Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

28 November 2020

HADIAH BERNILAI RM1000 KEMPEN ZAKAT SAHAM 2020 UNTUK DIMENANGI

Zakat Saham? Itu soalan pertama yang berlegar-legar dalam fikiran Dini lepas je baca info mengenainya. Rupanya pelaburan saham pun dikenakan zakat. Selama ni tak pernah ambil tahu pun mengenainya sebab Dini tak ada melakukan jual beli saham di mana-mana intitusi kewangan kecuali ada simpanan dalam bank sahaja.






Sebab itulah yang buat Dini jadi kurang cakna. Ternampak ada KEMPEN ZAKAT SAHAM oleh LEMBAGA ZAKAT SELANGOR hari tu, barulah Dini cari gali lebih sikit mengenainya. Jomlah Dini kongsikan serba sedikit perihal zakat saham di sini untuk korang yang mana belum tahu. Kot-kotlah kan dah layak bayar zakat saham haaa boleh terus tunaikannya secepat yang mungkin.








Bagi memenuhi kriteria zakat dikenakan ke atas pemilik saham dan pelaburan, nisab portfolio pelaburan tersebut mestilah cukup haul iaitu genap tempoh 1tahun pemilikan. Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat. Pelaburan tersebut juga mestilah halal dan mengikut syarak. Tidak kiralah pemilik saham itu adalah individu ataupun syarikat. 


Oleh sebab itulah Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan kempen ini supaya masayarakat lebih cakna berkenaan dengan zakat saham dan pelaburan. Ini bersesuaian dengan dalil yang mewajibkan pengeluaran zakat saham:


 “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

 

Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

 





SIAPA YANG WAJIB ZAKAT SAHAM

Namun bukanlah semua pelabur saham mesti berzakat. Mereka yang wajib dikenakan zakat saham dan pelaburan adalah golongan tersebut:

  • Islam
    diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
  • Milik Sempurna
    mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan
  • Milik Pihak Tertentu
    saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat
  • Cukup Nisab
    Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
  • Cukup Haul
    Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
  • Halal
    Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal


Untuk lebih lanjut mengenai topik ini boleh baca selanjutnya di laman web Lembaga Zakat Selangor. ( Klik Di Sini )

 


KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT SAHAM DAN PELABURAN

Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Seperti kaedah kiraan zakat perniagaan syarikat (persendirian dan awam) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).

Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-

  • Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
  • Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan

 

Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.

  • Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
  • Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
  • Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500





Bagi mengira zakat saham dan pelaburan denganl lebihjelas boleh buat pengiraan di sini : KALKULATOR ZAKAT SAHAM

 

 

 

 

 

PENYERTAAN KEMPEN ZAKAT SAHAM LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Bermula 15 September sehingga 30 November 2020 Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan satu kempen zakat saham yang terbuka kepada pembayar zakat saham di LZS. Setiap peserta hanya layak menyertai 1x penyertaan sahaja dengan menjawab beberapa soalan mudah  dan layak untuk memenangi hadiah bernilai RM1000. Antara tawaran menarik yang menanti penyertaan adalah:

  • Hadiah Utama: 1X Telefon Bimbit bernilai RM1000
  • Hadiah Kedua: 1X Tablet bernilai RM600
  • Hadiah Ketiga: 3X Voucher AEON bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati: 5X Cenderahati oleh Lembaga Zakat Selangor

 

CARA PENYERTAAN:

Ikuti langkah-langkah penyertaan Kempen Zakat Saham seperti berikut:

1. Lakukan pembayaran zakat saham di mana-mana kaedah berikut:

Laman web Lembaga Zakat Selangor :  http://fpx.zakatselangor.com.my/

25 Cawangan Lembaga Zakat Selangor

Mana-mana ejen kutipan zakat Lembaga Zakat Selangor


2. Setelah pembayaran Zakat Saham dilakukan, buat imbasan bar code seperti dalam gambar di atas (langkah 2). Boleh juga layari laman berikut untuk menjawab soalan ---> bit.ly/zakatsaham2020


3. Lengkapkan soalan mudah yang disediakan dan masukkan maklumat diri. Selesai.


Mudah sahaja, kan? Kepada semua warga Selangor yang layak menyertai kempen ini di. Sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak Lembaga Zakat Selangor. Tunaikanlah zakat bagi yang layak mengeluarkan zakat kerana ianya adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan dalam Rukun Islam yang ke-4. Bersihkan jiwa sucikan harta, InsyaaAllah diberkatiNya.

