15 December 2011

Bahan-bahan untuk menghias hantaran kawen


-
-
-
-
sekarang ni macam-macam design dulang hantaran yang moden dan cantik. masa nak pilih dulang hantaran tu memang rambang mata dibuatnya. akhirnya dni pilih dulang hantaran yang macam ni.. warna putih... ikutkan deen, dia nak jenis segi empat tapi masa tu dah habis stok untuk dulang bentuk segi empat. tinggal jenis bulat je... bulat pun, bulat la... tetap lawa di mata dni. hehe...





harganya dalam RM15-19 macam tu... dni dah lupa berapa harganya sebab beli masa bulan puasa hari tu... dni pilih dulang yang simple sebab dni nak deco sendiri dulang hantaran dni... syiok tau hias dulang hantaran. puas hati dengan hasil kerja tangan sendiri ^___^ antara barangan yang diperlukan untuk menghias dulang hantaran adalah;






segulung kain lace bercorak untuk balut polisterin





renda




polisterin mengikut saiz dulang




errr.. bulu ayam... hehe





dua jenis bunga untuk hiasan



dedaunan...




fiber? betul tak? dni tak tahu namanya..;p






dulang yang separuh siap dihias...




dan yang telah siap dihias ^___^




dni letakkan polisterin yang siap dibalut dengan kain lace ditengah-tengah dulang pastu dni tutup kawasan yang kosong sekeliling polisterin tu dengan bulu ayam... kalau nak gunakan fiber tu pun ok juga... hehe.. simple je hiasan hantaran dni buat, tapi ALhamdulillah, dni puas hati... dapat juga tengok hasil kerja sendiri untuk kegunaan hari paling bersejarah dan terindah... InsyaAllah kalau ada yang nak tempah gubah hantaran untuk pertunangan/prkahwinan dni boleh ambik upah untuk siapkan. ceyceyhhhh ;)




-

01 December 2011

Bioglo Clear Pore Deep Cleansing Mask | Best ke tak?

-
-
-
-
dni tengah cari masker yang best-best untuk dipakai terutamanya yang boleh menanggalkan white/blackhead dengan berksesan. jadi beberapa hari ni dni google, ramai cakap Bioglo Clear Pore Cleansing Mask ni best. rasa macam teringin nak cuba. dulu pernah beli... tapi tersadai... lepas pindah rumah, masker tu entah ke mana. jenuh dah dni cari tapi tak jumpa... rasanya dni pernah pakai... cuma terlupa tahap keberkesannnya tu cemana. tak silap dni, memang best la...






sekarang ni perasaan nak beli masker hitam legam ni membuak-buak. nak bersihkan kulit muka yang tak berapa nak bersih ni dengan jayanya sebelum tiba hari pernikahan. perempuan... tade kerja lain. fikir bab cantik-cantik je la kan kerjanya hahahaha ;p korang ada pengalaman pakai masker ni tak? boleh share dengan dni... dni nak kumpul maklumat sebanyak mungkin sebelum beli. hehehe...



-

Inner Shine Prune Essence | tips melembapkan kulit dan detoksifikasi

-
-
-
-
dah lama dni tak beli pati prune... mahal sangat pasalnya. tapi berkorban juga beli untuk sebab nak serap semua khasiat prune dalam tubuh badan ni haa... haha! macam watak penjahat dalam cerita kartun tu pulak sebok nak serap-serap bagai ;p






sebenarnya kalau nak lebih jimat, boleh beli Sunsweet. cuma, bezanya inner shine korang boleh minum dan telan cemtu je... sunsweet nak kena kunyah sampai lumat. liat juga buat prune ni kalau nak dikunyah. hehe... nak lebih senang, minum je pati prune. dalam sekotak besar tu ada 6 botol 42ml. lepas minum sebotol pati prune korang dah tak perlu minum/guna produk detox dah... pati prune ni dah cukup untuk detoksifikasi... konfem mudah nak melabur dalam toilet nanti... dan korang tak perlu minum banyak botol dalam sehari. cukuplah sebotol sebelum tidur. minum banyak botol karang ado jugak yang masuk tandas tak keluar-keluar, hehehe ^___^







