Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

02 August 2012

Alhamdulillah...

-
kadang-kala, kita leka dengan nikmat dunia... kita terlupa nikmat itu datangnya daripada ALLAH SWT. kita terlalai dengan apa yang dimiliki... hingga kita jauh daripada menyebut Alhamdulillah, tanda syukur kita di atas nikmat kurniaanNya... betapa kerdilnya kita... walhal ALLAH SWT sentiasa mengingati hambaNya... alpanya kita.... sama-samalah kita bersyukur di atas segala kurniaan yang telah kita kecapi... Alhamdulillah... ~{sekadar peringatan untuk diri sendiri dan rakan taulan sekalian}~

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).” (Surah Al-Baqarah, ayat 152) “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

-

27 July 2012

Kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas

-




Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran" Oleh sebab itu, membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran





sekiranya kita kehilangan sesuatu barang atau terlupa meletakkan barangan tersebut, boleh amalkan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 21x dengan yakin dan ikhlas. InsyaAllah barangan tersebut akan ditemui...




selamat beramal!
^__^



-

23 July 2012

Beringat-ingatlah berpesan-pesan | Ruginya jika mengumpat

-




Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".







Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.



-

20 July 2012

Solat Sunat Terawih | Lafaz Niat dan kelebihannya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: "Sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadhan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."






Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.”



Lafaz Niat Solat Terawih

Solat sunat39.gif

Sahaja aku sembahyang Terawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.



selamat beramal!

^___^

-


11 July 2012

Kartun doodle bermesejkan dakwah | Beruntungnya mereka yang punya kreativiti

-



dni tertarik dengan kartun-doodle hasil karya FatinHambaHina yang berbentuk islamik. bukan setakat kanak-kanak suka tengok kecomelan kartun sebegini. orang dewasa pun suka termasuklah dni, hehehe. Alhamdulillah... secara tidak langsung, ianya dapat menyampaikan mesej dakwah dan peringatan buat kita semua dengan lebih ringan dan santai. hati gembira, ilmu pun dapat. bestnye! banyak pahala empunya diri yang kreatif menghasilkan kartun bermotifkan dakwah sebegini...








gambar paling last tu, dni dah jadikan sebagai wallpaper pada laptop dni. sangat comel... jom ke blog FatinHambaHina untuk dapatkan ilmu agama yang lebih santai penyampaiannya. menarik dan kreatif! bertuahnya beliau punya daya kreativiti sedemikian... ^__^




-

10 July 2012

Istighfar | Untungnya mereka yang selalu beristighfar

-



Assalamu'alaikum, selamat pagi semua ^__^



mari kita mulakan pagi ni dengan istighfar...





Rasulullah SAW bersabda:
"Orang yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya kemudahan dari setiap kesusahan, jalan keluar daripada kesempitan, serta memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka."(Riwayat Sunan Ibnu Majah).




beruntungnya mereka yang sentiasa mengamalkan istighfar. jom sama-sama kita amalkan dalam kehidupsan seharian. sambil berjalan, memandu, buat kerja, dan lepak2 pun boleh istighfar di dalam hati. semoga diberkati Allah SWT, amin. InsyaAllah...






-

06 July 2012

Surah-surah yang dibaca ketika mengandung/hamil

-



ketika sedang hamil/mengandung, seeloknya si ibu memperdengarkan bayinya bacaan ayat suci al-Quran. daripada bagi baby dengar lagu-lagu cinta ke apa, lebih baik bagi baby dengar ayat suci al-Quran. dni dapat rasakan gerakan baby yang aktif ketika dni membaca ayat al-Quran. Alhamdulillah... paling tidak, kalau tak sempat nak baca al-Quran, amalkan sahaja zikir, selawat dan membaca surah-surah yang dihafal. terutamanya pada waktu-waktu relax macam sebelum tidur. kalau tak dapat tidur, daripada mengelamun, better baca surah2 yang kita ingat. baby pun suka, pahala pun dapat, InsyaALlah lebih diberikatiNya, amin....








antara surah-surah yang selalu dibacakan untuk baby ketika sedang hamil adalah seperti surah di atas. surah yang paling femes orang suruh mom to be baca adalah Surah Maryam dan Surah Yusuf, kan? haa... tapi ada lagi surah-surah yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan. tapi, bukan bermakna kena baca surah-surah ni je. kalau dapat baca semua surah, laaagi bagus ^___^ tambah-tambah pula di bulan Ramadhan. kalaulah dapat habiskan 30juzuk di bulan barakah nanti alangkah indahnya.... InsyaAllah dni akan cuba sedaya upaya khatamkan al-Quran Ramadhan nanti. seingat dni, baru 2x Ramadhan dni khatamkan al-Quran dari juzuk 1-30. kali ni dni nak cuba sekali lagi... korang mesti dah banyak kali kan berjaya khatamkan 30jusuk di bulan Ramadhan? bestnyeee... kena betul-betul istiqamah... bukan senang, kan :')




jom sama-sama kita amalkan baca al-Quran!
:)



-

15 June 2012

15 February 2011

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)









Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:











"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."




info: wikipedia








16 September 2010

Fadhilat Puasa Enam | Berpuasa di Bulan Syawal





Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)





p/s:
cukupkan enam hari puasa di bulan syawal, besar ganjarannya;)




03 September 2010

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih Dan Fadhilatnya


picture: credit to husainiyouths




Solat Sunat Tasbih merupakan solat sunat yang terdapat sebanyak 300 tasbih. Solat Sunat Tasbih bertujuan mengakui kesucian Allah S.W.T dari segala yang tidak layak bagi-Nya atau kekurangan pada-Nya. Rasulullah SAW menganjurkan umat islam mengamalkannya pada setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali , atau setahun sekali, ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Solat sunat tasbih ada empat rakaat, dengan ketentuan jika dikerjakan pada siang hari cukup dengan satu salam, dan jika dikerjakan pada malam hari dengan dua salam. Fadhilat atau kelebihan solat Tasbih ini ialah mengampunkan dosa yang lama atau yang baru, dosa yang dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja dan dosa yang tersembunyi atau terang.




Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan



  • membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah,
  • 10 kali tasbih ketika rukuk,
  • 10 tasbih ketika iktidal,
  • 10 tasbih ketika sujud pertama,
  • 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud,
  • 10 tasbih ketika sujud kedua, dan
  • 10 tasbih ketika duduk rehat sebelum bangun berdiri / memberi salam.
  • Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.




sumber: wikipedia




p/s:
selamat beramal!





25 August 2010

Kelebihan Orang Yang Berpuasa


picture: credit to kamarz





Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id sesungguhnya Allah berfirman:



"Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.




p/s:
mari kita perbanyakkan amal ibadah di bulan barakah ini..