Showing posts with label LZS. Show all posts
Showing posts with label LZS. Show all posts

17 May 2020

CARA PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH



CARA BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE   |  Assalamualaikum.

Sempena bulan Ramadan mubarak ini, kita sebagai umat Islam perlu menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-4 iaitu berzakat bagi yang berkemampuan. Dalam Bulan Ramadan, umat Islam yang memenuhi  syarat berzakat wajib mengeluarkan Zakat Fitrah.





Namun, keadaan tidak seperti dahulu. Sekarang musim Covid-19 yang menuntut kita lebih baik berada di rumah daripada keluar ke kawasan yang terdapat orang ramai.

Jika kita nak menunaikan zakat di kaunter bayaran pejabat agama setiap negeri masing-masing, perlu mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Jangan risau. Ada cara yang lebih mudah untuk kita tunaikan kewajipan berzakat.

Add caption


Sebenarnya...

Bayaran zakat boleh ditunaikan secara atas talian. Sudah lama ianya diwujudkan. Cuma, tak ramai yang tahu sebab sebelum ini, urusan bayaran zakat boleh dibuat melaui amil zakat di mana-mana sahaja. Dulu, sambil keluar rumah, sambil ke masjid, boleh terus bayar zakat.






Sekarang, kaunter amil zakat tidak dibenarkan beroperasi sementara tempoh PKP. Makanya platform atas talian menjadi salah satu cara pembayaran zakat yang lebih mudah, cepat, dan selamat.


Persoalannya, sah atau tidak bayar zakat dengan tidak ada salam akad?

SAH! Kerana Zakat adalah ibadah yang tidak disyaratkan akad. Yang penting NIAT dan wujudnya perpindahan harta dari muzakki kepada Lembaga Zakat.




Bagi yang belum mengetahui cara pembayaran zakat secara atas talian atau online khususnya warga Selangor boleh rujuk tutorial cara membayar zakat seperti dalam gambar di atas. Ini merupakan cara menunaikan zakat melaui EZAKATPAY iaitu pembayaran zakat secara terus ke Lembaga Zakat Selangor. Mudah, cepat, dan selamat. Hanya bayar zakat dari rumah. Layari laman web di bawah:



Semakan bayaran dan penyata bayaran : https://ezo.zakatselangor.com.my


  1. Layari laman web Zakat Selangor
  2. Masukkan butiran penuh, semak butiran dan klik bayar sekarang
  3. Klik pada "Bayar Secara FPX Sekarang"
  4. Pilih senarai bank untuk pembayaran
  5. Daftar masuk dan buat pembayaran seperti biasa
  6. Resit pembayaran boleh dicetak melalui portal EZO

Kenapa Mudah, cepat dan selamat? Sebab boleh bayar di mana-mana sahaja pada bila-bila masa sahaja dan tak perlu bersesak dengan orang ramai. Sambil baring kat rumah pun boleh.







Selain daripada EZAKATPAY, bayaran zakat boleh dibuat melaui beberapa applikasi lain iaitu Boost, GoPayz, Myeg, Touch 'n Go, dan applikasi perbankan internet. Bagi pengguna applikasi tersebut tentulah lebih mudah untuk bayar zakat fitrah melaluinya. Mudah sangat! Tak ada alasan lagi tak sempat bayar zakat fitrah tau. Kalau malas juga, tak tahu lah nak bantu macam mana lagi. isk isk isk...




Dni menyeru semua umat Islam khususnya yang berada di Selangor segera tunaikan zakat fitrah ke Lembaga Zakat Selangor sebelum tamatnya tempoh bayaran zakat fitrah. Mungkin ada yang tak tahu macam mana nak gunakan applikasi atas talian, tanggungjawab kitalah untuk membantu mereka ajarkan cara bayaran zakat dengan mudah, cepat dan selamat ini.


Tolong bayarkan zakat untuk mereka juga kalau mereka tidak celik IT. Bantu-membantu kan amalan yang mulia. Ha... inilah buktinya ajaran Islam itu mudah. Tak susah pun nak tunaikan kewajipan berzakat ni kan? Zaman moden ni lagilah bertambah mudah. Semuanya dihujung jari. Pantas!

Tiada alasan lagi untuk mengelak dari berzakat







Nak buat potongan gaji untuk zakat pun boleh. Siap ada peraduan lagi tu dari Lembaga Zakat Selangor. Terbaik!







Lembaga Zakat Selangor juga mengadakan kempen Zakat Family dengan ganjaran hadiah yang menarik. Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah layari laman web Lembaga Zakat Selangor ---> www.zakatselangor.com.my


Akhir kata, Dni ucapkan selamat menunaikan ibadah zakat fitrah. Semoga setiap amalan kita semua di bulan Ramadan ini diberkati olehNya, aaamin.