AKTA HUKUMAN KESALAHAN PEMANDUAN DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL DAN BERBAHAYA DIPERKETATKAN
Sudah terlalu ramai yang telah menjadi mangsa kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol. Ramai yang peduli kerana hukuman terhadap pemandu mabuk yang mengakibatkan ramai kehilangan nyawa orang yang tersayang selama ini dianggap tidak setimpal dengan apa yang dialami oleh keluarga mangsa.
Kejam, memang kejam. Disebabkan kelalaian manusia lain, orang lain yang perlu menanggung derit seumur hidup. Memang benar pemergian itu suatu takdir dari ilahi. Namun, asbab berlakunya kemalangan itu perlu dicegah dan diambil tindakan yang sewajarnya.
Sampai bilakah lagi kita nak dengar isu kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol di negara kita? Golongan ini seakan tidak gentar dengan hukuman sedia ada.
Syukur kerana Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang bagi menguatkuasakan pindaan hukuman ke atas kesalahan pemanduan di bawah pengaruh serta had minimum alkohol. Maka pindaan hukuman lebih berat akan dikenakan ke atas mereka terutamanya bagi kesalahan yang berulang. Pindaan yang telah dibuat adalah seperti berikut: