02 June 2020

Bahan Bacaan Anak-anak | Komik Berunsur Islamik dan Penuh Pengajaran

Assalamualaikum, selamat pagi.


Sepanjang PKP, anak-anak lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding sebelum ini. Sebelum PKP, anak-anak dapat ke sekolah, bermain dengan kawan-kawan, boleh di bawa bersiar-siar di pasaraya, taman permainan, atau ke pantai. Semestinya ada rasa bosan bila tak dapat keluar seperti kebiasaan.




Komik-M : PTS Publications



Anak Dini, Darwish gemar baca komik sejak usia 6 tahun lepas dia dah lancar membaca. Sebelum ni Darwish selalu pilih komik Ana Muslim atau Boboiboy. Kali ini, mamanya yang belikan untuk dia komik tanpa pengetahuan dia. Surprise! Komik keluaran PTS iaitu Komik-M pelbagai siri. Harganya cuma RM7. Berpatutan!


Komik ini menarik minat Dini untuk hadiahkan kepada Darwish. Nampak santai, lucu dan Islamik. Disamping menghiburkan hati serta memupuk minat membaca Darwish, dapat juga dia mendalami ilmu berkenaan doa-doa dan juga solat 5 waktu secara santai dan berkesan. Sesuai dengan jiwa anak kecil seusianya. Bila belajar mengenai solat, biasanya anak cepat rasa bosan. Tapi melalui bahan bacaan komik sebegini InsyaAllah anak-anak akan rasa lebih mudah untuk mereka fahami, dekat dihati.




Diari Conteng Jimi Episod Kertas Ajaib oleh Fadhli Hamdan


Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan juga sukakan mata pelajaran Sains. Ada beberapa eksperimen yang bagus untuk dicuba oleh anak kita apabila membaca buku ini. Banyak nilai-nilai murni yang diterapkan dalam penceritaan terutamanya berkenaan dengan gigih berusaha serta semangat setia kawan.


Aidil Doodle Boy Episod Si Comot Oleh Ask Kun



Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan mahu membela kucing tetapi tidak diizinkan oleh kedua ibubapanya. Namun kanak-kanak ini mampu mengatasi segala masalah dengan berkongsi ceritanya bersama teman rapat di sekolah. Tetapi di akhir cerita, ada masalah baru yang memerlukan pengorbanan. Cerita ini amat bagus dibaca oleh anak kita kerana mengajar mengenai tanggungjawab, kerjasama, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, dan juga memupuk sifat penyayang.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Solat Imran Oleh Nazrul Ali


Cara untuk anak belajar solat dengan mudah dan berkesan. Kenapa? Sebab buku ini penuh dengan ilustrasi santai mengajar anak kita bagaimana dan mengapa kita perlu solat 5 waktu. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Imran yang gigih memperbaiki cara solatnya kerana tidak mendapat pendidikan solat dari rumah oleh keluarganya. Akhirnya Imran berjaya solat dengan tertib dan sempurna berkat dari kesabaran, kegigihan, dan tunjuk ajar daripada Ustaznya di sekolah. Bahkan, keluarganya juga turut menjaga solat selepas melihat kesungguhan Imran belajar solat.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Doa Imran Oleh Nazrul Ali


Kadang-kala kita terlupa untuk mengajar anak kita membaca doa-doa lazim atau anak kita sebenarnya pernah belajar doa-doa ini sejak mereka di tadika tetapi apabila jarang dipraktikkan di rumah, maka mereka terlupa. Dengan membaca buku ini, anak-anak akan lebih faham mengapa kita perlu berdoa dan adat berdoa. Kisah Imran yang mempraktikkan berdoa kepada Allah apabila menghajati sesuatu juga wajar dicontohi oleh anak kita.


Alhamdulillah, Darwish pun dah khatam baca kesemua 4buah buku yang mama beli tu. Setiap kali dia habis baca buku, mama akan tanya dia apa yang Darwish faham melalui cerita yang telah dibacanya. Lepas tu, mama akan suruh dia ulang lagi baca buku yang sama selepas beberapa minggu.


Sebenarnya banyak lagi judul buku keluaran Komik-M tetapi Dini baru sahaja beli 4 buah judul ini. InsyaaAllah di lain masa Dini tambah lagi koleksi Komik-M untuk bacaan anak kesayangan, Darwish. Semoga anak mama beroleh manfaat melalui buku-buku ini.



Jom kumpul Komik-M untuk anak-anak!

18 comments:

  1. Nice content and asome theme. Thank you

    ReplyDelete
  2. memang bagus tau komik-komik macam ni..Kalau dini nak cari bahan bacaan anak-anak boleh search page My Litto Kids Shop.

    ReplyDelete
  3. Menarik buku2 ni. Elok kalau anak2 baca

    ReplyDelete
  4. Misi Solat 5 Waktu tu dah ada dalam simpanan. Banyak pengisian komik macam ni kan.

    ReplyDelete
  5. wah cam best jer dini. nak belikan untuk anak2 jugak lah

    ReplyDelete
  6. Ok dah tau nak beli buku apa untuk anak ana. Tq sharing tau. banyak manfaat buku2 tu yg ana nampwk.

    ReplyDelete
  7. Buku solat 5 waktu anak UN suka..ilustrasi bagus dan mudah faham..darjah 1 pun suka baca .

    ReplyDelete
  8. Menariknya judul buku-buku tu semua... semuanya nampak so inspiring... yang Doodle Boy tu menimbulkan minat anak bujangku untuk terus melukis (he loves to doodle)... insyaAllah, nak kembangkan lagi bakatnya tu...

    ReplyDelete
  9. menariknya buku-buku ni semua.
    Anak anak mrs pip belum lancar membaca,
    hope once dah lancar, nnt nak beli buku2 macam ni.

    ReplyDelete
  10. Stail komik bagus sebab ia tarik minat anak-anak secara tak langsung. Anak Marsha pun Marsha bg komik chinese instead novel. Lagi anak cepat belajar.

    ReplyDelete
  11. Wah menarik ni.. Boleh usha buku ni untuk anak

    ReplyDelete
  12. Selalu kalau kulit buku comel-comel ni naikkan mood membeli dan membaca juga.

    ReplyDelete
  13. Menarik. Aritu pegi kedai buku ada nampak buku ni

    ReplyDelete
  14. Bagus buku2 mcm ni.Sesuai utk bdk2 zmn skrg

    ReplyDelete
  15. bagusnya. menarik minat anak2 kecil dalam membaca sebab baca komik ni fun

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.