Showing posts with label kecantikan kulit. Show all posts
Showing posts with label kecantikan kulit. Show all posts

01 December 2011

Inner Shine Prune Essence | tips melembapkan kulit dan detoksifikasi

-
-
-
-
dah lama dni tak beli pati prune... mahal sangat pasalnya. tapi berkorban juga beli untuk sebab nak serap semua khasiat prune dalam tubuh badan ni haa... haha! macam watak penjahat dalam cerita kartun tu pulak sebok nak serap-serap bagai ;p






sebenarnya kalau nak lebih jimat, boleh beli Sunsweet. cuma, bezanya inner shine korang boleh minum dan telan cemtu je... sunsweet nak kena kunyah sampai lumat. liat juga buat prune ni kalau nak dikunyah. hehe... nak lebih senang, minum je pati prune. dalam sekotak besar tu ada 6 botol 42ml. lepas minum sebotol pati prune korang dah tak perlu minum/guna produk detox dah... pati prune ni dah cukup untuk detoksifikasi... konfem mudah nak melabur dalam toilet nanti... dan korang tak perlu minum banyak botol dalam sehari. cukuplah sebotol sebelum tidur. minum banyak botol karang ado jugak yang masuk tandas tak keluar-keluar, hehehe ^___^







harganya tak lebih dari RM25... dni terlupa berapa harganya sebab lepas beli tu resit bayaran dni lanting entah ke mana, beli banyak barang pasalnya hari tu kat watsons. dni ada penyakit malas pakai pelembap/krim... tapi Alhamdulillah kulit dni tak jadi kering sejak amalkan pati prune + beberapa supplement lain. tapi nak kata kulit cun gebusss tu tak ado lah kan. cemano nak gebusss licin cun meletops kalo malas pakai krim/pelembap. tak cukup nutrien la si kulit tu ehehe...





cuma, ok lah daripada yang berkulit kering kontang macam dilanda musim kemarau. jadi, dni rekemen korang untuk cuba pati prune. jom jom minum pati prune. dni nak beli sekotak lagi. ngam-ngam sempat habiskan sebelum tarikh kawen dni... dekat2 majlis tak leh minum. kang tak menahan kau nak masuk toilet. wakakaka ;p






-

26 September 2010

ALZARA | Natural Dead Sea Beauty Salts



dni tak pernah guna produk ni. baru je beli minggu lepas kat cosway masa ke sana dengan ain sejurus selepas kitorang lunch kat pizza hut. tadi masa dni kemas-kemas barang terjumpa la garam laut mati ni. terlupa lak dni ada beli. belum cuba lagi... korang ada pernah cuba tak produk garam laut mati? dengar khabarnya bagus untuk kesihatan kulit.




antara khasiat garam laut mati adalah untuk melegakan masalah kulit seperti kekeringan, ketidakselesaan dan pengelupasan. ianya juga dapat membantu merehatkan badan kita selain mengambalikan kesihatan serta kecantikan kulit. pastu kalau yang jenis ada kulit sensitif pun elok guna garam ni. dni skang ni mengalami kulit sensitif sebab pakai jam. nak cuba garam ni mana tahu kot-kot leh legakan kesan sensitif tu...





p/s:
kalau korang pernah cuba, leh kongsikan pengalaman korang dengan dni ;)