12 August 2010

How To Make Castle Cake


hiks...
bertambah lagi cara buat kek pada hari ni. gigih weh nonton video ni dengan line tenet slow. tak khatam lagi tapi teruja nak share dengan korang. so dni tempek gak kat sini. at least dapat gak dni study cara buat kek ni pada bila-bila masa je takyah bookmark bagai. ^__^ jom jom tengok cara buat kek istana comel ni...






p/s:
cam rumit je tapi kalau boleh siapkan, memang gumbira sakan rasanya. InsyaAllah akan cuba. hehe.. sebab tak kreatif sangat bab ni..



How To Make Chocolate Lollipops


tadi kita belajar cara nak buat princess doll cake. skang jom kita belajar cara buat coklat lollipops lak. nyum... ni boleh buat bisness homemade chocs kan? bagus-bagus. nanti kita bukak kedai coklat lak pasni. hikhik... jom kita belajar cara nak buat lollipops..









p/s:
fuhhh, nyum nyum!




27 June 2010

Tips | Menghilangkan Selulit Menggunakan Kopi & Minyak Zaitun



pernah cuba tak pakai campuran minyak zaitun dengan serbuk kopi pada badan? haa.. jangan tak tahu... ianya boleh melembutkan kulit dan juga menghilangkan selulit jika diamalkan secara berterusan. memang mujarab tau...






caranya mudah saja.. bahan yang korang perlukan hanyalah:

  1. minyak zaitun
  2. serbuk kopi

ye.. itu aje! hehe.. oh, ya.. dni guna minyak zaitun safi. pastu serbuk kopi pula dni guna serbuk kopi timbang tu. bukan nescafe ye.. tak tahu la ok tak kalo guna nescafe. tapi kalau u ols nak cuba guna nescafe tu cuba aje la.. :D


korang campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun tu.. kasi dia likat-likat tau.. jangan cair meleleh.. sebab nak wat macam krim gtu.. pastu urut-urut la sekitar kulit badan.. biasanya pakai kat peha/lengan je dni ni.. hehe.. pakai masa mandi.. wat cam skrub tu. kalau korang rajin, boleh sapu kat daerah yang korang nak pastu balut dengan pembalut badan tu. ada kan plastik tu.. alaaa... lupa lak orang panggil plastik ape.. haaa.. yang tu laa.. isk3...


then bilas macam biasa.. hasilnya, kulit rasa lembut2 cemtu..
best tau.. dni tahun ni baru buat 3 kali..
tahun lepas 6-7kali..
apa maknanya tu?
okeh.. memang pemalas.. haha!
cuma nak berkongsi tips..
harap ianya membantu kamu^___^


selamat mencuba!


29 April 2010

Resipi : Salad





Resipi dni kali ini simple sahaja. takyah masak.. potong2 lanting je hehe.. ;p mari kita makan menu diet yang sedap ni. ye.. Salad! ;)


sediakan bahan-bahan seperti di bawah ni ye..



1) lobak merah



2) tomato


3) timun batang



4) daun salad


5) kubis merah



potongkan ikut citarasa anda ye nak potong cmana. tapi dni prefer potong/ hiris nipis-nipis. senang nak kunyah. hehe.. jangan lupa basuh dulu bersih-bersih bahan-bahan tu. pastu sediakan satu bekas, gaulkan dengan sebati semua bahan tu bersama dengan sos salad pilihan u ols. dni guna sos salad thousand island dressing. sedap tak terhingga! ^___^



tadaa.. salad dni dah siap. jemput makan..


(pssst... Zie ko kenal gambo ni kan? haha gigih aku snap nak kasi kat ko ngan Deen tengok ;p)


nyummm nyummm..
^____^



p/s: tak sempat snap gambar sayuran tu.. sempat snap cemni je..



Tutorial : Meletakkan Link Dalam Komen Anda




tutorial ni dni dapat dari blog AiZ.. beliaula jadi sifu dni.
hehe.. thanks kepada beliau..



jadi dni nak share juga dengan readers blog dni kalau u ols nak letakkan link entry u ols dalam komen, u ols boleh gunakan benda ni..



(klik gambar untuk tumbesaran yang sempurna)


dni tak gheti la nak wat tutorial. alahai.. sila ke blog AiZ ye.. untuk lebih lanjut ;p


type benda ni dalam notepad pastu editla ye. pastekan ke dalam komen2.. nescaya pastu kua la link terus ke entry yang u ols nak share kat komen tu ^_^



selamat mencuba!