Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

29 January 2021

SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK KIUB MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT




 Wooowwww! Comelnya!

 

Itulah reaksi pertama Dini tatkala melihat packaging kotak-kotak Supercube Molasses Herbs Drink yang baru diterima. Siap ada freegift cawan lagi. Bahagia betul bila ada freegift macam ni. Terus rasa nak buat koleksi mug Supercube di rumah. Nanti  nak beli lagi beli lagi beli lagi... ehh... 

 

 

  

 

APA ITU MOLASSES SUGAR SUPERCUBE

Supercube ni sebenarnya minuman berasaskan herba yang diperbuat daripada gula molases yang dikenali sebagai black sugar atau Japanese black sugar.  Gula molasses atau lebih dikenali gula perang dihasilkan daripada tebu cuma proses pembuatannya tidak sama seperti menghasilkan gula putih. Khasiatnya juga berbeza. Bagi menghasilkan gula molasses, tebu diperah bagi mendapatkan cecair dan direbus berjam-jam sehingga likat kemudiannya dikeraskan mengikut bentuk. Ha... sebab itulah kiub minuman herba ini dinamakan Supercube.

 

 


PERBEZAAN GULA MOLASSES SUPERCUBE DENGAN DI PASARAN

Mestilah berbeza kerana gula molasses yang terkandung dalam kiub minuman herba Supercube dihasilkan daripada proses semulajadi tanpa melalui proses pembuatan gula putih. Kebanyakan gula molasses di pasaran sebenarnya adalah hasil gula putih yang dicampur dengan sirap molasses yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses dicampur lebih gelap gula putih bertukar. Hasilnya seakan sama tetapi melalui proses yang berlainan. Jadi kelebihan pada molasses supercube adalah:

  • ✔️Glycemic index yang lebih rendah. Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses2 adalah lebih tinggi glycemic index. Supercube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Supercube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.

  • ✔️Sedap dan berkhasiat. Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin dan minerals.

Supercube dibuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China. 


Ia tidak mengandungi kafein. Yang paling penting, ianya mempunyai kelulusan HALAL JAKIM.



VARIASI SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK

Terdapat 3 kotak minuman herba berasaskan gula molasses Supercube  iaitu Osmanthus & Roses, Ginger & Lavender dan Red Dates & Goji Berry. ^jenis kesemuanya. Dalam setiap kotak ada dua jenis kiub tau. Macam Osmanthus & Roses akan ada 10 kiub Osmanthus dan 10 kiub Roses macam tu juga dengan yang lain. 10-10 kiub bagi setiap perisa tu. 

 

 

 

Bila nak minum pilih salah satu yang bersesuaian dan nak gabungkan perisa juga boleh. Potong dua dan campurkan dengan perisa yang kita nak. Contohnya nak minum kiub Ginger dan Goji Berry. Ambil kiub keduanya dan potong dua, simpan separuh kiub dan gunakan separuh kiub lagi untuk keduanya macam dalam gambar di atas ni.



OSMANTHUS & ROSES

 

 

Relax & Heal : membantu meredakan stress dan meningkatkan kualiti tidur yang nyenyak. Herba ini sangat bagus diambil oleh orang yang mengalami masalah insomnia. Ia boleh buat tubuh badan rasa relax dan membantu tidur yang lena. Sesuai sangat minum pada waktu malam sebelum tidur. Kalau nak relaxkan muscle kerana senggugut pun okay juga pilih kiub ni.

 



GINGER & LAVENDER

 

 

Calm & Sooth : membantu dalam melegakan badan daripada kelesuan dan stress. Halia sangat bagus untuk detox, buang angin, legakan perut meragam dan segarkan badan sejak dahulu kala lagi. Levender pula terkenal dengan sifat penenang dan anti stress. Jadi kalau ada rasa berangin tubuh ke... tak enak perut ke.. bolehlah minum air rendaman kiub halia. Kalau rasa stress nak tenang-tenang boleh minum kiub lavender. Campur keduanya pun boleh juga. Boleh bantu legakan migraine juga sebab bila badan kita berangin, mudah juga kena serangan migrain kan...




