Showing posts with label pregnancy check up. Show all posts
Showing posts with label pregnancy check up. Show all posts

24 July 2012

Pregnancy check up | Besok dni kena ke klinik!

-



-_____-" sebenarnya dni tengah rasa tak best nih... coz besok ada pregnancy check up di klinik kesihatan ibu dan anak. korang tau-tau lah kan kalau kena dengan nurse yang tegas, dia konfem nak suruh minum air gula sebab kerajaan kita dah buat syarat baru... tak kira keturunan ibu mengandung ada penyakit kencing manis atau tak, ibu mengandung tu tetap kena buat ujian minum air gula bagi memastikan penyakit diabetes ada atau tak pada diri ibu mengandung tu.




memanglah bagus sebagai langkah pencegahan awal. tapi, kena minum air gula tu lah yang tak bestnyerrr... ekceli dni disuruh nurse pegi buat ujian minum air gula last month. pastu dni cakap kat nurse tu dni nak pegi dekat private clinic je tak mo buat di hospital kerajaan. dni sebutkan nama klinik dni nak pergi then nurse tu luluskan. dia cakap klinik tu okay untuk buat ujian...




lepas pegi klinik swasta, doc cakap dni tak perlu buat ujian tu melainkan berat badan dni naik mendadak bulan depan. maknanya THIS MONTH! huhuhhh... dia cakap kalau berat badan dni naik dalam 3-4kg, dni better buat ujian minum air gula. isk isk isk... apa yang tak bestnya sebab bulan ni kalau kena minum air gula... sebab bulan puasa. maknanya kena tinggal puasa la selama satu hari. sobsss :'( itupun kalau besoknya tak letih... maklumlah ujian tu kena ambik darah paling kurang 2x... kena inject untuk amik darah tu pulak kalau tak jumpa urat alamatnye bersedialah kena inject banyak tempat, huhu ngeri... masa dni check up dekat klink swasta, dia cuma test guna alat pengesan kandungan gula dalam darah tu je... keputusannya cuma 4.3mmol. so doc kata tak perlu risau...





cuma... dni risau skang ni besok. uwaaa :'(



-

28 June 2012

Pregnancy check up

-



hari ni dni kerja... mengajar dari jam 9am-12pm. walaupun kena mengajar jam 9, kol 8 dah kena siap-siap... pastu gerak p sekolah... kol 12 habis kelas, makan masa beberapa minit juga nak sampai ke rumah... sampai je rumah. al-konfemlah macam lipas kudung pulak hendap-hendap ke dapo buat kerja dapo... hehe... tak nyempat nak blogging hari ni...







pastu dalam kul 1-2 cemtu nak gerak ke klinik ibu dan anak... ada check up... dah beberapa hari tertangguh nak pegi sebab hubby busy ada meeting. dia tak izinkan dni pegi sorang diri sebab dia risau. jalan ke klinik tu agak bahaya juga. + kalau kena suntik, konfem2 dni lembik. kah3. lawak btoi. dah pregnancy check up konfem2 kena suntik kat jari tu kan. haih....




syukurlah klinik desa kat sini tak banyak songeh... dia cuma tanya pelekat pada buku rekod merah dni tu warna apa je. bila dni cakap warna putih, dia jawab okey boleh datang hari khamis. maybe kalau pelekat tu warna lain, tak boleh kut? ngahahaha memandai je buat andaian... dni blogwalking later eyyy u ols ^__^




p/s:
fuhhh, tengah dupdapdupdap nak timbang berat hari ni ;p





-