CARA BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE | Assalamualaikum.
Sempena bulan Ramadan mubarak ini, kita sebagai umat Islam perlu
menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-4 iaitu berzakat bagi yang
berkemampuan. Dalam Bulan Ramadan, umat Islam yang memenuhi syarat
berzakat wajib mengeluarkan Zakat Fitrah.
Namun, keadaan tidak seperti dahulu. Sekarang musim Covid-19 yang
menuntut kita lebih baik berada di rumah daripada keluar ke kawasan yang
terdapat orang ramai.
Jika kita nak menunaikan zakat di kaunter bayaran
pejabat agama setiap negeri masing-masing, perlu mengamalkan penjarakan
sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Jangan risau. Ada cara yang lebih mudah untuk kita tunaikan kewajipan berzakat.
Add caption |
Sebenarnya...
Bayaran zakat
boleh ditunaikan secara atas talian. Sudah lama ianya diwujudkan. Cuma, tak ramai yang tahu sebab sebelum ini, urusan bayaran zakat boleh dibuat melaui amil zakat di mana-mana sahaja. Dulu, sambil keluar rumah, sambil ke masjid, boleh terus
bayar zakat.
Sekarang, kaunter amil zakat tidak dibenarkan beroperasi
sementara tempoh PKP. Makanya platform atas talian menjadi salah satu cara pembayaran zakat yang lebih mudah, cepat, dan selamat.
Persoalannya, sah atau tidak bayar zakat dengan tidak ada salam akad?
Bagi
yang belum mengetahui cara pembayaran zakat secara atas
talian atau online khususnya warga Selangor boleh rujuk tutorial cara membayar zakat seperti
dalam gambar di atas. Ini merupakan cara menunaikan zakat melaui EZAKATPAY iaitu pembayaran zakat secara terus ke Lembaga Zakat Selangor. Mudah, cepat, dan selamat. Hanya bayar zakat dari rumah. Layari laman web di bawah:
Bayaran Zakat: https://fpx.zakatselangor.com.my
Semakan bayaran dan penyata bayaran : https://ezo.zakatselangor.com.my
- Layari laman web Zakat Selangor
- Masukkan butiran penuh, semak butiran dan klik bayar sekarang
- Klik pada "Bayar Secara FPX Sekarang"
- Pilih senarai bank untuk pembayaran
- Daftar masuk dan buat pembayaran seperti biasa
- Resit pembayaran boleh dicetak melalui portal EZO
Kenapa Mudah, cepat dan selamat? Sebab boleh bayar di mana-mana sahaja
pada bila-bila masa sahaja dan tak perlu bersesak dengan orang ramai.
Sambil baring kat rumah pun boleh.
Selain daripada EZAKATPAY, bayaran zakat boleh dibuat melaui beberapa applikasi lain iaitu Boost, GoPayz, Myeg, Touch 'n Go, dan applikasi perbankan internet. Bagi pengguna applikasi tersebut tentulah lebih mudah untuk bayar zakat fitrah melaluinya. Mudah sangat! Tak ada alasan lagi tak sempat bayar zakat fitrah tau. Kalau malas juga, tak tahu lah nak bantu macam mana lagi. isk isk isk...
Dni menyeru semua umat Islam khususnya yang berada di Selangor segera tunaikan zakat fitrah ke Lembaga Zakat Selangor
sebelum tamatnya tempoh bayaran zakat fitrah. Mungkin ada yang tak tahu
macam mana nak gunakan applikasi atas talian, tanggungjawab kitalah
untuk membantu mereka ajarkan cara bayaran zakat dengan mudah, cepat dan
selamat ini.
Tolong
bayarkan zakat untuk mereka juga kalau mereka tidak celik IT.
Bantu-membantu kan amalan yang mulia. Ha... inilah buktinya ajaran Islam
itu mudah. Tak susah pun nak tunaikan kewajipan berzakat ni kan? Zaman
moden ni lagilah bertambah mudah. Semuanya dihujung jari. Pantas!
Tiada alasan lagi untuk mengelak dari berzakat
Nak buat potongan gaji untuk zakat pun boleh. Siap ada peraduan lagi tu dari Lembaga Zakat Selangor. Terbaik!
Lembaga Zakat Selangor juga mengadakan kempen Zakat Family dengan ganjaran hadiah yang menarik. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari laman web Lembaga Zakat Selangor ---> www.zakatselangor.com.my
Instagram: www.instagram.com/zakatselangor
Facebook: www.facebook.com/zakatselangor
Akhir
kata, Dni ucapkan selamat menunaikan ibadah zakat fitrah. Semoga setiap amalan
kita semua di bulan Ramadan ini diberkati olehNya, aaamin.
Ray baru je tolong my uncle bayar dye punya.
ReplyDeleteSenang kan boleh bayar zakat online je.
ReplyDelete