itu sahajalah tipsnya. Sekian, selamat mencuba!



11 comments:

  1. comelnya biskut ulat.. 2 color pulak tu

    ReplyDelete
  2. Selalunya buat bentuk bunga je. Kalau malas buat bulat2 tekan dengan garfu.

    Tahun depan raya buat ulat sempritjugak lam

    ReplyDelete
  3. wah biskut ulat memang macam ulat bentuknya

    ReplyDelete
  4. Bahan takde sush sangat.. Eh nak buat la.. Tak pernh buat

    ReplyDelete
  5. naya la kalau anak mkn ulat betul eii..ya Allah

    ReplyDelete
  6. Alahai comel nya biskut ulat tu...kalau buat untuk anak-anak ni mesti suka

    ReplyDelete
  7. hi info menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Comelnye biskut. Ada yang takut nak makan nanti kalau buat ni. Hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.