Showing posts with label aqiqah di mekah. Show all posts
Showing posts with label aqiqah di mekah. Show all posts

19 August 2021

AQIQAH CENTRE PENGENDALI PAKEJ AQIQAH DAN QURBAN DI TANAH SUCI MEKAH


 Assalamualaikum


    Alhamdulillah, dah selesai Raya Haji hari tu kan... Ramai tak pembaca Ilham Dini dot com yang dah laksanakan ibadah qurban? Kalau ada buat, Alhamdulillah... Kalau tak buat, tak mengapa. Sebab apa?

 

 

 

 

        Kemampuan setiap orang itu adalah berbeza-beza. Ada yang mampu buat qurban sehingga beberapa ekor lembu. Ada yang mampu buat seekor lembu. Ada yang hanya mampu sebahagian lembu. Ada yang sikitttt lagi nak mampu cukup bajet buat qurban atau akikah tapi tak dapat nak laksanakan juga sebab tak punya bajet yang besar. Tangguhkan dahulu..


        Maklum sahajalah kosnya bukanlah murah. Minimum pun kurang-kurang RM700. Yang penting, terletak pada niat kita. Lillahita'ala. Bukan sebab nak menunjuk-nujuk, atau bukan  dengan sengaja kita tak nak lakukan ibadah qurban/akikah walhalnya mampu. Ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

 





AQIQAH ONLINE MURAH


Dini nak kongsikan dengan korang alternatif untuk jalankan ibadah qurban dan aqiqah dengan kos yang lebih jimat. Manalah tahu, kalau-kalau ada yang berhasrat nak laksanakan ibadah ini selama ni tertunggak... dengan cara ini korang dapat tunaikan hasrat dan impian korang. Yang mana ada bajet lebih, boleh rasai buat ibadah ni di luar negara pula. Niat untuk bersedekah pun boleh juga.


MENGENAI AQIQAH CENTRE

 

 

    Korang pernah dengan tak mengenai Aqiqah Centre?



    Ia merupakan sebuah syarikat pengurusan ibadah Aqiqah dan Qurban secara online  di Tanah Suci Mekah di bawah naungan syarikat AC AGROTECH SDN BHD. Sudah berpengalaman sejak tahun 2014 dengan lebih 25,000 kali mengendalikan servis ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Diyakini dan dipercayai ramai termasuklah dikalangan artis tanah air. 

 

 






Uniknya melalui pakej dari Aqiqah Centre, semua peserta akan mendapat:



  • Setiap sembelihan aqiqah, rakaman video akan diberikan dengan sebutan nama peserta
  • Setiap penyertaan akan menerima sijil premium ukiran kayu
  • Setiap pendaftar qurban akan menerima hadiah istimewa daripada Aqiqah Centre








    Menarik, kan? Cantik sangat sijilnya.  Buat aqiqah dekat sini (tempatan), tak ada dapat semua tu. Jadi, frame sijil sebegini boleh disimpan sebagai kenang-kenangan. 




WAJIB TAK KITA LAKSANAKAN AQIQAH?


                                   Aqiqah merupakan sunat muakkad ( yang sangat dituntut) dimana :

       Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Setiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama." {Hadis riwayat Ahmad dan Tarmidzi}.

 

   

 

    Jika dilaksanakan, kita akan mendapat pahala. Jika diluar kemampuan yang tidak dapat dielakkan, tidak berdosa. Kalau tak mampu laksanakan dalam negara, kita pilih nak laksanakan di luar negara, tak jadi masalah.



Bila aqiqah perlu dilakukan? 


Waktu terbaik adalah pada hari yang ke-7 kelahiran bayi. Jika terlepas atas sebab tertentu, kita boleh lakukan pada hari yang ke-14. Dan sekiranya tidak sempat juga, kita boleh laksanakan pada hari ke-21. Sekiranya masih tidak sempat juga, lakukanlah pada bila-bila waktu yang kita mampu. Kadar perbezaannya adalah setiap 7 hari berikutnya sehinggalah anak yang hendak diaqiqahkan mencapai baligh.



KELEBIHAN QURBAN DAN AQIQAH MELALUI AQIQAH CENTRE  



    Kenapa pula korang perlu memilih Aqiqah Centre sebagai medium untuk melaksanakan ibadah qurban atau aqiqah? Tentu ada sebabnya kan... Sudah tentulah kerana sebab-sebab yang berikut.



AQIQAH DI MEKAH

     Team Aqiqah Centre melaksanakan sembelihan ibadah aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah. Kalau ada antara kita yang nak ke sana, tapi belum rezeki lagi.. rasa bertuah apabila dapat ambil berkat jalankan ibadah di sana. Mudahan diberkati Allah swt.

