Assalamualaikum, Salam 12 Ramadan.
Membebel sikit... 😁
Dah nak sampai ke pertengahan Ramadan rupanya kita. Sedar tak sedar dah hampir 2minggu menjalani ibadah puasa. Nampaknya keadaan masih sama seperti tahun yang lepas. Dunia masih dilanda pandemik covid-19. Namun begitu ia tidak menghalang kita daripada meneruskan kehidupan dalam norma baharu. Elakkan berkumpul dan sebaiknya tangguhkan sahaja majlis yang berhimpun ramai orang bagi mengelakkan jangkitan dengan lebih meluas. Kita dah jaga kita, tapi orang pula yang tak jaga diri mereka. Susah juga. Haih!
Tibanya Ramadhan, tentulah sebagai muslim kita kena ingat untuk menunaikan kewajipan dalam Rukun Islam yang ke-4 iaitu mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan dengan syarat tertentu. Terdapat beberapa jenis zakat yang boleh kita keluarkan. Istimewanya bulan Ramadan, umat Islam disyariatkan untuk mengeluarkan Zakat Fitrah.
Di kala pandemik tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir, msyarakat yang terkesan dengan terbatasnya had pergerakan dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan orang ramai tidak perlu bimbang kerana di rumah juga kita semua dapat tunaikan kewajipan berzakat. Terdapat beberapa kaedah pembayaran zakat yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor antaranya melalui perbankan atas talian, ezakatpay, atm, ewallet dan lain-lain lagi.
Dini nak kongsikan dengan korang berkenaan dengan bayaran zakat secara mudah melalui laman talian Hong Leong Connect bagi pemegang akaun bank Hong Leong. Bayaran zakat akan disalurkan terus kepada pusat zakat. Jimat masa tenaga dan lebih terjamin sop. Tak perlu keluar dari rumah untuk menunaikan tanggungjawab berzakat. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Jom kita study balik serba sedidik berkenaan Zakat Fitrah.
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
(Hadis riwayat Muslim)
Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Diriwayatkan dari Ibnu Umar t.ia berkata: Rasulullah telah mewajibkan zakat fithrah dari bulan Ramadan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R: Al-Bukhary dan Muslim)
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal. - Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya - Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan - Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal. - Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal.
info: Lembaga Zakat Selangor
Itulah serba sedikit berkenaan dengan Zakat Fitrah. Jadi, kepada yang pemegang akaun bank Hong Leong yang mahu mengeluarkan zakat bolehlah menunaikan ibadah zakat secara atas talian melalui laman sesawang Hong Leong Connet. Mudah sangat, kan? 24Jam tak ada had masa. Yang penting ada usaha dan niat.
CARA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI HONG LEONG BANK:
1) Pastikan korang mempunyai akaun di Hong Leong Bank. Log masuk ke Hong Leong Bank Connect
2) Klik pada butang Bayar & Transaksi
3) Klik pada Bayar Bil dibawah Pembayaran Bil
4) Klik pada Kategori dan pilih Zakat
Zakat Cash Less Sempena
Kempen Pay Smart Stay Smart
Sedang berlangsung sekarang Kempen Pay Smart Stay Smart yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sepanjang bulan Ramadhan bermula 13 April 2021- 12 Mei 2021. Terdapat banyak tawaran istimewa yang disediakan buat mereka yang membayar zakat secara cash less bagi menggalakkan masyarakat membayar zakat melalui kaedah ini.
Mudah sahaja cara untuk menyertai kempen ini. Ikuti langkah berikut:
1) Lakukan bayaran zakat secara cashless atau atas talian melalui mana-mana cara seperti e-zakatpay, mobile banking, atm, e-wallet atau online@branch. Syaratnya mestilah secara cashless.
2) Isi borang berikut: http://bit.ly/zakatcashless2021 atau gunakan kod imbasan QR yang terdapat pada poster di atas.
3) Daftar e-zakat online di ZAKAT SELANGOR.
ZAKAT di Hati
Jom sama-sama kita ambil kesedaran untuk menunaikan kewajipan berzakat bagi menyucikan harta yang kita perolehi kerana dalam rezeki yang kita terdapatnya rezeki orang lain. InsyaaAllah, Allah telah janjikan keberkatan dan ketenangan jiwa bagi mereka yang mengeluarkan zakat.
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.