Showing posts with label keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label keibubapaan. Show all posts

13 November 2020

Dalisa Adik Abang Darwish

Tanggal 22 Julai 2020 yang lalu, Dini telah selamat melahirkan cahaya mata yang kedua, seorang puteri yang diberi nama Khayra Dalisa. Alhamdulillah, kami telah dikurniakan sepasang cahaya mata setelah 5kali mengalami keguguran selepas anak yang pertama.


Kandungan ini sebenarnya bukan Dini rahsiakan, cuma Dini tidak mewar-warkan. Bila ada yang 'terhidu' mengenai kandungan Dini, tidak pula Dini nafikan. 



Alhamdulillah adik kepada abang Darwish ni membesar dengan sihat, dah nak masuk usia 4bulan. Sebenarnya, due date kelahiran Dalisa adalah pada 12 Ogos 2020. Teruja betul dah si abang nak menanti kelahiran adiknya pada bulan yang sama tarikh ulangtahun kelahirannya. Namun, takdir Yang Maha Esa adik nak melihat dunia lebih awal. Adik selamat dilahirkan pada tarikh sesi persekolahan untuk murid tahap 1 dibuka di seluruh Malaysia selepas tempoh PKP.


InsyaaAllah, ada masa yang terluang Dini akan ceritakan kisah sepanjang kehamilan dan bersalinkan Dalisa. Dah lama nak tulis, cuma tak berpeluang lagi. Busy lah tu kononnya. Macam-macam mana sekali pun Dini akan cuba kongsikan kisah tu di blog. Kenangan untuk dibaca sebelum terlupa kemudian hari...
 

16 October 2020

Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra Yang Selesa dan Tahan lasak

Salah satu benda penting yang mommies mahukan semasa mengandung dan menyusukan tentunya untuk memiliki bra yang selesa dan mudah digunakan. Kalau boleh, nak bra yang boleh digunakan 2 in 1 semasa mengandung dan juga menyusu. Tak perlu nak tukar bra lain bila habis fasa mengandung. Dini pun macam tu. Banyak kos yang perlu dikeluarkan kalau nak tukar-tukar bra khas masa mengandung dan khas untuk menyusu. 

 

Kan best ada bra yang selesa dan sesuai dipakai pada bila-bila masa. Hm... mana nak cari? Ada ke bra yang macam tu? Serius, ada! Maternity & Nursing bra dari Mamaway  jawapan kepada kehendak mommies. Sebabnya Dini sendiri dah pun cuba. Best sangat tau. Apa yang best tu? Ha... ini komen Dini lepas dah gunakan  Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Maternity & Nursing Bra.

  • Ringan
  • Mudah untuk menyusu
  • Tahan lasak
  • Cantik!
  • Tak cengkam bawah dada
  • Berkualiti
  • Padding yang tak mudah tercabut
  • Pakai waktu tidur pun selesa 



Sebenarnya masa Dini dalam pantang hari tu ada kawan blogger yang syorkan pada Dini untuk cuba Mamaway seamless bra sebab Dini BF-kan baby. Selesa sangat-sangat katanya. Haih! Mula-mula tu tak boleh nak bayangkan selesa tu macam mana. Dah cuba barulah Dini faham, memang selesa. Ini dia keistimewaan Mamaway seamless bra yang dni nak kongsikan dengan mommies:


TIDAK BERDAWAI  

Rekaan Mamaway Seamless Bra tidak berdawai dan tahan lasak. Walaupun tak berdawai tapi ianya dapat menampung dan menyokong bahagian dada dengan baik. Jadi, bra ini selesa dipakai sewaktu tidur.  Ibu menyusu biasanya mengenakan bra sepanjang masa.


FABRIK & ANTI-BAKTERIA

Fabriknya bersifat germ-free, memeri, tidak mudah berpeluh dan mudah menyerap. Sangat selesa digunakan sepanjang hari. Tidak kiralah semasa mengandung, berpantang dan juga menyusu. Masa mengandung suhu badan kita jadi mudah berpeluh dan panas camtu kan? Pemilihan bra yang salah akan buat kita rasa rimas. Material yang digunakan untuk bra ini tidak memerangkap bau dan pengudaraannya juga bagus. Jadi, kuranglah rasa mengewap/berpeluh.




