Showing posts with label serum dr beau. Show all posts
Showing posts with label serum dr beau. Show all posts

18 January 2021

DR.BEAU PURE NATURAL SKIN OIL SERUM, MINYAK SERBAGUNA YANG PATUT DIMILIKI

 Pernah dengar nama Dr.Beau? Jika belum pernah, di sini akan dikongsikan info mengenai Dr.Beau serum. Kenapa beria nak beritahu tentang Dr.Beau serum ini? Alasannya kerana diri sendiri sudah mencuba selama beberapa minggu dan hasilnya memang sangat memuaskan hati. 



Pertama sekali, suka untuk diberitahu yang Dr.Beau ini merupakan gabungan 5 jenis minyak semulajadi yang sangat kaya dengan khasiat melembapkan kulit. Serum dalam bentuk gabungan minyak ini bukan hanya mampu merawat permasalahan kulit dengan berkesan, malah ia juga sangat bagus disapukan pada rambut. 


Istimewanya serum Dr.Beau ini, ia didatangkan dalam bentuk softgel yang terjamin kualiti dan kebersihannya. Kita hanya gunakan satu per satu softgel mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja. Ia tak akan tercemar dek sentuhan jari masa kita nak pakai serum atau tercampur dengan udara. Hygenic. Bagus sangat packaging macam ni. Comel pula tu. Dari segi packaging, memang terbaik 👍 





Dalam masa yang sama, dengan bentuk packaging yang begini, ianya sangat senang nak bawa ke mana-mana. Tak nak bawa sebotol serum tu pun tak apa. Bawa sahaja berapa biji softgel yang kita nak guna. Dah pakai boleh buang kulit softgel tu. 



JOM KENALI BAHAN BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM SERUM DR.BEAU INI 


Penting untuk kita ambil tahu, siapakah pengeluar untuk produk ini dan apakah isi kandungan setiap produk yang kita nak gunakan. Sesetengah individu tu alah dengan beberapa jenis bahan. Ia boleh menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit. Haaa... Jom kita kenali siapakah pengeluarnya dan kita semak juga bahan yang terkandung dalam Dr. Beau ini. 


Untuk pengeluar serum Dr.Beau ini, ianya dihasilkan oleh syarikat Tejja Herbs. Tejja Herbs merupakan sebuah syarikat bumiputera tempatan yang aktif menghasilkan produk dengan menggunakan bahan semulajadi. Syarikat Tejja Herbs ini adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002215435-D.


Serum Dr. Beau juga mendapat kelululusan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dengan nombor siri KKM : NOT170502921K dan isi kandungannya juga tidak mengandungi bahan terlarang. Halal dan selamat digunakan oleh umat Islam. 






Kandungan utama Dr.Beau adalah 100% daripada bahan semulajadi yang terdiri daripada : 


❤ Vitamin E: Memelihara kulit 


❤ Rosehip Oil: melembut, melembap dan memelihara kesihatan kulit. 


❤ Argan Oil: sesuai untuk semua jenis kulit yang mengawal lebihan minyak pada kulit terutamanya kulit jenis kering. 


❤ Almond Oil: merawat sel kulit mati dan mengurangkan kedutan pada kulit. Ringan dan mudah menyerap. 


❤ Apricot Kernel Oil: sangat bagus bertindak sebagai pelembap terutamanya untuk kulit sensitif. Ia sangat kaya degan vitamin A, C dan E. 


❤ Evening Primrose Oil: mengandungi Omega-3 fatty acids yang sangat bagus untuk kulit sensitif , menyegarkan kulit serta kulit terasa selesa. 


Namun begitu, produk natural juga boleh menyebabkan alergi kepada sesetengah individu. Jadi bagi mengelakkan kulit terkena alergi sebaiknya cuba dahulu miyak ini pada pelipat siku dan biarkan selama 30minit. sekiranya berlaku iritasi, elakkan daripada menggunakan minyak ini pada kulit wajah. 



CARA MENGGUNAKAN SERUM DR.BEAU 


Mudah sahaja cara untuk menggunakan serum Dr.Beau ini. Bersihkan tangan terlebih dahulu dan ambil 1biji softgel Dr.Beau. 





Picit hujung bucu softgel dan tarik sehingga hujungnya terbuka/ terputus. Oleskan serum pada seluruh kulit wajah dan juga leher. 


Lebihan serum boleh juga disapukan pada rambut kerana kandungan serum ini sesuai untuk kesihatan rambut. 





Dini ada terbaca mengenai Dr Beau, bila jadikan sebagai makeup base solekan akan nampak lebih cantik dan glowing. Ini kerana efek minyak yang terkandung dalam serum ini memberikan kelembapan yang baik pada kulit secara tak langsung akan buatkan solekan lebih cantik dan tahan lama. Serum ini boleh dicampurkan dengan foundation. Picitkan serum dalam foundation dan adun sebati. 


Selain itu juga, Dr.Beau serum ini elok digunakan pada tubuh badan seandainya ada tempat yang gatal, punya parut lama seperti stretch mark lepas bersalin dan lain-lain lagi. 



SERUM YANG SANGAT MUDAH MERESAP DAN TAK MELEKIT 


Dengar je minyak terus terbayangkan rasa melekit minyak-minyak gitu kan? Tak adalah! Serum Dr.Beau tak melekit tau. Ia mudah meresap pada kulit dan tak meninggalkan kesan melekit. 


