Showing posts with label newborn preparation. Show all posts
Showing posts with label newborn preparation. Show all posts

30 July 2012

Persiapan untuk menyambut cahaya mata ^__^

-



Assalamu'alaikum... selamat pagi u olsss!


semalam dni jalankan aktiviti membasuh semua barangan baby. nak kemas-kemas bag untuk di bawa ke hospital nanti sekiranya nak bersalin. nurse dah pesan daripada last month tapi dni sambil lewa lagi. hehe... lepas dapat tahu kawan dni bersalin masa 31weeks puasa ke-4 hari tu barulah dni terhegeh-hegeh nak siapkan segalanya dengan serius... ;p







semalam dah basuh semua yang ada... tinggal lagi nak beli beberapa mittens dan towel sebab towel yang dni dah beli tu berdebu kemain... ingatkan elok.. rupanya tak elok. sobsss... sedih pula mengenangkan dua helai towel yang dah dibeli. berdebu 1 bilik bila kebas-kebas towel tu. sangat tak elok for kegunaan baby newborn... kang tersumbat hidung dia nanti.



later, dni upload satu-satu barangan yang dah dibeli ya ;)



p/s:
korang guna towel brand apa untuk baby? share ngan dni please!


-

23 July 2012

Check List Barangan Keperluan Bayi

-
julai dah hampir melabuhkan tirai... ogos pula bakal menjelma... september juga akan menyusul tiba... september yang mendebarkan! baby dalam kandungan dni bakal dilahirkan pada awal/pertengahan setember, InsyaAllah.
jadi, segala keperluan bayi dah kena ada buat masa sekarang. coz nurse nasihatkan semua para bakal ibu siapkan beg terus masa bulan ke 7 in case kalau jadi apa-apa, senang... capai je beg yang disiapkan tu untuk ke hospital. buat masa ni dni masih belum kemas apa-apa barangan lagi. hajat di hati dalam minggu ni or minggu depan dni nak basuh semua barangan baby. pastu baru siapkan beg untuk ke di bawa ke hospital ^__^
antara keperluan bayi yang perlu disediakan adalah:
Pakaian:
  • baju lengan panjang (done)
  • baju lengan pendek (done)
  • seluar panjang (done)
  • seluar pendek (done)
  • baby rompers (done)
  • lampin (done)
  • sarung tangan (done)
  • sarung kaki (done)
  • topi (done)
  • barut/bengkung baby (done)
  • selimut (done)
  • tuala (done)
  • sapu tangan
  • lampin pakai buang

Penjagaan Bayi:
  • minyak telon
  • losyen ruam lampin
  • set mandian (done)
  • penyepit kuku
  • sikat
  • wet tissue
  • tiub penyedut hingus
  • putik kapas

Keperluan Lain:
  • bantal kepala (done)
  • set tilam, bantal, bantal peluk (done)
  • mosquito net (done)
  • air-filler cotsheet (done)
  • botol susu (done)
  • bakul baju kotor
  • besen mandi (done)
  • puting susu
  • termos
  • pembersih botol susu (done)
  • diapers bag
  • breast pump
  • car seat (done)
  • stroller (done)
  • buaian
  • katil
  • mainan
hehe... itu jelah yang dni ingat setakat ni.. tatau kut ada yang tertinggal.. kalau ada, please ingatkan dni eyyy.. dni akan update kat dalam senarai tu ^___^ -