 








Laman Web:  www.zakatselangor.com.my

Facebook: zakatselangor

Instagram: zakatselangor

Twitter: zakatselangor

Telefon: 1 300 88 4343

 

 

 

 

.

 

 

22 October 2020

AKTA HUKUMAN KESALAHAN PEMANDUAN DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL DAN BERBAHAYA DIPERKETATKAN


Sudah terlalu ramai yang telah menjadi mangsa kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol. Ramai yang peduli kerana hukuman terhadap pemandu mabuk yang mengakibatkan ramai kehilangan nyawa orang yang tersayang selama ini dianggap tidak setimpal dengan apa yang dialami oleh keluarga mangsa. 


Kejam, memang kejam. Disebabkan kelalaian manusia lain, orang lain yang perlu menanggung derit seumur hidup. Memang benar pemergian itu suatu takdir dari ilahi. Namun, asbab berlakunya kemalangan itu perlu dicegah dan diambil tindakan yang sewajarnya. 


Sampai bilakah lagi kita nak dengar isu kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol di negara kita? Golongan ini seakan tidak gentar dengan hukuman sedia ada.


Syukur kerana Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang bagi menguatkuasakan pindaan hukuman ke atas kesalahan pemanduan di bawah pengaruh serta had minimum alkohol. Maka pindaan hukuman lebih berat  akan dikenakan ke atas mereka terutamanya bagi kesalahan yang berulang. Pindaan yang telah dibuat adalah seperti berikut:

 


SEKSYEN 41 : MENYEBABKAN KEMATIAN KERANA MEMANDU MELULU/ MERBAHAYA

Akta ini dipinda keseluruhannya dari kesalahan pertama sehingga kesalahan berikutnya.



SEKSYEN 42 : MEMANDU SECARA MELULU DAN BERBAHAYA

Akta ini hanya berubah pada kelayakan lesen iaitu pesalah akan hilang kelayakan lesen dari tempoh >2tahun kepada >5tahun.



SEKSYEN 43 : MEMANDU DENGAN TIDAK CERMAT DAN TIDAK BERTIMBANG RASA


Hukuman ini hanya berubah pada bahagian denda iaitu dari RM4000-10,000 kepada RM5000-10,000. 



SEKSYEN 44

Bukalah mata luas-luas. Telitilah hukuman ke atas kesalahan ini. Berubahlah wahai rakyat Malaysia. Jauhi arak dan dadah.



SEKSYEN 45 : MENJAGA KENDERAAN MOTOR SEMASA DALAM KEADAAN MABUK ATAU DADAH

Pindaan hukuman terhadap akta ini agak berat jika disabit kesalahan. Jadi, usah lalai dan pentingkan diri sendiri.




SEKSYEN 45G : HAD ALKOHOL YANG DITETAPKAN

Terdapat pindaan penuh terhadap ketetapan had alkohol sedia ada dimana ia diturunkan kepada 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas,  50 miligram dalam 100 mililiter darah dan 67 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.


Semoga dengan penguatkuasaan pindaan akta ini dapat memberikan peringatan dan iktibar agar seseorang individu itu tidak memandu apabila sedang di bawah pengaruh alkohol. Elakkan daripada mabuk ketika perlu memandu kerana anda tidak akan mampu mengawal kenderaan dengan waras. 

Letakkan diri anda di tempat mereka yang menjadi mangsa, bagaimana perasaan kamu jika kamu yang perlu menghadapi derita dan kehilangan itu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. 

27 July 2012

Kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas

-




Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran" Oleh sebab itu, membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran





sekiranya kita kehilangan sesuatu barang atau terlupa meletakkan barangan tersebut, boleh amalkan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 21x dengan yakin dan ikhlas. InsyaAllah barangan tersebut akan ditemui...




selamat beramal!
^__^



-

20 July 2012

Solat Sunat Terawih | Lafaz Niat dan kelebihannya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: "Sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadhan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."






Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.”