RED DATES & GOJI BERRY

 

 

Nourish & boost : Ini merupakan Supercube kegemaran Dini. Sebab apa? Sebab Dini sekarang sedang menyusukan Dalisa yang baru sahaja masuk usia 6 bulan. Masih panjang lagi tempoh penyusuan. Tentu sekali Dini perlukan milk booster bagi memastikan susu badan cukup dan berkhasiat untuk anak Dini. Apa yang kita makan, itulah yang jadi sumber hasil susu badan, kan... Jadi, pemakanan ibu kena jaga juga. 


Sesuai sangat dikonsumi oleh wanita ketika mensturasi, mengandung, berpantang dan juga menyusu. Ia sangat kaya potassium dan antioksidan serta serat yang tinggi. Bagus untuk mereka yang menambah tenaga, menambah susu badan, meningkatkan hemoglobin dalam darah, memperbaiki pengaliran darah dan juga melegakan senggugut. 


Haaa... supercube ni bukan untuk wanita je, kaum lelaki pun boleh minum. Kiub ni boleh boostkan energy. Jadi sesuai untuk semua golongan. Kaum Cina gemar betul dua jenis herba ni kan. Boleh minum tanpa ragu-ragu.



CARA MINUM

 

 

Masukkan kiub ke dalam gelas berisi air panas dan kacau sebati, sedia dihidang. 

 


Sedap diminum ketika suam. Macam rasa laici kang pun ada, tak terasa pun herba-herba tu.

 


 Nampak tak osmanthus berenang-renang tu? Oganic tau!


HARGA

Setiap kotak Supercube berharga RM69/SM dan RM74/SS. 1 kotak berisi 20pcs kiub.

 


 

Dini rekomen korang cuba minuman herba ini untuk rasai sendiri keenakan dan dapatkan khasiat yang terdapat dalam  setiap kiub. Dapatkan maklumat selanjutnya di laman sesawang rasmi Supercube Malaysia iaitu:



Website: https://supercube.my/

Facebook: https://www.facebook.com/supercube.hq










22 December 2020

BEGEDIL HIGH PROTEIN KIMBALL

 


Assalamualaikum dan hai hai hai korang! 


Ada yang dah tengok ig story Dini tak? Mesti dah tengok tu kan? Dini ada kongsikan hari tu video Dini buat unboxing satu kotak besar dengan riben hijau kuning dari Kimball Malaysia bersempena Kempen Kompem Gaya Malaysia. 



Alhamdulillah syukur sangat sebab Dini dapat pelbagai jenis produk keluaran Kimball dalam kotak istimewa tu. Jom tengok apa yang Dini dapat dalam kotak istimewa Kimball. Haaaa… inilah dia:




  • Sos Cili

  • Sos Tomato

  • Sos Tiram

  • Sos BBQ

  • Sos Cili Thai

  • Sup Tomato

  • Chick Peas (Kacang Kuda)

  • Tomato Puree

  • Foul Medammas (Kacang Parang)

  • Sos Spageti Tradisional

  • Spaghetti Pasta

  • Apron

  • 2X Pinggan Kimball

  • Welcome Card + Recipe Card




Apron & 2biji pinggan Kimball



Caption pada pinggan tu comel je… "Masak dengan Kimball la tu." & "Tambah ler lagi!" Hehehe...



Kad resepi & welcome card



Keluarga Dini memang gemar gunakan sos-sos jenama Kimball. Rasanya yang sungguh enak dan kena dengan selera tekak Malaysian ni. Selalu guna sos buat pencicah, perapan dan dalam masakan. Pastu masakan pun rasa enak macam dekat restoran. Sedap! Pastanya pun kami semua suka.



Kalau korang nak tahu, Kimball  merupakan produk tempatan keluaran Malaysia yang sudah terkenal sejak tahun 1970an lagi. Kompemlah rasanya digemari oleh masyarakat Malaysia. Setaraf dengan produk antarabangsa. Yang penting, ianya Halal.





