04 April 2011

Trafik blog cecah seribu juga semalam walaupun boleh dikatakan tak blogwalking langsung

-
-
-
semalam dni tak sempat blogwalking. balik rumah pon dah petang. kepenatan tak terkata.. sempat balas email je. tak sempat buka bl0g. masa tengah menonton anugerah bintang popular, dni sempat online kejap. tapi line tenet tetap sengal. layan je la kan... singgah mana-mana blog yang boleh. tak banyak.... pagi tu macam 3-4 blog dni sempat singgah. malamnya pula rasa macam tak sampai 5 blog dni bw. terus surrender nak layan keterukan line broadband.uwaaaaaaa mencik tau. nak tuka lain tak de duit ah skang ni banyak nak kena guna... biau je dulu. lagipon dni tak lama lagi nak 'pindah' dah kan. sabooo sabooo...







disebabkan tak dapat blogwalking dni saja la nak tengok trafik tanpa blogwalking... mak aih... teruja pulak tengok trafik kol 11.30 malam tadi... cecah seribu juga... uiskkk... terharu la dni :')




thanks ya korang! InsyaAllah kalo hari ni line tenet okay dni singgah balik... huhu cam tak best kan tak le blogwalking... isk isk...





Penaja Blog:











28 March 2011

Resipi burger Malaysia @ Pau Sambal Ikan Bilis

-
-
-
dni suka betul makan burger Malaysia ni.. dari dulu sampai skang tak penah tak suka makanan ni. sukaaaaa je memanjang. tak jemu-jemu... pendek kata kalau hari-hari makan pon sudi.. tak kisah pun. layan je. hehehe... cuma 1 je la.. makanan ni banyak kandungan minyak. so, elakkan la makan setiap hari.. kadang-kala tu boleh la... skang dni nak wat sendiri burger Malaysia... dni ikut resipi yang disediakan di My Resipi. jom tengok resipinya ;)









Bahan-bahan ( 8 biji )

  • *200g tepung gandum
  • *140ml susu/ air
  • *2 sudu besar butter/margerin
  • *2 1/2 sudu besar gula halus
  • *1/2 sudu kecil garam
  • *2 sudu kecil dry yeast
  • minyak untuk menggoreng
  • - sambal ikan bilis
  • - timun

Cara-cara

  1. Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
  2. Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
  3. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
  4. Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis



senang je kan... hehe.. selamat mencuba!







Penaja Blog:


ads

17 March 2011

Rekod pengunjung blog : 10-16 Mac 2011 ^__^

-
-
-
sejak minggu lalu dni lemau sikit nak update blog kan.. paling banyak pun dua entry... selalunya 1 entry je sebab kesuntukan masa + banyak kerja... so, abaikan je blog dulu sebab nak fokus siapkan kerja lain... bermula hari ni... dni dah cuti. yeay... seronoknya dapat cuti.. yang tak seronoknya... buka cuti ni dah nak mula 2nd test bagai.... final exam pun tinggal berapa hari je lagi... isk isk... runsing lak...



jadi dalam keadaan tak berapa nak fokus pada blog dni ingat tak ada saep la nak baca blog ni kan... sekali... pas semak pengunjung blog di rekod pengunjung nuffnang tu terkejut gak la dni...







jumlah pengunjung masih lagi seribu lebih... semalam dni rajin update sket... naik la sampai 1550 pengunjung... tu pon masih tahap tak memberansangkan masa online dni coz tenet sangatla sengal... hari pon masih gak sengal... jadi dni agak2 kalolah dni rajin update sket pastu dapat bw time tenet laju mungkin leh cecah 2k kot sehari <--- haha perasan! ;p





teringin la nak tengok uv cecah 2k hari-hari..
nanti dni nak cubalah ;)









Penaja Blog:


ads










12 March 2011

Resipi kuah spaghetti | Jeles orang masak spaghetti lalu dni pon masak spaghetti

-
-
-
pagi-pagi lagi dni tercongok depan laptop untuk mulakan aktiviti blogwalking tapi tetiba terngendap entry Ct Arina mengenai Spaghetti Bolognaisenya... terus weh kecur ayaq lioq nak meleleh-leleh tahap banjir... terbantut kerja-kerja nak blogwalking sebab nak gi masak spaghetti hehehe... spaghetti menjadi makanan kegemaran dni sejak berkurun-kurun lamanya pergh kau hidup berapa ratus tahun dah dni? wakakaka ;p.







comot sebab tukang masak makan dulu sebelum amik gambar ;p





pantang tengok orang tunjuk gambar spaghetti mulalah dni mengidam nak makan. dulu asal nak spaghetti gi kat pizza hut... skang... masak sendiri ajo. vavava rasa berjaya jadi tukang masak lak... elehhh, stakat spaghetti wat pe la kan haha... biaq la dni nak perasan skali skala... lalalala...







budak tak suka makan spaghetti boleh makan nasi goreng





tapi adik dni si nana tu langsung tak suka makan spaghetti.. adik-adik yang lain suka juga terutamanya si fafa. abah pun suka spaghetti... umi pula suka gitu-gitu je... si nini lak pantang kalo letak daging memang konfom liat dia nak makan sebab dia alahan ngan daging... hari ni dni masak simple macam Ct Arina gak. tak masukkan daging... sebab nini tak suka makan daging ;)





Resipi kuah spaghetti:


10 biji bawang putih ditumbuk halus
setengah botol sos tomato
setengah botol sos spaghetti perisa cendawan san remo
sedikit sos cili
3 biji tomato
sedikit air
setengah paket sosej biasa
setengah paket sosej blackpaper
beberapa potong cendawan butang






nyum nyum... dni dah selesai breakfast dengan spaghetti... korang dah breakfast belum?
;)






p/s:
kat umah dni skang ngah hujan lebat... syoknye kalo bergelimpangan dalam comforter kan kan kan... namun, ngggak bisa... dni ado kelas pasni isk!










Penaja Blog:


ads










15 February 2011

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)









Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:











"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."




info: wikipedia