Showing posts with label ZAKAT. Show all posts
Showing posts with label ZAKAT. Show all posts

12 December 2021

Bayaran Zakat Melalui Hong Leong Bank

 


Assalamualaikum, hai korang. 


Korang tahu tak? Bayaran Zakat boleh dibayar melaui aplikasi bank. Rasanya masih ramai yang belum tahu walaupun dah banyak diwar-warkan di media sosial mengenai hal ini..  Mudah sangat. 




Tak perlu keluar rumah. Cashless. InsyaaAllah segala transaksi bayaran zakat secara online adalah selamat. Tak perlu SOP, sambil baring pun bayaran zakat dapat diselesaikan. Tak ada alasan lagi tak sempat bayar zakat blablabla kan... 



 




Bagi korang yang ada akaun simpanan di Hong Leong Islamic Bank, boleh buat bayaran zakat melalui aplikasi HLB CONNECT. Mudahnya cara nak tunaikan zakat sekarang. Itu pun masih ramai nak mengelat, haih... babap baru tahu. 










Kalkulator zakat juga ada tersedia di laman web HLB Connect. Namun begitu warga Selangor boleh kira zakat pendapatan melalui laman web Lembaga Zakat Selangor di sini---> Kalkulator Zakat.

 

 

 

 

 

 

Langkahnya pun senang, macam korang buat bayaran bil melalui aplikasi bank. Pengiraan zakat yang perlu dibayar boleh dikira menggunakan kalkulator zakat yang terdapat dalam laman web Lembaga Zakat Selangor. Tekan taksir zakat dan pilih pengiraan zakat yang peru dibuat.




CARA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI  HONG LEONG ISLAMIC BANK:

 

 

1) Pastikan korang mempunyai akaun di Hong Leong Islamic Bank. Log masuk ke Hong Leong Bank Connect

2) Klik pada butang Bayar & Transaksi

3) Klik pada Bayar Bil dibawah Pembayaran Bil

4) Klik pada Kategori (rujuk di sini) dan pilih Zakat. 

(Untuk bayaran zakat Ke Lembaga Zakat Selangor, Biller code 3145)






 

 

KEMPEN ZAKAT


Dalam memupuk lebih ramai masyarakat Islam melunaskan tanggungjawab berzakat, Lembaga Zakat Selangor bersama-sama dengan Tabung Haji mengadakan Kempen  Jom Tunai Zakat " Menang & Kongsi " bermula pada 15 November sehingga 31 Disember.  Untuk menyertai kempen ini, korang kena buat bayaran zakat dan isi borang di sini: BORANG PERADUAN. Segala syarat peraduan ada terdapat di dalam gambar di bawah.









Pengalaman Bayar Zakat KWSP

 

 

Sebelum ni Dini bekerja. Tapi pendapatan tu tak layak untuk zakat. Kerja gaji bawah 1k dan ada ambil upah review dan terima bayaran. Cuma sebelum 2020, Dini tak berapa aktif buat review. Pendapatan sampingan tu tak adalah cecah ribu riban. Jumlah tahunan juga masih tak layak lagi untuk zakat. Jadi, sebelum ni Dini tak ada pengalaman bayar zakat pendapatan. Tahun 2020 pula Dini aktif buat review, namun Dini dah berhenti kerja. Tak ada pendapatan tetap dan jumlah tahunan tak sampai pun separuh daripada pendapatan tahunan semasa bekerja, makin sikit. Hehehe... almaklumlah kerja mengais-ngais je cukup buat bayar bil telefon dengan belanja sikit.


Tapi, tahun lepas  Dini ada buat pengeluaran KWSP. Kan kerajaan  dah benarkan buar pengeluaran. Bila lagi nak merasa ada duit di saat tiada pekerjaan.. ini sahajalah peluang yang ada. Boleh juga buat bayar PTPTN. Masa tu Dini kurang arif berkenaan zakat KWSP, syukurlah ramai rakan blogger yang sharing informasi mengenai hal ini. Memang betul, pengeluaran KWSP perlu dizakatkan. Alhamdulillah, Dini memilih tunaikan zakat pengeluaran KWSP tu secara online kerana prosesnya sangat mudah. (Rujuk di sini: https://fpx.zakatselangor.com.my/)


Kalau korang nak refresh sikit sebanyak topik zakat, meh Dini kongsikan di bawah ni:




 Syarat Wajib Zakat

1) Islam

2) Pemilikan Sempurna

3) CukupNisab

4) Cukup Haul

5) Harta yang berkembang

info lanjut:  https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/syarat-berzakat/

 

 


 



 Jenis Zakat


Terdapat dua jenis Zakat dalam Islam yang kita perlu ketahui iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah ditunaikan pada bulan Ramadan-Syawal manakala Zakat HaRTA boleh ditunaikan pada bila-bila masa apabila cukup syarat. 8 jenis Zakat Harta yang umat Islam perlu tunaikan iaitu:

 

1) Zakat Pendapatan

2) Zakat Fitrah

3) Zakat Pelaburan

4) Zakat Perniagaan

5) Zakat Emas & Perak

6) Zakat KWSP

7) Zakat Padi

8) Zakat Takaful



DALAM REZEKI KITA TERDAPAT REZEKI ORANG LAIN





Jom sama-sama kita tunaikan zakat jika berkemampuan. Janganlah kita menidakkan hak mereka yang memerlukan kerana melalui bayaran zakat inilah Lembaga Zakat agihkan bantuan kepada mereka. Usah risau mengenai jumlah bayaran zakat yang kita perlu keluarkan kerana Allah telah janjikan dalam Surah At-Taubah, zakat ini umpama sedekah yang menyucikan harta kita dan membersihkan dari dosa. Tak akan miskin seseorang itu dengan bersedekah.

