Showing posts with label Bulan Taksir Zakat. Show all posts
Showing posts with label Bulan Taksir Zakat. Show all posts

30 July 2022

SEMPURNAKAN ZAKATMU OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


Bulan Taksir Zakat | Dah selesai tunaikan bayar zakat ke belum? Ehemmm... ada yang terbatuk ke tu.. rilek korang, rilek. Kita boleh tunaikan zakat sepanjang tahun sebelum masuk tahun yang seterusnya. Nak bayar secara bulanan boleh, secara tahunan pun boleh. Jom sama-sama kita buat revision sikit sebanyak berkenaan dengan zakat. Mudahan dengan sharing sebegini boleh tingkatkan lagi pemahaman korang mengenainya.





 

 

Jenis Zakat

 

    Seperti mana yang kita tahu, terdapat dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Bukan zakat fitrah sahaja yang perlu diluaskan pada setiap tahun. Segala jenis harta, pendapatan dan simpanan yang kita terima dan miliki jika cukup nisab, wajib untuk kita keluarkan zakat.

 

    Oleh sebab itulah kita perlu taksir zakat kita sendiri. Boleh rujuk pengiraan berpandukan kalkulator zakat untuk taksir secara kasar dahulu sekiranya tak pasti sama ada dah layak zakat atau pun tidak. 


Untuk lebih jelas dan sahih, dapatkan  khidmat terus daripada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan hadir ke mana-mana cawangan berdekatan.

 

Jenis zakat yang dikenakan ke atas umat Islam adalah:

  1. Zakat Fitrah
  2. Zakat Pendapatan
  3. Zakat Perniagaan
  4. Zakat Wang Simpanan
  5. Zakat Pelaburan
  6. Zakat KWSP
  7. Zakat Emas & Perak
  8. Zakat Takaful
  9. Qada Zakat



    Jangan pula ada yang sanggup mengabaikan ibadah zakat dengan beranggapan, masih belum cukup nisab lagi tanpa menaksir terlebih dahulu. Sebagai umat Islam, kita diperintahkan untuk menunaikan tanggungjawab berzakat sekiranya berkemampuan bagi menyempurnakan Rukun Islam yang ke-empat. 


Sekiranya kita terlupa atau dengan sengaja melewatkan bayaran zakat sehingga berlalu tahun sepatutnya zakat itu dilunaskan, kita perlu qada zakat kerana hukumnya adalah wajib. (rujuk di sini)








Pelancaran Bulan Taksir Zakat & Tebus Baucer

   

  Terkini, Dini ada baca info dari Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan Kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) : Sempurnakan Zakatmu dari 15 Jun sehingga 31 Julai 2022. Pembayar Zakat boleh membuat taksiran sendiri jumlah zakat yang perlu ditunaikan melalui laman sesawang LZS atau menerusi aplikasi Zakat Selangor. Apabila menaksir zakat, kita boleh menebus baucer KFC bernilai RM5.






    Membudayakan bulan Jun sebagai bulan taksir zakat merupakan salah satu langkah daripada pihak LZS agar ianya menjadi sebahagian daripada amalan tahunan di kalangan masyarakat kita supaya tanggungjawab berzakat tidak dilupakan. 


InsyaaAllah, menerusi kempen sebegini semoga ia akan menjadikan kita lebih cakna akan tuntukan melunaskan zakat sekiranya layak ditunaikan. JOM KITA SAMA-SAMA MANFAATKAN KEMPEN INI. Sempat lagi tau nak join.







Objektif Taksir Zakat

1)Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
2) Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
3)Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
4)Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
5)Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.






Cara Penyertaan Kempen Bulan Taksir Zakat






Terbuka kepada semua warganegara Malaysia KECUALI warga kerja LZS. Peserta yang bertuah bakal menenangi hadiah seperti berikut:

 

Hadiah utama : Yamaha Lagenda 115Z FI
Hadiah Kedua : Nintendo Switch OLED
Hadiah Ketiga : Smart Watch Garmin
10 Hadiah Saguhati :  Galaxy Tab A8

 

 




 Kelayakan menyertai cabutan pemenang kempen Jom Taksir Zakat: 

 

  1. Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
  2. Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
  3. Membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
  4. Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.

 

 

 

 

 

 

 Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat: 

  1. Peserta perlu layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
  2. Log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
  3. Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
  4. Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.






 Aplikasi & E-Zakat Pay

 

Bagi korang yang masih belum mempunyai aplikasi Lembaga Zakat Selangor, korang bolehlah muat turunnya di SINI.  Melalui aplikasi ini, kita boleh gunakan fungsi Taksir untuk membuat taksiran pelbagai jenis harta dan juga menyimpan rekod taksiran. Ini akan memudahkan kita untuk menyemak semula rekod taksiran yang telah dibuat. 

Disamping itu, kita juga boleh menyemak rekod pembayaran zakat di aplikasi atau di laman web EZO. Nah, semuanya dihujung jari. 







Hikmah Zakat




Tiada ada sebarang alasan lagi untuk kita culas daripada melunaskan bayaran zakat. Walau tanpa hadir ke cawangan LZS pun kita dapat selesaikannya. 


Yakinlah dengan berzakat tidak memiskinkan harta kita sebaliknya, manfaat dan hikmahnya lebih besar buat kita dan seluruh keluarga serta kepada penerima zakat. Ia memupuk jiwa kita untuk berperikemanusiaan dan tidak mementingkan diri sendiri.

 
 

 Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak beriman di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari: 13)
 


 
Hadis ini amat dekat dengan amalan berzakat kerana salah satu tujuan kita mengeluarkan zakat adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dan mencukupi kebajikan mereka. 


InsyaaAllah dengan ini, jiwa kita menjadi lebih tenang dan menghindari perasaan angkuh dan bakhil.



 
 





Agihan Zakat: Perkongsian daripada Kisah Benar

 






Panggilan dari isteri beritahu rumah mereka terbakar. Begitulah keadaan yang berlaku kepada rumah milik Encik Zam yang terbakar pada 1 julai 2022. Semasa kejadian, Encik Zam masih berkerja di Shah Alam dan mendapat panggilan kecemasan dari isterinya maklumkan rumahnya terbakar. 


Beliau segera pulang dan terkejut melihat bahagian atas rumahnya hangus terbakar. Alhamdulillah, mujur tiada sebarang kemalangan maut yang berlaku. Katanya Encik Zam, masih belum ketahui lagi punca kebakaran tersebut. 


Zakat Selangor hadir menyampaikan sumbangan bantuan kecemasan kepada beliau sekeluarga. Mudah-mudahan dengan hasil kutipan zakat dari pengeluar zakat dapat meringankan beban yang dihadapi. InshaAllah.


Semoga seluruh ahli keluarga mangsa tabah dengan dugaan dan ujian ini. 


Terima kasih kepada pembayar zakat.


Kredit : Team Operasi Agihan Asnaf daerah Kuala Selangor.






وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ۝٥٦

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat ~ Surah An-Nur (ayat 56)





Dapatkan info selanjutnya di:

Website LZS: https://www.zakatselangor.com.my

Facebook Page LZS: https://www.facebook.com/zakatselangor/