Okay sekarang Dini nak kongsikan dengan korang satu resepi. Resepi ini Dini olah sendiri sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau diet. Hidangan ni menggunakan Kacang Kuda Kimball dan juga Sos Cili Thai Kimball. Kalau korang nak cicah Sos Cili Kimball pun boleh juga. Punnnn sedap!



Korang tahu tak? Dini baru je tahu rupanya Kimball ada produk Kacang Parang dengan Kacang Kuda dalam tin. Lepas cuba rebus kacang kuda Kimball satu famili Dini teruja sebab kacang kuda tu cepat lembut. Gebu.. sedap lemak-lemak. Teruslah terinspirasi buat resepi ni.





Tadaaa! Memperkenalkan… Begedil High Protein diberi nama. Begedil ni mampu mengeyangkan perut tau. Sebab tu Dini cakap tadi menu ni boleh jadi hidangan untuk diet. Nak makan macam tu sahaja boleh, cicah sos pun boleh, makan bersama menu lain pun juga boleh. Jom tengok resepinya:





Bahan yang diperlukan:


  • Setengah tin Kacang Kuda Kimball

  • 2biji ubi kentang saiz sederhana

  • 1tin tuna in chunk (ditoskan minyaknya)

  • Sedikit bayam brazil dihiris halus

  • 2biji cili padi dihiris halus

  • Setengah biji bawang besar dicincang halus

  • Sebiji telur 

  • Garam secukup rasa

  • Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball (untuk pencicah)




Cara-cara membuatnya:



Rebus ubi kentang dan kacang kuda Kimball terlebih dahulu, toskan kemudian lenyek hancur kesemuanya.




Gaulkan bersama kesemua bahan kecuali telur. Boleh masukkan garam juga jika suka. Dini tak letak garam dalam adunan ni.





Kemudian bentukkan begedil tu tak kisah nak buat membulat ke membujur ke… ikut suka koranglah ya. Dini suka bentukkan bujur-bujur.





Macam ni… dah ready untuk dicelup telur.





Telur tu kacau sebati dulu tau dan masukkan sedikit garam. Nak tambah pepper pun boleh juga.





Celup-celup pastu susun ke dalam loyang air fryer / oven. Nak goreng pun boleh tak ada masalah. 







Dini guna suhu 160'c selama 15-20minit. Ikut kesesuaian air fryer korang juga ya. Bakar sampai  begedil nampak kekuningan, kalau nak lebih garing tambah lagi 5minit. Seeloknya sejukkan dahulu sebelum dihidang sebab masa panas-panas tu begedil macam lembik. Tapi bila dan sejuk just nice je bentuk dia. Tak jadi mudah pecah macam ketika masih panas.






Yeayyy! Dah siap Begedil High Protein Dini. Bolehlah dihidang bersama Sos Cili/ Sos Cili Thai Kimball. Dini suuuuka sangat Sos Cili Kimball. Rasanya sangat berbeza. Secukup rasa sangat sosnya tu. Kalu buat burger mesti letak Sos Cili Kimball.  Sos Cili Thai pula Dini suka buat cicah keropok lekor, french fries, ayam goreng, cucur.. alahai kecur liur pula sebut banyak-banyak menu, hehehe… ha ni nak buat cicah dengan begedil. Nikmat betul. Cenggini haaa 👍🏻





Ada baaanyak lagi resepi masakan Malaysia bersama Kimball yang korang boleh cuba. Layari https://kimball.com.my/recipe.html



Dengan Kimball, masakan di rumah pun rasa seperti masakan restaurant. Kompem Gaya Malaysia. Seisi keluarga semua menggemarinya. Jom korang kita masak-masak guna resepi Kimball. 

Selamat mencuba!



Info lanjut: 

Website: https://kimball.com.my/ 

FB Page: KIMBALL MALAYSIA 





#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia

30 June 2020

Keria Viral Ganu Batu Burok

Husband Dini tiap kali ke bandar Kuala Terengganu mesti singgah ke Pantai Batu Burok. Pusing-pusing sekitar lepas tu singgah gerai jual kuih keria. Katanya, kuih keria di gerai tu sedap. Nama gerai tu Keria Viral Ganu / KVG.