 







Yang ada simpanan dalam Hong Leong Bank Islamic, jangan lupa tunaikan zakat melalui HLB Connect. Jom sama sama kita amalkan zikir di atas untuk rezeki yang diberkati.  Semoga segala pendapatan kita diredhai oleh Allah swt. InsyaaAllah...



خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةًۭ تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌۭ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ۝١٠٣

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah At-Taubah (ayat 103)

 

 

 

 

 



Informasi lebih lanjut boleh hubungi :

Laman Web:  www.zakatselangor.com.my

Facebook: zakatselangor

Instagram: zakatselangor

Twitter: zakatselangor

No Telefon: 1-300-88-4343

 Alamat Lembaga Zakat Selangor:
Bangunan Zakat Selangor,
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

17 May 2020

CARA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH



CARA BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE   |  Assalamualaikum.

Sempena bulan Ramadan mubarak ini, kita sebagai umat Islam perlu menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-4 iaitu berzakat bagi yang berkemampuan. Dalam Bulan Ramadan, umat Islam yang memenuhi  syarat berzakat wajib mengeluarkan Zakat Fitrah.





Namun, keadaan tidak seperti dahulu. Sekarang musim Covid-19 yang menuntut kita lebih baik berada di rumah daripada keluar ke kawasan yang terdapat orang ramai.

Jika kita nak menunaikan zakat di kaunter bayaran pejabat agama setiap negeri masing-masing, perlu mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Jangan risau. Ada cara yang lebih mudah untuk kita tunaikan kewajipan berzakat.

Add caption


Sebenarnya...

Bayaran zakat boleh ditunaikan secara atas talian. Sudah lama ianya diwujudkan. Cuma, tak ramai yang tahu sebab sebelum ini, urusan bayaran zakat boleh dibuat melaui amil zakat di mana-mana sahaja. Dulu, sambil keluar rumah, sambil ke masjid, boleh terus bayar zakat.






Sekarang, kaunter amil zakat tidak dibenarkan beroperasi sementara tempoh PKP. Makanya platform atas talian menjadi salah satu cara pembayaran zakat yang lebih mudah, cepat, dan selamat.


Persoalannya, sah atau tidak bayar zakat dengan tidak ada salam akad?

SAH! Kerana Zakat adalah ibadah yang tidak disyaratkan akad. Yang penting NIAT dan wujudnya perpindahan harta dari muzakki kepada Lembaga Zakat.




Bagi yang belum mengetahui cara pembayaran zakat secara atas talian atau online khususnya warga Selangor boleh rujuk tutorial cara membayar zakat seperti dalam gambar di atas. Ini merupakan cara menunaikan zakat melaui EZAKATPAY iaitu pembayaran zakat secara terus ke Lembaga Zakat Selangor. Mudah, cepat, dan selamat. Hanya bayar zakat dari rumah. Layari laman web di bawah:



Semakan bayaran dan penyata bayaran : https://ezo.zakatselangor.com.my


  1. Layari laman web Zakat Selangor
  2. Masukkan butiran penuh, semak butiran dan klik bayar sekarang
  3. Klik pada "Bayar Secara FPX Sekarang"
  4. Pilih senarai bank untuk pembayaran
  5. Daftar masuk dan buat pembayaran seperti biasa
  6. Resit pembayaran boleh dicetak melalui portal EZO

Kenapa Mudah, cepat dan selamat? Sebab boleh bayar di mana-mana sahaja pada bila-bila masa sahaja dan tak perlu bersesak dengan orang ramai. Sambil baring kat rumah pun boleh.







Selain daripada EZAKATPAY, bayaran zakat boleh dibuat melaui beberapa applikasi lain iaitu Boost, GoPayz, Myeg, Touch 'n Go, dan applikasi perbankan internet. Bagi pengguna applikasi tersebut tentulah lebih mudah untuk bayar zakat fitrah melaluinya. Mudah sangat! Tak ada alasan lagi tak sempat bayar zakat fitrah tau. Kalau malas juga, tak tahu lah nak bantu macam mana lagi. isk isk isk...




Dni menyeru semua umat Islam khususnya yang berada di Selangor segera tunaikan zakat fitrah ke Lembaga Zakat Selangor sebelum tamatnya tempoh bayaran zakat fitrah. Mungkin ada yang tak tahu macam mana nak gunakan applikasi atas talian, tanggungjawab kitalah untuk membantu mereka ajarkan cara bayaran zakat dengan mudah, cepat dan selamat ini.


Tolong bayarkan zakat untuk mereka juga kalau mereka tidak celik IT. Bantu-membantu kan amalan yang mulia. Ha... inilah buktinya ajaran Islam itu mudah. Tak susah pun nak tunaikan kewajipan berzakat ni kan? Zaman moden ni lagilah bertambah mudah. Semuanya dihujung jari. Pantas!

Tiada alasan lagi untuk mengelak dari berzakat







Nak buat potongan gaji untuk zakat pun boleh. Siap ada peraduan lagi tu dari Lembaga Zakat Selangor. Terbaik!







Lembaga Zakat Selangor juga mengadakan kempen Zakat Family dengan ganjaran hadiah yang menarik. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari laman web Lembaga Zakat Selangor ---> www.zakatselangor.com.my


Akhir kata, Dni ucapkan selamat menunaikan ibadah zakat fitrah. Semoga setiap amalan kita semua di bulan Ramadan ini diberkati olehNya, aaamin.