SPAN/ PADDING

Banyak jenis bra di pasaran yang mudah tercabut padding terutamanya bila dicuci menggunakan mesin basuh. Padding Mamaway seamless bra kukuh betul tau, ianya dijahit rapi dan tetap kekal ditempatnya walaupun dengan cucian mesin basuh.

 

 

 







SAIZ

Mempunyai pilihan saiz dari S-2XL. Tak perlu risau tentang saiz cup dah dengan Mamaway bra sebabnya kita cuma perlu pilih saiz mengikut ukur lilit sahaja kerana seamless bra ni mampu memeri sehingga 2-3 cups. 

 

Rekaannya sesuai dipakai walaupun semasa dalam tempoh kehamilan. Lazimnya pada bahagian bawah dada akan mengembang seiring dengan perut yang semakin membesar, jadi dengan adanya bra ini kita dah tak perlu tukar kepada bra yang lain.


Untuk pilih saiz bra boleh rujuk gambar disebelah. Pastikan ukuran yang paling tepat.



WARNA & CORAK

Terdapat 5 variasi warna yang boleh dipilih iaitu merah jambu, biru muda, nude, dusty purple dan juga hitam. Semua warna ni cantik-cantik belaka. Coraknya pun simple. Ada yang bercorak stripes ada yang plain. Semuana warna pastel. Boleh buat koleksi gitu.


REKAAN

Mamaway bra mempunyai rekaan mudahkan penyusuan iaitu terdapat klip yang mudah dibuka dan dipasang semula. Terdapat 4 baris cangkuk yang boleh dilaras dengan ukur lilit badan. Rekaan ballet pada bahagian belakang pula dapat memberikan sokongan yang stabil. Dah tak perlukan bra extender lagi.

 


Mommies yang sedang mencari bra serbaguna untuk kehamilan dan menyusu bolehlah cuba Mamaway Ultra Light Antibacterial Seamless Bra. Dini rekomen mommies pakai bra ni, betul-betul selesa. Banyak lagi keperluan mommies yang terdapat di Mamaway seperti pakaian dalam, support belt,  bantal, bengkung, aksesori, pyjamas, baby sling dan banyak lagi.

 

Produk-produk Mamaway memahami dan menepati kehendak mommies kerana ianya direka oleh para ibu untuk membantu ibu-ibu mempermudahkan urusan seharian dan menambahkan lagi keyakinan diri sewaktu dalam tempoh mengandung dan juga menyusu. Dengan Mamaway, mommies dapat bergaya dengan lebih yakin dan selesa. Wah, terasa diri dihargai gitu. Untuk dapatkan produk-produk Mamaway boleh layari:


Official  Website: https://my.mamaway.com/ 

Seamless  Bra: https://my.mamaway.com/collections/lingerie-bra-panties

28 September 2020

MAMAWAY BABY SLING FAEDAH DAN PENGALAMAN MENGGUNAKANNYA



MAMAWAY BABY 
SLING | Sebelum ini Dini biasa guna baby carrier je. Itupun masa Darwish dah berusia 3tahun lebih. Dia malas jalan / takut jalan sendiri. Barulah kami suami isteri buat keputusan beli baby carrier sebab bukan semua tempat sesuai guna baby stroller contohnya pasar malam, gerai makan, dan juga pantai. Lebih senang guna baby carrier






Kali ni untuk adik Darwish, Dini nak cuba guna baby sling ataupun gendongan. Nampak macam lebih santai dan mudah digunakan. Nak pakai masa buat kerja rumah dan jalan-jalan untuk Dalisa. Lagi satu, baby sling mudah dicuci, cepat kering dan jimat ruang apabila disimpan. Masuk handbag pun muat. Makanya pilihan yang tepat untuk kemudahan dengan Dalisa adalah baby sling.






Duk usha-usha nak beli, Dini jumpa banyak info berkenaan dengan baby sling. Faedahnya penggunaannya memang banyak. Yang penting pilih baby sling yang betul dan berkualiti. 




Walaupun gendongan atau baby sling ni dah terkenal sejak zaman dahulu lagi, tapi kita perlu tambah ilmu agar tak tersilap guna yang boleh membahayakan bayi yang dikendong. Pendek kata, baby sling, baby carrier, baby stoller semua tu dah jadi 'gajet' golongan ibubapa. Sekurang-kurangnya perlu ada salah satu kerana gajet ini sangat membantu dalam mempermudahkan ibubapa menguruskan anak-anak terutamanya apabila di luar rumah.