 

 

HARGA BERPATUTAN

    Mesra poket. Sesuai bagi mereka yang sedang bajet tetapi mahu menyertai ibadah aqiqah atau qurban atau keduanya. Faktor ini menjadikannya satu alternatif bagi mereka yang kurang bajet untuk lakukan di tanah air sendiri. Berapakah harganya? Melalui Aqiqah Centre, cuma RM499 sahaja dan segala urusan berkaitan qurban dam aqiqah diuruskan sepenuhnya oleh Aqiqah Centre.

 

 

100% ONLINE & JIMAT MASA

    Sejajar dengan kemajuan teknologi, ibadah ini juga turut boleh dilakukan secara online. Tambahan pula zaman ini seluruh dunia sedang diuji dengan wabak merbahaya terutamanya negara kita yang tercinta. Di dalam fasa PKP sebegini agak mustahil untuk kita jalankan aktiviti berkumpul walaupun sesama sanak-saudara. Bila dah berkumpul, nak masak-masak dan sebagainya. SOP dah ke mana... Melalui Aqiqah Centre, segala urusan sembelihan dan agihan segalanya dibawah tanggungjawab pihak mereka. 


     Mereka bekerjasama dengan team di Mekah yang akan mengagihkan sembelihan kepada fakir miskin di sekitar Mekah dan negara lain. Kita tak perlu buat apa-apa kerja, tak perlu keluar rumah, tak perlu fikir ke mana sembelihan aqiqah perlu dihantar dan sebagainya. Jadi, ini menjimatkan masa serta tenaga. Sangat mudah.



FLEKSIBEL

    Tempahan/ pendaftaran aqiqah di Aqiqah Centre boleh dibuat pada bila-bila masa kerana sembelihan dibuat pada setiap hari. Kita juga boleh pilih masa yang kita mahu untuk jalankan ibadah ini. Jika kita tak buat pilihan tarikh, aqiqah tu akan dilaksanakan dalam masa 1-3 hari selepas pendaftaran. Video sembelihan pula akan dihantar selepas 2 hari bekerja dari hari perlaksanaan sembelihan aqiqah.


 

AGENSI DIPERCAYAI

   Aqiqah Centre merupakan sebuah agensi yang dipercayai kerana telah banyak testimoni serta barisan selebriti tanah air menggunakan khidmatnya. Antara mereka yang pernah menjadi peserta aqiqah dan qurban melalui Aqiqah Centre adalah:










MENDAFTAR DENGAN HANYA 2 LANGKAH MUDAH

 

     Untuk menyertai ibadah qurban atau aqiqah melalui Aqiqah Centre, korang hanya perlu ikuti langkah mudah berikut:






     ▪️1) Layari laman web AQIQAH CENTRE: https://aqiqahcentre.com/borang-aqiqah-mekah/ dengan klik mendaftar untuk Qurban ataupun Aqiqah seperti dalam gambar di atas. Isi segala maklumat yang diperlukan dengan teliti kerana maklumat ini akan digunakan untuk penghantaran sijil penyertaan.

   ▪️ 2) Buat pembayaran secara online dan, ya. Sudah pun selesai! Alhamdulillah..



    Setelah segala urusan selesai, pihak Aqiqah Centre akan menghantar rakaman bukti kepada korang dalam tempoh 1-3hari bekerja manakala bagi sijil penyertaan akan diproses dalam masa lebih kurang 2minggu atau lebih (atas kekangan PKP). Mesti korang tertunggu-tunggu sijil penyertaan ukiran kayu tu kan? Sangat Ekslusif.






SUASANA DAN PROSES 


 Di sini Dini kongsikan beberapa keping gambar suasana aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah.





      Selain itu juga, sekiranya andai kata korang nak buat installment pun boleh juga. Ia lebih kurang macam korang menabung gitu kan? Aqiqah Centre ada sediakan khidmat Installment untuk mudahkan urusan korang. Bila dah cukup jumlahnya boleh terus mendaftar. InsyaAllah, Dini doakan semoga dipermudahkan segala urusan korang untuk melakukan ibadan aqiqah dan qurban. Doakan Dini juga tau. Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, korang boleh terus hubungi whatsapp: 010-8400803 atau layari -----> www.aqiqahcentre.yzza.io/kl84m/ 

 

 

 




 INFO SELANJUTNYA:

WEBSITE AQIQAH CENTRE

www.aqiqahcentre.com

FACEBOOK

www.facebook.com/aqiqahcentredotcom

INSTAGRAM

www.instagram.com/aqiqahcentredotcom

 




 

#aqiqahcentre #AqiqahOnlineMurah #AqiqahdiMekah