Kueh keria KVG


Dini jarang makan kuih keria sebab di Miri dulu macam tak ada jual di gerai sekitar kediaman. Jadi, tak tahu nak bezakan keria tersedap, biasher-biasher, dengan yang tak berapa menjadi. Tahu makan sajalah nampaknya, hehehe...





Menariknya KVG  dipekdalam kotak sebegini. Bukan dalam plastik biasa. Sesuai dijadikan buah tangan juga kan..




Nak cari gerai ni mudah saja. Lokasi di jalan besar dekat Pantai Batu Burok. Selain itu,gerai  Keria Viral Ganu ni atau KVG juga banyak agent di sekitar seluruh kawasan Terengganu. Di mana-mana sahaja. Pendek kata, senang nak dapatkan KVG ni di area Terengganu. R



Harganya RM5 sekotak . Sedap. Dini recommend 😊👍 #keriaviralganu #kvg

16 June 2020

Resepi Biskut Ulat

Salam 24 Syawal. Alhamdulillah, kita semua dalam fasa PKPP yang membenarkan rakyat Malaysia merentas negeri. Mana yang rindukan kampung halaman, dah boleh pulang beraya. Dini pun dah balik kampung jumpa keluarga di Kelantan pada minggu lepas. Syukur Alhamdulillah. Walaupun lewat 2minggu tapi dapat juga beraya di rumah keluarga.





Pada bulan Ramadan mulia yang lalu, anakanda Dini merayu-rayu nak makan biskut ulat. Permintaannya mama tunaikan juga atas sebab kasih dan sayang mama kepadanya yang tidak berbelah bahagi. Gituuu... Kasihan dia seorang diri tak ada aktiviti nak buat, papanya sibuk dengan kebun sawit di kampung. Maka mama jalankan aktiviti biskut raya bersama si teruna tercinta. Bahagianya dia bukan kepalang. Banyak jugalah yang dia uli sendiri. Dia juga yang nak makan. Abaikan sahajalah ada ulat gemuk, ulat kurus, ulat pendek, ulat panjang.





Awalnya Darwish minta nak biskut ulat warna hijau dengan biru, tapi pewarna biru di rumahnya tak ada. Pewarna merah pun tak ada. Jadi, mama masukkan sirap perisa ros dalam adunan. Yang warna hijau perisa asli, yang warna pink perisa ros. Setelah biskut ulat masak, Darwish kata ulat pink yang paling sedap. Rasa macam makan apam susu sebab berperisa sirap.



Dini guna resepi samperit susu. Oleh sebab itu, adunan biskut ini perlulah di tutup agar tak masuk angin. Kalau tak, adunan boleh jadi keras. Ambil adunan sikit-sikit untuk uli jadi ulat. Resepinya seperti di bawah:

130 tepung jagung
60g butter
3sudu besar susu pekat manis
Pewarna
Chocolate rice hitam


Cara membuatnya:
Masukkan susu pekar manis dan butter, gaul rata kemudian uli dengan tepung jagung hingga sebati.

Bahagikan doh adunan jika nak buat beberapa warna. Boleh simpan doh dalam peti seketika.

bentukkan doh panjang-panjang seperti badan ulat. Untuk bintik-bintik tu bulatkan kecil-kecil lepastu tampal pada ulat dah bolehlah gelekkan badan ulat menggunakan garfu bagi mendapatkan efek jalur.

Kemudian cucukkan chocolate rice warna hitam pada bahagian depan untuk dijadikan sebagai mata.

Bakar dalam suhu 170c selama 15-20minit mengikut oven masing-masing.






Lihatlah keceriaan di wajahnya.


1 adunan tu habis kat dia sorang je. Mama buat dua adunan. Darwish bagi pada kawan dan sepupunya juga. Cuma, pernah viral bila anak-anak terbiasa makan biskut ulat anak tu nampak ulat yang betul pun ambil masuk mulut. Ini mungkin bagi anak-anak dibawah usia 4tahun. Biasanya yang dah besar boleh bezakan biskut dengan ulat yang betul. Selalulah berpesan pada anak, ulat betul tu tak boleh dimakan. Itu sahajalah tipsnya. Sekian, selamat mencuba!