(Berpoket)


Faktor pemilihan baby sling sangat penting untuk keselamatan bayi yang dikendong. Kita perlu menitik beratkan kualiti fabrik yang kukuh dan pengaliran udara yang baik untuk memastikan bayi rasa selesa, tenang, selamat dan tak panas. Dalam banyak-banyak baby sling, Dini tertarik dengan baby sling dari Mamaway.






Dini pilih Mamaway Baby Sling corak  Tropical Fruits sebab berkenan dengan warnanya yang ceria dan juga unisex. Kemudian hari kalau-kalau ada rezeki adik Dalisa pula tak adalah nak kena beli baby sling yang baru. Hehehe... Kegunaan long-term gitchew! 





Lepas dapat je parcel dari Mamaway, terus Dini buka tutorial cara menyarungkan baby sling. Sabar sajalah ye Dalisa dengan mama yang terkial-kial nak biasakan diri sarung baby sling kat awak. Mama cuba dengan berhati-hati sebab Dalisa baru saja berusia 2bulan. Tak kuat lagi tulang badannya. Liuk-lentok lagi. Maka bermulalah episod baby wearing...




Nak guna baby sling pun bukan sebarang guna je tau. Mesti ikut tutorial yang betul dan juga ikut usia baby. Kalau pakai cara yang salah, boleh beri kesan buruk pada tulang baby, tau. Untuk usia Dalisa, Dini ikut panduan teknik pemakaian ala koala. Dalisa selesa dengan posisi tu macam nak burpkan dia. 





Fabrik baby ring sling dari Mamaway mampu menampung berat sehingga 50kg. Yang penting fabrik ni tak panas, bebaskan haba dan berkualiti premium. Sesuai untuk penggunaan cuaca di negara kita.  




Selain memudahkan pergerakan ibubapa, pemakaian baby ring sling juga mudahkan baby nak tidur sebab baby rasa selamat dan rapat dengan ibu/bapanya. Tambahan pula kain baby sling tu boleh dijadikan sebagai poncho ataupun nursing cover bagi ibu-ibu yang direct feeding. Dinilah salah sorang daripadanya. Anak-anak Dini semuanya tak nak menyusu botol. Bila berada di tempat awam atau ada orang datang rumah, kenalah cover bila nak menyusu. Ha... tak payah susah-susah dah sekarang sebab baby sling Mamaway ni pun boleh guna terus buat nursing cover. Multipurpose gitu.







Apa yang Dini dapat kenalpasti, bila Dalisa berada dalam baby sling, Dini dapat pantau Dalisa dengan mudah dan cepat daripada guna baby stroller. Mommies yang nak gendong anak masa buat kerja rumah pun boleh. Menyapu ke vacuum rumah ke menyidai kain ke. Kalau Dini, nak menyidai tak boleh gendong anak sebabnya kat jemuran tu tak ada peneduh. Panas matahari, jadi tak gunalah masa menyidai. Masa masak pun risaukan keselamatan di dapur. Jadi, lebih banyak guna baby ring sling masa di luar rumah.


Oleh sebab itu, Dini recommendlah pada mommies yang masih rasa berkira-kira nak gunakan atau tidak baby sling. Mesti cuba untuk kegunaan santai sebab mudah sangat nak pakai.


Mommies yang sedang mencari baby sling boleh dapatkan baby ring sling berkualiti di Mamaway tau. 


Istimewa buat pembaca ilhamdinidot com # mommies boleh gunakan promo kod : MAMABLOG-ARDINI untuk potongan RM25 dengan pembelian RM180 ke atas di laman web Mamaway.


 Info lanjut boleh layari:


Website: www.my.mamaway.com

Facebok: www.facebook.com/mamawaymalaysia

Instagram: www.instagram.com/mamawaymy



















02 June 2020

Bahan Bacaan Anak-anak | Komik Berunsur Islamik dan Penuh Pengajaran

Assalamualaikum, selamat pagi.