Lafaz Niat Solat Terawih

Solat sunat39.gif

Sahaja aku sembahyang Terawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.



selamat beramal!

^___^

-


19 July 2012

Puasa bagi ibu hamil | Sebab dan keadaan untuk meninggalkan puasa

-



sejak duk Miri dni selalu saja dengar kes ibu mengandung tidak berpuasa... bahkan dni sendiri terkejut dengan kenyataan murid-murid kelas dni mengenai ibu mereka yang hamil tidak berpuasa... mereka siap cakap pada dni pagi tadi masa dni tanya persiapan mereka untuk berpuasa...


murid:"bestlah ustazah tak payah puasa..."

dni: "ehh... kenapa pula? puasa tu wajib.. ustazah pun akan berpuasa macam kamu.."

murid: "macam mana ustazah nak puasa? kan ustazah mengandung?"

dni: "mengandung bukan alasan untuk tidak berpuasa kecuali kalau uzur..."


murid: "uzur tu datang bulan eyyy ustazah?"

dni: "uzur tu bukan datang bulan je... macam-macam lagi.. kalau sakit sangat-sangat macam demam takleh bangun ke... kena makan ubat ke... pengsan ke... haa tu baru boleh berbuka puasa... bukannya tak payah puasa terus..."

murid: " pelik lah ustazah ni. orang mengandung tak payah puasa, kan?" murid tu cakap pada murid lain dan murid lain mengiyakan..

dni: "salah macam tu. kalau ustazah tak larat yang boleh mudaratkan diri ustazah atau baby je baru ustazah boleh berbuka puasa..."

murid: "dah tu tak payah la puasa terus. mak saya tak puasa pun kalau mengandung."

dni: "hmmm, ustazah nak puasa..."

murid: "suka hati ustazah lah!"

eh ehh.. dia pulak nak marah kita. huhu.. budak zaman sekarang...






penat dah explain kat murid kelas dni.. tapi diorang tak faham... bagi diorang, pregnant mom ni katagori 'orang sakit'. mungkin memang mentaliti diorang macam tu. sebab dengar kisah parents diorang pun macam tu. agak gerun juga bila difikirkan.. betapa mudahnya mereka meninggalkan ibadah puasa yang termaktub dalam Rukun Islam. sepatutnya kalau nak berbuka/meninggalkan puasa kena bersebab. bukan tak puasa sebulan terus gara-gara pregnant... apeeelah nak jadi... ada hadis tau mengenai puasa ibu hamil...





Riwayat daripada Anas Bin Malik Al-Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa.



oleh sebab itu, kalau yang sedang pregnant nak tinggalkan puasa kena ikut pula syarat-syarat ini... tak boleh main bedal je tinggal puasa pastu lepas tangan.. tak jalankan tanggungjawab selepas tu...


1) Bagi yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya ia meninggalkan puasa kerana takut ditimpa mudarat pada dirinya sendiri, wajiblah ke atasnya qada dan tidak wajib fidyah.

2) Sekiranya ia berbuka kerana membimbangi bayi yang berada dalam kandungan atau bayi yang disusukannya ditimpa mudarat, pendapat paling jelas dalam mazhab Syafie ialah wajib qada dan fidyah.








-


11 July 2012

Kartun doodle bermesejkan dakwah | Beruntungnya mereka yang punya kreativiti

-



dni tertarik dengan kartun-doodle hasil karya FatinHambaHina yang berbentuk islamik. bukan setakat kanak-kanak suka tengok kecomelan kartun sebegini. orang dewasa pun suka termasuklah dni, hehehe. Alhamdulillah... secara tidak langsung, ianya dapat menyampaikan mesej dakwah dan peringatan buat kita semua dengan lebih ringan dan santai. hati gembira, ilmu pun dapat. bestnye! banyak pahala empunya diri yang kreatif menghasilkan kartun bermotifkan dakwah sebegini...








gambar paling last tu, dni dah jadikan sebagai wallpaper pada laptop dni. sangat comel... jom ke blog FatinHambaHina untuk dapatkan ilmu agama yang lebih santai penyampaiannya. menarik dan kreatif! bertuahnya beliau punya daya kreativiti sedemikian... ^__^




-