harganya tak lebih dari RM25... dni terlupa berapa harganya sebab lepas beli tu resit bayaran dni lanting entah ke mana, beli banyak barang pasalnya hari tu kat watsons. dni ada penyakit malas pakai pelembap/krim... tapi Alhamdulillah kulit dni tak jadi kering sejak amalkan pati prune + beberapa supplement lain. tapi nak kata kulit cun gebusss tu tak ado lah kan. cemano nak gebusss licin cun meletops kalo malas pakai krim/pelembap. tak cukup nutrien la si kulit tu ehehe...





cuma, ok lah daripada yang berkulit kering kontang macam dilanda musim kemarau. jadi, dni rekemen korang untuk cuba pati prune. jom jom minum pati prune. dni nak beli sekotak lagi. ngam-ngam sempat habiskan sebelum tarikh kawen dni... dekat2 majlis tak leh minum. kang tak menahan kau nak masuk toilet. wakakaka ;p






-

24 November 2011

Memasak lebih mudah dengan my resipi


-
-
-


korang pernah dengar mengenai My Resipi tak? haaa... kalau belum tahu, meh dni nak perkenalkan. My Resipi adalah sebuah laman web yang menyediakan pelbagai resipi yang dikongsi oleh para pakar memasak tak kira siapa pun boleh kongsikan resipi yang korang tahu kat situ. banyak tau resipi yang ada di My Resipi. macam-macam ada. sesuai jadi rujukan untuk kita semua. dni ada cuba resipi sardine ring di My Resipi. menjadi. sedap pula tu! nyammeh ;)







lepas ni, tugas memasak akan jadi lebih mudah. rujuk je di web My Resipi. tak beli buku memasak pun tak apa. wanita zaman moden, kan... masak dengan laptop ado kat dapo. miahahaha... okay tak? ala... kalo takmo pasang laptop, print aje resipi tu... lalalalala... jom ke website My Resipi untuk dapatkan resipi-resipi yang best. dni nak cuba buat pavlova lah. yukkk!






18 November 2011

Antara Kyusoku Bihaku, B White, dan Beauty Umaira yang mana satu pilihan korang?

-
-
-
actually dni pernah cuba beberapa produk collagen sebelum ni macam yusmira collagen, soy collagen nur beautyline, d' ayu soy collagen + vitamin c, kyusoku bihaku, dan juga awet muda puteri alya. antara kesemua produk tu, soy collagen nur beautyline yang paling berkesan dengan dni. sekotak dni amalkan dah nampak kesan. tapi masalahnya dni yang rasa liat nak amalkan... kyusoku bihaku pula, ada efek slow sikit kesannya kalau kita minum kopi. itu yang susah... dni ni sehari mesti pekena kopi juga ;p adoyai...








jadi dni nak minta pandangan korang yang pernah cuba 3 produk ni... mana satu yang paling best kesannya yang korang rasa. atau ada tengok kawan-kawan yang cuba ke apa... boleh share dengan dni...





kawan dni ada suggestkan dni untuk cuba b white tapi dni tak terbeli lagi produk ni. asal pegi kedai je beli barang yang staf kedai tu syorkan. mulalah hati berbelah bagi nak beli. last-last tak jadi beli. hehehe...






setiap kali dni ke mana-mana kedai, mesti diorang syorkan dni untuk beli beauty umaira. hisyyy... ni RM289/box... tu pasal rasa cam nak pengsan. tapi kalau alah membeli, menang memakai, no hal... ni risau kut-kut tak ok dengan orang muda yang baru jejak usia 25tahun macam dni... sebab tu dni nak minta pandangan korang. ^__^ menjelang hari bahagia, terasa nak beli produk kecantikan pulak. ngada-ngada betolll, haha!




p/s:
korang pernah cuba tak? cer cghite cer cghite...