Sepanjang PKP, anak-anak lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding sebelum ini. Sebelum PKP, anak-anak dapat ke sekolah, bermain dengan kawan-kawan, boleh di bawa bersiar-siar di pasaraya, taman permainan, atau ke pantai. Semestinya ada rasa bosan bila tak dapat keluar seperti kebiasaan.




Komik-M : PTS Publications



Anak Dini, Darwish gemar baca komik sejak usia 6 tahun lepas dia dah lancar membaca. Sebelum ni Darwish selalu pilih komik Ana Muslim atau Boboiboy. Kali ini, mamanya yang belikan untuk dia komik tanpa pengetahuan dia. Surprise! Komik keluaran PTS iaitu Komik-M pelbagai siri. Harganya cuma RM7. Berpatutan!


Komik ini menarik minat Dini untuk hadiahkan kepada Darwish. Nampak santai, lucu dan Islamik. Disamping menghiburkan hati serta memupuk minat membaca Darwish, dapat juga dia mendalami ilmu berkenaan doa-doa dan juga solat 5 waktu secara santai dan berkesan. Sesuai dengan jiwa anak kecil seusianya. Bila belajar mengenai solat, biasanya anak cepat rasa bosan. Tapi melalui bahan bacaan komik sebegini InsyaAllah anak-anak akan rasa lebih mudah untuk mereka fahami, dekat dihati.




Diari Conteng Jimi Episod Kertas Ajaib oleh Fadhli Hamdan


Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan juga sukakan mata pelajaran Sains. Ada beberapa eksperimen yang bagus untuk dicuba oleh anak kita apabila membaca buku ini. Banyak nilai-nilai murni yang diterapkan dalam penceritaan terutamanya berkenaan dengan gigih berusaha serta semangat setia kawan.


Aidil Doodle Boy Episod Si Comot Oleh Ask Kun



Buku ini mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak yang minat melukis dan mahu membela kucing tetapi tidak diizinkan oleh kedua ibubapanya. Namun kanak-kanak ini mampu mengatasi segala masalah dengan berkongsi ceritanya bersama teman rapat di sekolah. Tetapi di akhir cerita, ada masalah baru yang memerlukan pengorbanan. Cerita ini amat bagus dibaca oleh anak kita kerana mengajar mengenai tanggungjawab, kerjasama, pengorbanan, keikhlasan, kejujuran, dan juga memupuk sifat penyayang.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Solat Imran Oleh Nazrul Ali


Cara untuk anak belajar solat dengan mudah dan berkesan. Kenapa? Sebab buku ini penuh dengan ilustrasi santai mengajar anak kita bagaimana dan mengapa kita perlu solat 5 waktu. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Imran yang gigih memperbaiki cara solatnya kerana tidak mendapat pendidikan solat dari rumah oleh keluarganya. Akhirnya Imran berjaya solat dengan tertib dan sempurna berkat dari kesabaran, kegigihan, dan tunjuk ajar daripada Ustaznya di sekolah. Bahkan, keluarganya juga turut menjaga solat selepas melihat kesungguhan Imran belajar solat.



Misi Solat 5 Waktu Episod Diari Doa Imran Oleh Nazrul Ali


Kadang-kala kita terlupa untuk mengajar anak kita membaca doa-doa lazim atau anak kita sebenarnya pernah belajar doa-doa ini sejak mereka di tadika tetapi apabila jarang dipraktikkan di rumah, maka mereka terlupa. Dengan membaca buku ini, anak-anak akan lebih faham mengapa kita perlu berdoa dan adat berdoa. Kisah Imran yang mempraktikkan berdoa kepada Allah apabila menghajati sesuatu juga wajar dicontohi oleh anak kita.


Alhamdulillah, Darwish pun dah khatam baca kesemua 4buah buku yang mama beli tu. Setiap kali dia habis baca buku, mama akan tanya dia apa yang Darwish faham melalui cerita yang telah dibacanya. Lepas tu, mama akan suruh dia ulang lagi baca buku yang sama selepas beberapa minggu.


Sebenarnya banyak lagi judul buku keluaran Komik-M tetapi Dini baru sahaja beli 4 buah judul ini. InsyaaAllah di lain masa Dini tambah lagi koleksi Komik-M untuk bacaan anak kesayangan, Darwish. Semoga anak mama beroleh manfaat melalui buku-buku ini.



Jom kumpul Komik-M untuk anak-anak!