Kulit akan terasa lembut, lembap dan nampak bermaya. Malah dapat efek glowing lagi. Bagus sangat untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering dan menggelupas. Serum ini betul-betul memberikan kelembapan pada kulit. 



KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SERUM DR.BEAU SANGAT BEST!


Selain cara pembungkusannya yang bagus, cara penggunaan yang mudah dan serba boleh untuk digunakan pada wajah, rambut, sebagai makeup base dan sebagainya. Serum Dr.Beau ini juga menjadi pilihan ramai disebabkan oleh kelebihan dan kebaikan serum ini sendiri. 


Antara manfaat yang boleh diperolehi oleh pengguna setelah menggunakan produk Dr.Beau dengan konsisten adalah : 


✔ Melembapkan kulit 

✔ Merawat masalah kulit kusam 

✔ Merawat kulit berjerawat 

✔ Memudarkan parut pada kulit 

✔ Mengurangkan garis kedutan 

✔ Merawat lingkaran gelap bawah mata 

✔ Mengawal minyak pada kulit 

✔ Memperbaiki liang pori 



KESAN KE ATAS DIRI SENDIRI SELEPAS PENGGUNAAN, TEMPOHNYA BERGANTUNG PADA INDIVIDU 


Kesan penggunaan serum ini boleh dirasai sejurus selepas kali pertama penggunaan. Dini dapat rasa kulit lebih lembap dan nampak segar je muka. Bila sapu foundation, dapat efek glowing. Best sangat. Kulit Dini jenis kering. Jadi Dini perlu guna produk sebegini untuk atasi kulit kering yang kadang-kala tu boleh membuatkan solekan nampak tak sekata dek kerana kulit yang menggelupas. 






Dengan sapuan serum Dr Beau, kulit menggelupas terus jadi lembap dan lebih sekata. Korang juga boleh cuba Serum Dr Beau untuk merawat masalah kulit. Untuk dapatkan kesan penggunaan yang berkesan, kita mesti menggunakannya dengan konsisten. Seeloknya pakai pada setiap hari. Barulah boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas menggunakan Dr beau. 


Nak sapu serum sebelum tidur pun boleh sebagai rawatan kulit ketika tidur. Pada waktu ini kulit muka kita lebih rilek tanpa solekan. Bangun tidur mesti kulit rasa lembap dan berseri. 


Oh, ya jangan lupa bila guna Serum Dr.Beau, lebihan serum yang kita pakai pada kulit muka dan leher tu jangan dibazirkan tau. Sapu pada kulit lengan atau rambut. Bahan dalam serum ni juga bagus untuk kesihatan rambut. Untuk kulit kepala pun okay juga. Jom sama-sama guna Serum Dr.Beau jika benar ada masalah berkaitan kulit yang kusam, kering, berjeragat dan sebagainya. 



RAMAI PENGGUNA BERASA HAPPY SELEPAS MENJADI PENGGUNA DR.BEAU


Bukan Dini seorang saja yang dapat merasakan tahap keberkesanan produk serum yang bernama Dr.Beau ini tau, ramai lagi pengguna-pengguna lain yang dapat merasainya. Di sini Dini sertakan sekali beberapa testimoni jujur daripada pengguna lain yang telah menggunakannya. 










BOLEH TAMBAH PENDAPATAN SAMPINGAN JIKA SUKA BERNIAGA !


Selain daripada dapat mengembalikan keadaan kulit kepada keadaan yang lebih baik berbanding dulu, para pengguna Dr.Beau serum boleh menambah duit poket andainya minat dalam dunia perniagaan. Ini kerana, pihak Tejja Herbs sentiasa mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat untuk sertai team mereka dalam mempromosikan produk keluaran Tejja Herbs. 





Dini sendiri, sekali dah cuba serum Dr.Beau terus rasa happy kerana dapat membantu masalah yang Dini alami selama ini. Dengan adanya testimoni-testimoni pengguna yang benar-benar telah menggunakannya, tak mustahil mengapa ramai yang mengambil peluang untuk menjadi pengguna dan pengedar untuk produk-produk keluaran syarikat Tejja Herbs ini khususnya. 


Ucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam, inilah yang berjaya Dini alami. Lepas ni kulit jadi lebih sihat, lembap dan berseri. Siapa tak seronok kan? 😊 


Itulah serba sedikit info mengenai Dr.Beau serum termasuk review pengalaman dan testimoni dari Dini sendiri selepas menggunakannya. Terus terang Dini rasa puashati dan InshaAllah Dini akan beli lagi untuk penggunaan yang lebih panjang.


Seandainya ada sebarang pertanyaan atau mahukan maklumat yang lebih lanjut, boleh terus hubugi pihak Tejja Herbs dengan cara melayari : 



🔍 Website: https://tejjaherbs.com/

🔍 Facebook: https://www.facebook.com/tejaherbs/

🔍 Instagram: www.instagram.com/drbeau_official 







Terima kasih Tejja Herbs kerana mengeluarkan DR.BEAU SERUM. Kini semakin ramai telah berjaya mendapat kulit dan rambut yang lebih berseri di mana ianya sihat dari dalam hingga terserlah ke luar.