Showing posts with label towel. Show all posts
Showing posts with label towel. Show all posts

30 August 2010

Hantaran Pertunangan Part 1

sedar tak sedar, bulan Ogos dah nak melabuhkan tirainya... besok adalah hari terakhir dalam bulan Ogos yang merupakan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-53. september bakal tiba tak lama lagi... owhhh.. bahang 2011 seakan-akan telah terasa...



InsyaAllah jika tiada aral yang melintang menegak menonggek dan lain-lain lagi, majlis pertunangan dni akan diadakan pada hujung tahun ini. perancangan ajelah... tak buat majlis pun tak apa sebenarnya kan.. tapi sebab nak perkenalkan cik tunang dni pada sedara-mara dan beberapa rakan terdekat maka eloklah dibuat majlis kecil-kecilan tu. bolehla sape-sape nak bergambar ke apa sebab kitorang dah beli set baju ala-ala pengantin. eh, memang kain baju pengantin pon. kihkihkihhhh...





sebagai persiapan awal, dni dah beli beberapa barangan untuk hantaran. antaranya adalah towel. hehe.. kasi towel yang ada tulis 'Selamat Bertunang' tu macam comel je kan. mulanya nak ambil bantal peluk yang ada tulis 'Selamat Bertunang' tapi macam tak best pula kan.. kot la Deen segan nak bawak bantal tu nanti. hehe... towel mana satu yang jadi pilihan dni? rahsia... ;p




banyak lagi yang belum beli..baju pon belum tempah lagi.. haisyyy bila badan nak surut ni. asik makan banyak je.. tapi baju ni kalau tak sepat tempah pun no hal je.. kasi kat umi dni suh jahit ala kadar mana patut pastu reti-reti la dni ubah suai :D hobi dni la tu.. hehe...





p/s:
tak sabar pulak nak pakai baju tu...hmmm
^__^