Showing posts with label ZAKAT FITRAH. Show all posts
Showing posts with label ZAKAT FITRAH. Show all posts

24 April 2021

BAYARAN ZAKAT MELALUI HONG LEONG BANK CONNECT

 

Assalamualaikum, Salam 12 Ramadan. 

 

 

Membebel sikit... 😁

Dah nak sampai ke pertengahan Ramadan rupanya kita. Sedar tak sedar dah hampir 2minggu menjalani ibadah puasa. Nampaknya keadaan masih sama seperti tahun yang lepas. Dunia masih dilanda pandemik covid-19. Namun begitu ia tidak menghalang kita daripada meneruskan kehidupan dalam norma baharu. Elakkan berkumpul dan sebaiknya tangguhkan  sahaja majlis yang berhimpun ramai orang bagi mengelakkan jangkitan dengan lebih meluas. Kita dah jaga kita, tapi orang pula yang tak jaga diri mereka. Susah juga. Haih!

 

Tibanya Ramadhan, tentulah sebagai muslim kita kena ingat untuk menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam yang  ke-4 iaitu mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan dengan syarat tertentu. Terdapat beberapa jenis zakat yang boleh kita keluarkan. Istimewanya bulan Ramadan, umat Islam disyariatkan untuk mengeluarkan Zakat Fitrah.





Di kala pandemik tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, msyarakat yang terkesan dengan terbatasnya had pergerakan dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan orang ramai tidak perlu bimbang kerana di rumah juga kita semua dapat tunaikan kewajipan berzakat. Terdapat beberapa kaedah pembayaran zakat yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor antaranya melalui perbankan atas talian, ezakatpay, atm, ewallet dan lain-lain lagi. 





Dini nak kongsikan dengan korang berkenaan dengan bayaran zakat secara mudah melalui laman talian Hong Leong Connect bagi pemegang akaun bank Hong Leong. Bayaran zakat akan disalurkan terus kepada pusat zakat. Jimat masa tenaga dan lebih terjamin sop. Tak perlu keluar dari rumah untuk menunaikan tanggungjawab berzakat. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jom kita study balik serba sedidik berkenaan Zakat Fitrah.



Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 

 




Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

 

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”

(Hadis riwayat Muslim)

 


 

Kadar Zakat Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata: Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R: Al-Bukhary dan Muslim)




Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

 

  1. Waktu Wajib
    Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal
    Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat
    Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh
    Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram
    Selepas terbenam matahari satu Syawal.

info: Lembaga Zakat Selangor



 

Itulah serba sedikit berkenaan dengan Zakat Fitrah. Jadi, kepada yang pemegang akaun bank Hong Leong yang mahu mengeluarkan zakat bolehlah menunaikan ibadah zakat secara atas talian melalui laman sesawang Hong Leong Connet. Mudah sangat, kan? 24Jam tak ada had masa. Yang penting ada usaha dan niat.






CARA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI HONG LEONG BANK:

 

 

1) Pastikan korang mempunyai akaun di Hong Leong Bank. Log masuk ke Hong Leong Bank Connect

2) Klik pada butang Bayar & Transaksi

3) Klik pada Bayar Bil dibawah Pembayaran Bil

4) Klik pada Kategori dan pilih Zakat




 Zakat Cash Less Sempena 

Kempen Pay Smart Stay Smart


Sedang berlangsung sekarang Kempen Pay Smart Stay Smart yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sepanjang bulan Ramadhan bermula 13 April 2021- 12 Mei 2021. Terdapat banyak tawaran istimewa yang disediakan buat mereka yang membayar zakat secara cash less bagi menggalakkan masyarakat membayar zakat melalui kaedah ini.









Haaa... banyak hadiah menarik menanti. Jumlah keseluruhan bernilai RM15,000!







Mudah sahaja cara untuk menyertai kempen ini. Ikuti langkah berikut:

 

1) Lakukan bayaran zakat secara cashless atau atas talian melalui mana-mana cara seperti e-zakatpay, mobile banking, atm, e-wallet atau online@branch. Syaratnya mestilah secara cashless.

2) Isi borang berikut: http://bit.ly/zakatcashless2021 atau gunakan kod imbasan QR yang terdapat pada poster di atas.

3) Daftar e-zakat online di ZAKAT SELANGOR.



ZAKAT di Hati


Jom sama-sama kita ambil kesedaran untuk menunaikan kewajipan berzakat  bagi menyucikan harta yang kita perolehi kerana dalam rezeki yang kita terdapatnya rezeki orang lain. InsyaaAllah, Allah telah janjikan keberkatan dan ketenangan jiwa bagi mereka yang mengeluarkan zakat.





 Dengan zakat inilah Lembaga Zakat dapat membantu ramai orang yang tidak berkemampuan dan asnaf. Jadikan Zakat dekat di hati kita. 



👉Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari:

👉Tunai zakat anda di: 

📌Facebook: Zakat Selangor
📌Instagram: @zakat selangor

📌Telefon: 1 300 88 4343
 
 
 
 
Salam Ramadhan al-Mubarak. Selamat menunaikan ibadah zakat 😊 Semoga segala amalam kita semua diberkati Allah swt, aaamin.