Showing posts with label LZS. Show all posts
Showing posts with label LZS. Show all posts

28 November 2020

HADIAH BERNILAI RM1000 KEMPEN ZAKAT SAHAM 2020 UNTUK DIMENANGI

Zakat Saham? Itu soalan pertama yang berlegar-legar dalam fikiran Dini lepas je baca info mengenainya. Rupanya pelaburan saham pun dikenakan zakat. Selama ni tak pernah ambil tahu pun mengenainya sebab Dini tak ada melakukan jual beli saham di mana-mana intitusi kewangan kecuali ada simpanan dalam bank sahaja.






Sebab itulah yang buat Dini jadi kurang cakna. Ternampak ada KEMPEN ZAKAT SAHAM oleh LEMBAGA ZAKAT SELANGOR hari tu, barulah Dini cari gali lebih sikit mengenainya. Jomlah Dini kongsikan serba sedikit perihal zakat saham di sini untuk korang yang mana belum tahu. Kot-kotlah kan dah layak bayar zakat saham haaa boleh terus tunaikannya secepat yang mungkin.








Bagi memenuhi kriteria zakat dikenakan ke atas pemilik saham dan pelaburan, nisab portfolio pelaburan tersebut mestilah cukup haul iaitu genap tempoh 1tahun pemilikan. Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat. Pelaburan tersebut juga mestilah halal dan mengikut syarak. Tidak kiralah pemilik saham itu adalah individu ataupun syarikat. 


Oleh sebab itulah Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan kempen ini supaya masayarakat lebih cakna berkenaan dengan zakat saham dan pelaburan. Ini bersesuaian dengan dalil yang mewajibkan pengeluaran zakat saham:


 “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

 

Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

 





SIAPA YANG WAJIB ZAKAT SAHAM

Namun bukanlah semua pelabur saham mesti berzakat. Mereka yang wajib dikenakan zakat saham dan pelaburan adalah golongan tersebut:

  • Islam
    diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
  • Milik Sempurna
    mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan
  • Milik Pihak Tertentu
    saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat
  • Cukup Nisab
    Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
  • Cukup Haul
    Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
  • Halal
    Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal


Untuk lebih lanjut mengenai topik ini boleh baca selanjutnya di laman web Lembaga Zakat Selangor. ( Klik Di Sini )

 


KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT SAHAM DAN PELABURAN

Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Seperti kaedah kiraan zakat perniagaan syarikat (persendirian dan awam) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).

Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-

  • Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
  • Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan

 

Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.

  • Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
  • Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
  • Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500





Bagi mengira zakat saham dan pelaburan denganl lebihjelas boleh buat pengiraan di sini : KALKULATOR ZAKAT SAHAM

 

 

 

 

 

PENYERTAAN KEMPEN ZAKAT SAHAM LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Bermula 15 September sehingga 30 November 2020 Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan satu kempen zakat saham yang terbuka kepada pembayar zakat saham di LZS. Setiap peserta hanya layak menyertai 1x penyertaan sahaja dengan menjawab beberapa soalan mudah  dan layak untuk memenangi hadiah bernilai RM1000. Antara tawaran menarik yang menanti penyertaan adalah:

  • Hadiah Utama: 1X Telefon Bimbit bernilai RM1000
  • Hadiah Kedua: 1X Tablet bernilai RM600
  • Hadiah Ketiga: 3X Voucher AEON bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati: 5X Cenderahati oleh Lembaga Zakat Selangor

 

CARA PENYERTAAN:

Ikuti langkah-langkah penyertaan Kempen Zakat Saham seperti berikut:

1. Lakukan pembayaran zakat saham di mana-mana kaedah berikut:

Laman web Lembaga Zakat Selangor :  http://fpx.zakatselangor.com.my/

25 Cawangan Lembaga Zakat Selangor

Mana-mana ejen kutipan zakat Lembaga Zakat Selangor


2. Setelah pembayaran Zakat Saham dilakukan, buat imbasan bar code seperti dalam gambar di atas (langkah 2). Boleh juga layari laman berikut untuk menjawab soalan ---> bit.ly/zakatsaham2020


3. Lengkapkan soalan mudah yang disediakan dan masukkan maklumat diri. Selesai.


Mudah sahaja, kan? Kepada semua warga Selangor yang layak menyertai kempen ini di. Sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak Lembaga Zakat Selangor. Tunaikanlah zakat bagi yang layak mengeluarkan zakat kerana ianya adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan dalam Rukun Islam yang ke-4. Bersihkan jiwa sucikan harta, InsyaaAllah diberkatiNya.

 








Laman Web:  www.zakatselangor.com.my

Facebook: zakatselangor

Instagram: zakatselangor

Twitter: zakatselangor

Telefon: 1 300 88 4343

 

 

 

 

.

