Showing posts with label cosway. Show all posts
Showing posts with label cosway. Show all posts

01 December 2011

Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask | Best ke tak?

-
-
-
-
dni tengah cari masker yang best-best untuk dipakai terutamanya yang boleh menanggalkan white/blackhead dengan berksesan. jadi beberapa hari ni dni google, ramai cakap Bioglo Clear Pore Cleansing Mask ni best. rasa macam teringin nak cuba. dulu pernah beli... tapi tersadai... lepas pindah rumah, masker tu entah ke mana. jenuh dah dni cari tapi tak jumpa... rasanya dni pernah pakai... cuma terlupa tahap keberkesannnya tu cemana. tak silap dni, memang best la...






sekarang ni perasaan nak beli masker hitam legam ni membuak-buak. nak bersihkan kulit muka yang tak berapa nak bersih ni dengan jayanya sebelum tiba hari pernikahan. perempuan... tade kerja lain. fikir bab cantik-cantik je la kan kerjanya hahahaha ;p korang ada pengalaman pakai masker ni tak? boleh share dengan dni... dni nak kumpul maklumat sebanyak mungkin sebelum beli. hehehe...



-

26 September 2010

ALZARA | Natural Dead Sea Beauty Salts



dni tak pernah guna produk ni. baru je beli minggu lepas kat cosway masa ke sana dengan ain sejurus selepas kitorang lunch kat pizza hut. tadi masa dni kemas-kemas barang terjumpa la garam laut mati ni. terlupa lak dni ada beli. belum cuba lagi... korang ada pernah cuba tak produk garam laut mati? dengar khabarnya bagus untuk kesihatan kulit.




antara khasiat garam laut mati adalah untuk melegakan masalah kulit seperti kekeringan, ketidakselesaan dan pengelupasan. ianya juga dapat membantu merehatkan badan kita selain mengambalikan kesihatan serta kecantikan kulit. pastu kalau yang jenis ada kulit sensitif pun elok guna garam ni. dni skang ni mengalami kulit sensitif sebab pakai jam. nak cuba garam ni mana tahu kot-kot leh legakan kesan sensitif tu...





p/s:
kalau korang pernah cuba, leh kongsikan pengalaman korang dengan dni ;)