 

 

17 May 2020

CARA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH



CARA BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE   |  Assalamualaikum.

Sempena bulan Ramadan mubarak ini, kita sebagai umat Islam perlu menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-4 iaitu berzakat bagi yang berkemampuan. Dalam Bulan Ramadan, umat Islam yang memenuhi  syarat berzakat wajib mengeluarkan Zakat Fitrah.





Namun, keadaan tidak seperti dahulu. Sekarang musim Covid-19 yang menuntut kita lebih baik berada di rumah daripada keluar ke kawasan yang terdapat orang ramai.

Jika kita nak menunaikan zakat di kaunter bayaran pejabat agama setiap negeri masing-masing, perlu mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Jangan risau. Ada cara yang lebih mudah untuk kita tunaikan kewajipan berzakat.

Add caption


Sebenarnya...

Bayaran zakat boleh ditunaikan secara atas talian. Sudah lama ianya diwujudkan. Cuma, tak ramai yang tahu sebab sebelum ini, urusan bayaran zakat boleh dibuat melaui amil zakat di mana-mana sahaja. Dulu, sambil keluar rumah, sambil ke masjid, boleh terus bayar zakat.






Sekarang, kaunter amil zakat tidak dibenarkan beroperasi sementara tempoh PKP. Makanya platform atas talian menjadi salah satu cara pembayaran zakat yang lebih mudah, cepat, dan selamat.


Persoalannya, sah atau tidak bayar zakat dengan tidak ada salam akad?

SAH! Kerana Zakat adalah ibadah yang tidak disyaratkan akad. Yang penting NIAT dan wujudnya perpindahan harta dari muzakki kepada Lembaga Zakat.




Bagi yang belum mengetahui cara pembayaran zakat secara atas talian atau online khususnya warga Selangor boleh rujuk tutorial cara membayar zakat seperti dalam gambar di atas. Ini merupakan cara menunaikan zakat melaui EZAKATPAY iaitu pembayaran zakat secara terus ke Lembaga Zakat Selangor. Mudah, cepat, dan selamat. Hanya bayar zakat dari rumah. Layari laman web di bawah:



Semakan bayaran dan penyata bayaran : https://ezo.zakatselangor.com.my


  1. Layari laman web Zakat Selangor
  2. Masukkan butiran penuh, semak butiran dan klik bayar sekarang
  3. Klik pada "Bayar Secara FPX Sekarang"
  4. Pilih senarai bank untuk pembayaran
  5. Daftar masuk dan buat pembayaran seperti biasa
  6. Resit pembayaran boleh dicetak melalui portal EZO

Kenapa Mudah, cepat dan selamat? Sebab boleh bayar di mana-mana sahaja pada bila-bila masa sahaja dan tak perlu bersesak dengan orang ramai. Sambil baring kat rumah pun boleh.







Selain daripada EZAKATPAY, bayaran zakat boleh dibuat melaui beberapa applikasi lain iaitu Boost, GoPayz, Myeg, Touch 'n Go, dan applikasi perbankan internet. Bagi pengguna applikasi tersebut tentulah lebih mudah untuk bayar zakat fitrah melaluinya. Mudah sangat! Tak ada alasan lagi tak sempat bayar zakat fitrah tau. Kalau malas juga, tak tahu lah nak bantu macam mana lagi. isk isk isk...




Dni menyeru semua umat Islam khususnya yang berada di Selangor segera tunaikan zakat fitrah ke Lembaga Zakat Selangor sebelum tamatnya tempoh bayaran zakat fitrah. Mungkin ada yang tak tahu macam mana nak gunakan applikasi atas talian, tanggungjawab kitalah untuk membantu mereka ajarkan cara bayaran zakat dengan mudah, cepat dan selamat ini.


Tolong bayarkan zakat untuk mereka juga kalau mereka tidak celik IT. Bantu-membantu kan amalan yang mulia. Ha... inilah buktinya ajaran Islam itu mudah. Tak susah pun nak tunaikan kewajipan berzakat ni kan? Zaman moden ni lagilah bertambah mudah. Semuanya dihujung jari. Pantas!

Tiada alasan lagi untuk mengelak dari berzakat







Nak buat potongan gaji untuk zakat pun boleh. Siap ada peraduan lagi tu dari Lembaga Zakat Selangor. Terbaik!







Lembaga Zakat Selangor juga mengadakan kempen Zakat Family dengan ganjaran hadiah yang menarik. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari laman web Lembaga Zakat Selangor ---> www.zakatselangor.com.my


Akhir kata, Dni ucapkan selamat menunaikan ibadah zakat fitrah. Semoga setiap amalan kita semua di bulan Ramadan ini diberkati olehNya, aaamin.